Family Hazy-Day Out

Hari ni Abah dan Mama cadang nak bawak DDD pergi ke Taman Wetland, nak tengok ikan 3D. Tapi DDD kena pegi sekolah sebab ada ganti cuti. Tapi takpe lah, boleh bawak petang nanti.

Bila dah petang, selesai je solat Asar terus ke sana dengan harapan dapat masuk ke tempat tu. Tapi tutup pulaaakkk… pukul 5 dah kunci pintu huhuhu. Takpe lah, postpone esok… sementara dah ada kat situ snap la gambar sekeping dua sambil jalan-jalan tengok burung flamingo.

Tension punya pasal, membawa diri ke IOI City Mall (lagi…). Kebetulan pulak Mama dah gaji, maka sesuai sangatlah ke sana hahaha!

First time makan di restoran aiskrim… yep, Magnum Cafe kalau tak silap. Magnum aiskrim bukan tikam nombor 😛

Makanannya ok… overall memang menarik dan sedap. Aiskrim tu memang boleh dibeli dekat mana-mana kedai, cuma di sini kita boleh custom aiskrim tersebut. Maksudnya, boleh tambah macam-macam bahan yang lain untuk supaya lebih sedap dan lebih menarik. Nak sebut bahan-bahan yang ada memang tak dapat lah… kena pegi dan cuba sendiri 🙂

Lepas makan, pegi pulak ke tepi kolam yang ada air pancur tu. The Symphony namanya… memang suka lah DDD tengok air pancur tu… ditambah pulak ada muzik iringan dan lampu yang berwarna warni.

Cadangnya lepas tengok air pancur tu, nak balik ke rumah. Tapi Andak DDD pulak cadang nak datang jalan-jalan. So, kena la extend sikit. As usual, Darwisyah la yang paling excited sebab dapat tau BFF kakak Mia nak datang hehehe. Naik atas kejap, solat Maghrib dan turun balik ke kolam tadi.

Bila dah sampai semua, berlari lari lah masing-masing dekat tepi kolam tu. Kebetulan pulak ada satu area yang dipasang karpet rumput. Darwisyah dengan Mia berlari-lari lepas tu duduk-duduk tengok air pancur… Darwisy dan Danish pulak main gusti-gusti (macam silat pon ada).

Bila dah puas semua, lebih kurang pukul 9.30 semua nak bergerak balik. Nasib baik perpisahan BFF kali ni tak diakhiri dengan tangisan 😀

Flickr Album 72157660278570081

PA241587

p/s: semua gambar-gambar dan video diambil handheld 😛

WhatTheFoo?! Fotografi Kreatif

Alhamdulillah, hari ni telah berpeluang hadir ke satu sesi perkongsian ilmu fotografi kreatif secara santai yang dianjurkan oleh pihak Sifoo.com

“Photography talk” ini telah disampaikan oleh seorang jurugambar yang tidak asing di kalangan jurugambar tempatan iaitu Zamri Din Rasamatahati.

Zamri Din Rasamatahati

Seorang yang meminati fotografi kreatif dan pernah bergiat aktif dalam bidang fotografi perkahwinan. Idola beliau ialah seorang fotografer Mood dari Indonesia iaitu Fitra Pranadjaja yang sedikit sebanyak mempengaruhi inspirasi beliau dalam berkarya.

Walaupun agak kurang aktif dalam fotografi pada saat ini, oleh kerana minat yang masih ada, beliau berasa ingin berkongsi pengalaman yang pernah dicedok sepanjang menceburi bidang fotografi kepada sesiapa sahaja yang sudi meluangkan masa.

Banyak ilmu, tips dan pengalaman telah dikongsikan oleh beliau. Antaranya;

  • Perkara pertama yang harus ada di dalam diri seseorang itu sebelum menceburi genre fotografi kreatif, iaitu “passion” atau keinginan dan minat.
  • Perkara basic untuk penghasilan gambar yang memberi impak iaitu ilmu komposisi, dimensi dan emosi.
  • Apa yang perlu dilakukan sebelum sesuatu sesi fotografi kreatif dijalankan (preparation), antaranya idea, pencarian lokasi yang sesuai, bahan atau prop yang berkaitan dengan mood yang dirancang, dll.
  • Pemilihan tajuk yang sesuai dengan gambar yang dihasilkan.
  • Camera setup, lighting, komunikasi, instruction, post processing dan banyak perkara lagi.

3 jam sesi perbincangan dan perkongsian kali ni sememangnya tidak mencukupi. Tapi ianya serba sedikit dapat memberi manfaat dan gambaran, bagaimana hendak memulakan genre ini. Dan dalam tempoh yang singkat ini juga, dapat mengetahui bahawa genre kreatif ini bukanlah satu perkara yang mudah. Ianya memerlukan passion yang tinggi, inisiatif, effort, rajin, idea, persediaan yang rapi, out sources, modal dan banyak lagi. Tapi ianya sangat berbaloi setelah gambar yang dihasilkan dapat memuaskan diri dan juga audience.

Insya Allah, akan hadir lagi sekiranya ada peluang perkongsian ilmu sebegini di masa akan datang. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa itu WhatTheFoo?! dan kursus-kursus yang ditawarkan oleh pihak Sifoo.com, boleh layari URL http://sifoo.com/category/kursus/

Flickr Album 72157659609498652

Update:

Sedikit rakaman pada hari sesi dijalankan

Raya Aidilfitri 2015 @ Sungai Besar

Sebagai official photographer di setiap Hari Raya Aidilfitri, seperti biasa Abah akan mengambil gambar dan merakam video DDD & family hehehe.

Tahun ni tak berapa panjang video yang diupload ke Youtube (sebenarnya panjang, tapi kena reject masa suntingan hehehe). Tapi cukup menampakkan kemeriahan suasana di Hari Raya bersama keluarga 🙂

Video tahun ni agak berbeza sedikit, di mana Abah lebih fokus kepada DDD dan sepupu-sepupu yang lain. Dan rasanya ni je satu video yang akan dijadikan kenangan untuk Raya Aidilfitri tahun 2015 sebab masa beraya di KL Abah tak banyak rakam video… sibuk makan kot hahaha!

Oh ye, satu lagi perbezaan video ni dengan video-video yang lepas… ianya dirakam menggunakan kamera keluarga iaitu Olympus OM-D E-M5 Mark II bersama-sama lens M.Zuiko 14-42mm dan Nikkor 50mm. Semuanya cap ayam, cuma yang layan masa merakam video menggunakan kamera ni adalah fungsi IBIS hihihi.

Ni pulak koleksi gambar-gambar kenangan Raya Aidilfitri 2015 di Sungai Besar. Macam tak banyak jugak untuk dipertontonkan kepada umum (yang lain set jadi private hehehe).

Flickr Album 72157659569233336

Pembetulan warna ke atas gambar lama, menggunakan Adobe Photoshop

Montel betul budak ni, saper dia ye? 😀

FYI, itulah aku masa kecik dulu. Memang montel dan comel hahaha. Anyway, gambar ni diambil oleh arwah ayah dan masih elok tersimpan di dalam album gambar-gambar lama.

Dengan menggunakan cara pembetulan warna ke atas gambar landscape yang pernah aku kongsi sebelum ni, aku cuba apply ke atas gambar lama ni menggunakan software Adobe Photoshop. Hasilnya, agak menarik 🙂

But honestly, gambar yang asal lebih bermakna 🙂

Here is the simple tutorial: