Hampir menjadi 9

Pagi tadi, masa nak hantar Darwisyah ke sekolah, terjumpa seekor anak kucing sedang duduk di tepi dinding rumah tingkat bawah apartment.

Kesian pulak tengok dia sekor-sekor kat situ. Dah la kecik lagi, takut pulak dilanggar kereta atau dibuli oleh budak-budak. Oleh kerana tak sampai hati, maka Abah dan Darwisyah bawak dia naik ke rumah. Masukkan dia dalam sangkar dan bagi makan minum sebelum keluar semula.

Bila dah petang, Abah buat iklan dan tampal di papan iklan tingkat bawah. Dengan harapan, adalah orang yang akan call menuntut semula anak kucing tu. Otherwise, Abah cadang nak adopt dia.

Makin lama, makin manja pulak anak kucing ni. Rasa sayang dah mula timbul. Mama, Darwisy, Danish, Darwisyah pon dah rasa sayang dengan kucing tu. Abah masih serba salah…

Jam 10:45 malam, terima satu panggilan dari nombor yang tak dikenali. Bila diangkat, terus dia tanya pasal anak kucing dia. Alhamdulillah, dia describe sifat anak kucing tu dengan betul. Maka sah lah dia owner.

Dengan berat hati tapi gembira, Abah bawak Darwisyah turun untuk pulangkan anak kucing tersebut kepada owner. Kalau tak, jadi 9 semuanya 🙂

Ni gambar anak kucing tu, comeeellll huhuhu…

p/s: Sedikit tips bagi penggemar kucing.

  1. Kalau jumpa anak kucing, sebolehnya jangan diambil bela terus. Pastikan ada adik beradik atau ibu dia di sekeliling. Kalau ada, biarkan sahaja.
  2. Kalau betul tak ada ibu atau adik beradik yang lain, ambil dia untuk sementara.
  3. Iklankan dan tunggu. Masa iklankan, jangan describe sifat-sifat kucing tersebut. Minta pemanggil untuk describe supaya kita boleh tau dia benar-benar owner.
  4. Sekiranya masih tak ada owner, baru lah boleh diambil untuk bela atau serahkan kepada orang yang layak membelanya.

Abah ada perasan dalam group-group kucing di FB, ramai yang teruja untuk adopt kucing. Lagi-lagi kalau kucing tu nampak comel. Baru jumpa dah assume kucing tu dibuang dan sebagainya. Kalau betul-betul nak membela baguslah. Tapi takut juga kalau ada yang nak ambil kesempatan semata-mata, atau mencari keuntungan dengan menjualnya.

Sebaik-baiknya, lakukan langkah-langkah / tips di atas untuk mengelakkan kucing tersebut rasa kehilangan.

Advertisements

Kepentingan Cloud Storage

Seperti tajuk, berikut adalah sedikit perkongsian dari sorang kawan di Facebook Sifoo.com tentang kepentingan cloud storage. Dari dulu aku cuba kongsikan perkara yang sama, cuma tak ada kesempatan dan ketandusan idea. So, dengan izin tuan punya post maka aku kongsikan di blog ni. Jom kita hayati 😀

Hanafi Ishak, May 10 at 11:21pm

Dah lama aku nak share experience aku guna google drive. Aku rasa masih ramai tak aware kepentingan cloud storage ni.

Beberapa minggu lepas aku kuar dari rumah aku di Cheras ke Kajang semata2 untuk breakfast. Aku tak bawak macbook aku seperti mana biasa kalau aku kuar. Lepas habis je breakfast (lokasi di sg Sekamat, Kajang), klien aku call suruh print work yang aku dah pinda semalam ni dan perlu hantar ke pejabat beliau besok. Aku kena print di Kajang, tapi aku tak bawak macbook aku yg tertinggal di Cheras.. Nak ulang alik leceh pulak.. so camna aku nak print?

Ini kelebihan cloud storage. Semua keja2 yang aku buat aku save dalam google drive via macbook aku. So apa yang aku buat ialah, sebaik sahaja aku sampai ke kedai printer, aku bukak PC di sana dan aku login google drive guna PC dari kedai printer tu shj. So aku dapat la bukak file artwork aku kat situ dan print artwork tersebut.

Satu lagi aku nak share kelebihan cloud storage ni. Ada sekali, member aku call aku ketika tengah drive mintak aku emel kan satu artwork PSD yang saiznya kira-kira 100mb. Memandangkan cloud storage mcm google drive ada apps dalam smartphone, kita boleh access keja2 kita yang bersaiz besar hanya dengan share URL melalui smartphone dan di mana2 shj. Tak perlu lagi susah2 nak cari wifi dan attach file2 besar guna emel yang dah tentu boleh habis kan data dlm phone.

Dan ini satu lagikelebihan cloud storage yang sangat penting. Cloud storage adalah back up file. Just in case kalau harddisk aku rosak, corrupt atau macbook/laptop kena rembat, segala file-file dlm cloud storage masih boleh di access dari tempat lain. Dalam erti kata lain, kalau beli PC/workstation baru, korang boleh access file2 yang di simpan dalam cloud storage sebelum ni.

Cloud storage ni ada macam-macam brand. Yang paling popular dropbox dan Google drive. Basically cloud storage ni free je tapi storage nya agak limited. Kalau nak lebih, kena bayar la. Kalau ada yang masih tak faham pasal cloud storage, boleh tanya dan InsyaAllah kawan2 kat sini boleh terangkan.

cloud storage 1

cloud storage 2

 

Post asal diambil dari https://www.facebook.com/groups/sifoorian/permalink/1096655337061418/

Conclusion, cloud storage adalah amat penting lebih-lebih lagi di zaman IT yang pesat berkembang dan suasana bekerja yang kebanyakannya tidak lagi tertumpu di dalam pejabat sahaja. Sejak diperkenalkan dengan kaedah ni, aku tak lepas peluang untuk maximize penggunaan teknologi cloud dan masih menggunakannya sehingga sekarang… dan akan datang.

Once again, terima kasih tuan punya post atas izin beliau. As he is a self dependent IT/design related enthusiast, you might want to get his service @ https://www.facebook.com/imagenta.kreatif

LEGO LAND – kami datang!!!

Yep! LEGO LAND… first time pegi ke sana bersama anak2… kebetulan sekolah mama ada buat trip dan tiket masuk untuk kami berdua ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang aku sendiri pon dah lupa hahaha… kalau tak silap ada menang satu pertandingan kot 😛 so pihak tersebut telah menempah sebiji bas disewa khas untuk memuatkan lebih kurang 40 orang semuanya (cikgu2 dan keluarga)…

Pada mulanya, kami nak merahsiakan trip ni daripada anak2, tapi ntah macam mana mama boleh plak nak cerita pada diorang. So, hampir setiap hari la diorang bertanya “bila nak pegi Lego Land?” … bila dijawab, kompom diorang tak tau sebab masih tak faham konsep tarikh hahaha…

Pada hari kejadian 25/01/2014, kami keluar dari rumah lebih kurang pukul 4 pagi… ye 4 pagi! sebab trip ni hanya 1 hari takde malam… so the plan was, pegi awal pagi dan balik lewat petang… belum pegi lagi dah tau keletihan yang akan bakal menimpa diri huhuhu…

Macam biasa lah, mana2 group nak pegi rombongan memang akan kecoh hahaha… sebelum subuh dah kecoh kat depan sekolah… lepas kira jumlah kepala, finally bergerak dari sekolah lebih kurang pukul 5:15 pagi… vroooommmmm bunyi bas tu memecut nak kejar waktu supaya sempat solat subuh sejauh yang mungkin… masuk je waktu subuh, kami berhenti di satu R&R untuk solat dan lepas tu bersarapan sebelum sambung semula perjalanan… masa sarapan sempat lagi main dengan anak kucing, comel pulak tu! hehehe

Penat rasanya nak cerita sepanjang perjalanan, tengok je la gelagat kami dalam gambar2 dan video ni 😛

Flickr Album 72157659568896196

Sedikit rakaman di hari kejadian hehehe

Tips kepada yang merancang nak pegi:

1) Kalau setakat anak sorang atau dua yang berumur bawah 6 tahun atau tinggi tak sampai 1 meter, rasanya eloklah lupakan dulu niat tu. Sebab kat sana agak strict tempat permainannya, habis duit bayar tiket tapi tak lepas nak masuk pintu masuk permainan

2) Bawak air mineral banyak2 sebab Lego Land tu tempat lapang. So, kalau pagi membawa ke tengah hari memang panas otak rasa nak menggelegak. Lagi pon air dan minuman dalam Lego Land tu mahal nak MAMPOS!!

Sekian 🙂

Tips-tips Umrah dari sahabat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lama betul dah tak update blog ni, hampir terlupa kewujudannya 😦

Terdetik nak update satu perkongsian ilmu dari sahabat berkenaan tips-tips menunaikan umrah, yang ditanya oleh sahabat juga 🙂

Harap2 dapat memberi manfaat kepada semua pembaca terutama yang bakal menjadi tetamu Allah S.W.T di tanah Makkah. Berikut adalah soalan dan tips dari sahabat saya 🙂

Yarn B Haji Zam (Molhaza):

salam sahabat2 sekalian, nak tanya pasal mekah & madinah. rasanya kat sini dah ada beberapa org yg ada pengalaman kan

ok, citernya camni. saya nak pegi umrah 14 sampai 26 jun ni dgn family. so nak mintak advice tentang:

1) line internet & tepon.
~adakah cukup stakat pakai line yg sedia ada (sy pakai celcom) utk guna phone & internet kat sana. atau perlu beli line(simkad) sana. kalo perlu, mintak suggestion line yg berbaloi utk call, sms & internet.
~coverage phone & internet kat sana macamana. ok tak line dia kalo setakat nak guna utk apps sosial mcm fb, whatsapp & wechat

2) fotografi.
~boleh ke bawak dslr ke semua tempat, atau ada tempat2 yg dilarang, especially masjidil haram & masjid nabawi. atau kena guna point&shoot je. ataupun kena guna kamera phone je
~boleh bawak tripod tak? (hehe… biasa la)

3) pakaian & alatan
~utk lbh kurang 12 hari punya travel ni mintak advice sket pakaian yg macamana perlu dibawak. dgr cerita masa pegi nanti tu tgh musim panas
~apa lg yg perlu dibawak. mcm ubat2 ke selipar ke apa ke. atau ada pape yg perlu bawak extra ke

4) pastu nak mintak advice jugak pasal pegi sana. huhu… sebenarnya cuak jugak nak pegi sana sbb sy ni byk gak buat dosa & maksiat. risau gak takut jadi benda2 yg pelik2. yelah, mcm2 cerita kita dgr pasal org pegi sana kan. kalo benda yg elok alhamdulillah la. kalo tak elok tu nauzubillah. huhu… tp tgh kuatkan jugak hati utk pegi ke sana. sbb bukan selalu nak dpt peluang ke sana kan. nak tunggu haji ntah bila plak kan. tp tulah, risau la jugak. yela, org salah mesti la rasa cuak. huhuhu…

buat masa ni, ini la yg selalu sy fikir. kalo ada pape tips2 boleh dikongsi, sgt2 dipersilakan. baru 1st time nak berjalan keluar negara ni. sebelum ni paling jauh pun kuching je huhuhu…

Ezry A Rahman:

Mula2 sekali, tahniah kerana bakal menjadi tetamu Allah, semoga mendapat pahala yg melimpah ruah.

Penting No 1 – Kat Madinah/Mekah nanti byk tempat mustajab doa, bykkan doa supaya “Allah SWT makbulkan setiap doa”.. faham tak? Maksud dia mana2 tempat doa supaya doa saudara2 makbul bila2, walaupun dah balik Malaysia. Doa lain pun penting, spt rezeki tak putus, keampunan dosa, tapi doa supaya doa makbul tu pun best.. nak doa, kalau boleh solat sunat 2 rakaat, minta dlm sujud.

Penting No 2 – Lepas habis Umrah pertama, masa nak “bertahalul” jgn gunting dulu bila nak lepaskan diri dari Ihram, cari kedai gunting rambut, cukur bagi botak terus, sebab Rasulullah SAW mendoakan mereka2 yg cukur botak habis… apa aku selalu buat, lepas cukur, aku beli lemon atau limau nipis, balik hotel sagat kat kepala, lepas tu berguling jap sebab pedih, lepas tu bilas dgn air zam2. Bila nak balik nanti, rambut tu akan tumbuh balik sikit, buat umrah sekali lagi, bagi cukur lagi sekali.

Penting No 3 – hafalkan cara solat jenazah, sebab kat sana, hampir tiap2 waktu ada solat jenazah. Satu ibadah di Masjid Nabawi dapat 10,000 pahala dan di Masjidil Haram dapat 100,000 pahala. Satu solat jenazah pahala dia sama dgn 2 Bukit Uhud, nanti saudara2 akan tgk berapa besar Bukit Uhud tu, kali dgn 2, kali pulak dgn 10,000 dan 100,000 pahala……. Hafalkan je lah cara solat jenazah tu.. huhuhu

Penting No 4 – nanti sampai Mekah, minta mutawif, selalunya org Indonesia bwk pi pili air zam2. Dia dekat2 area sini (21.423988,39.825654), dekat 2 area pili tu ada ramai org jual tong2 air, beli dgn diorang penuhkan dgn air zam2, bawak balik hotel.. minum selagi boleh, bagi cuci habis system badan dgn air zam2 tu.. nak mandi pun boleh.. tapi kena rajin la ulang alik..

Penting No 5 – cuaca sana beza dgn kita, kita panas lembap, sana panas kering, hidung dgn tekak kita akan kering, kalau pi masa summer mcm Yarn, nak tau panas dia nanti mcm mana, senang je, skrg ni kat Malaysia, tgh2 panas masuk kereta dok diam2 dlm kereta.. tu la panas dia.. kat Malaysia ni kena training berjemur sikit, jgn komplen panas 🙂 …. bykkan minum air masa kat sana. Elok kalau ada tong air zam2 tu, isi kat botol air mineral.

Penting No 6 – Kat Masjid Nabawi/Masjidil Haram nanti ada disediakan tong2 zam2 untuk minum, elakkan dari minum dari tong yg ada ais, cari yg suam, ais + cuaca panas kering = batuk

Penting No 7 – agak susah nak buat, tapi cuba je.. antara Hajarul Aswad dgn Pintu Kaabah (nanti aku cari gambar) ada ruang batu kecik je.. kalau boleh doa kat situ sebab situ tempat sgt mustajab.

Soalan2 Yarn

1) On kan roaming celcom boleh, tapi mahal la.. boleh beli prepaid line sana, Al Jawad kalau tak silap.. masalah Cuma nak synch dgn FB contact aku tak tau..

2) Aku bawak tripod kamera semua.. kamera bwk hand luggage, tripod simpan dlm beg besar. Dlm masjid tripod, dslr tak boleh bwk.. compact dgn HP je boleh.. kat luar masjid tak de masalah..

3) Pakaian, kat sana aku pakai jubah je.. boleh bwk dari sini boleh beli sana, seluar dalam beli yg disposable je, pakai buang, tak payah pening.. kain pelikat, baju melayu boleh jugak bawak. Selipar bawak dari sini. PENTING: CARI BEG KECIK UNTUK MASUKKAN SELIPAR BILA NAK MASUK MASJID, BWK BEG TU SEKALI MASA SOLAT. TU AKU SELALU BUAT. KALAU TINGGAL LUAR, NANTI NAK BALIK TGK ADA 2 JUTA SELIPAR LAIN, MCM MANA NAK CARI? ELOK LA BWK BEG TU SIAP2.
Ubat2 tak payah bwk, sana farmasi banyak.

4) Bab dosa tu, kita semua, pergi ke tak, kena usaha sikit Solat Tahajjud minta ampun byk2, InsyaAllah.

5) Extra – tak tau benda ni masih ada lagi tak.. nanti sampai2 je airport, cari troli untuk beg. Kalau ada pekerja airport pegang troli tu, mintak dari dia, kalu dia tak bagi, cakap “Ana Jiddah” kalau kat Jedah, atau “Ana Madinah” kalau kat Madinah, ambik je buat bodo, satu dunia troli tu free je.. sebab dia diorang ni jahat sikit, kalau letak beg atas troli yg diorang pegang, nanti dia tolakkan lepas tu dia mintak 50 riyal.

6) Extra – rokok kena usaha berhenti sebab kat Arab Saudi rokok difatwakan sbg Haram 🙂

7) Kalau boleh, nanti dok kat Mekah lama, tanya mutawif kat sana, atau ajak dia pi daki Jabal Nur tgk Gua Hira’.. bwk tele lens sebab dari atas tu boleh nampak Masjidil Haram.

Tu je buat masa ni.. kalau ada apa2 lagi nanti aku tambah.