Jerami Padi, Sungai Besar

Habis shoot budak-budak main Bola Sepak Bendang, aku ke kawasan seberang untuk ambil gambar jerami padi dan sunset.

Al-kisahnya, kelmarin (Jumaat) dah ke sini. Tapi tak ada shoot gambar secara serius sebab banyak urusan dan saja nak jumpa kawan (Fadzly & Syafiq) yang nak shoot di situ. Kebetulan pulak rupanya ada kawan-kawan lain yang datang dari jauh. So, membebel aje lah aku masa tu 😀

Jerami Padi
Shoot guna kamera, edit dalam phone guna Snapseed

Semalam, rasa sangat nak shoot landscape sebab dah lama pon tak petik shutter kamera. So, aku cuba cari jerami padi di kawasan bendang sekitar jam 5 petang. Pusing punya pusing, tak jumpa lokasi lain yang ada jerami padi. What to do? Singgah la lokasi sama kelmarin. Alhamdulillah, jerami padi tu semua masih ada terlonggok di situ.

Tanpa membuang masa, aku keluarkan kamera dan lekatkan pada tripod cap ayam aku. Agak kekok jugak masa tu, maklumlah dah lama tak menembak. Kejap single exposure, lepas tu tukar bracketing pulak, lepas tu gatal tangan cuba in camera HDR. Semua macam tak menjadi hahaha! Last-last, aku pilih bracketing. Senang nak pilih kemudian dan decide method apa nak process gambar nanti.

As usual, method DRI/digital blending masih mendapat tempat di hati. Nasib baik masih ingat sikit-sikit steps untuk process gambar landscape. Cumanya, composition gambar ni memang ke laut 😀

Jerami Padi
Teknik DRI
Jerami Padi
Teknik DRI, ditambah editing dalam Flickr. Nampak huduh pulak…
Advertisements

Cubaan lens Tokina 11-16mm dengan m4/3

Alhamdulillah berkesempatan shoot sunset hari ni bersama abg Rithauddin, di depan Masjid Putra. Dah lama jugak bercadang nak ke sini mencuba lens Tokina 11-16mm dengan body m4/3 tapi masa selalu tak mengizinkan. So, tadi dapat la mencuba…

Few lessons today,

– Memandangkan tiada bacaan aperture sebab guna adapter, agak kekok sikit bila nak guna low aperture

– Didapati kualiti gambar menjadi kurang menyerlah bila semakin kecil bukaan aperture

– Tak berapa sesuai untuk gunakan mode 40MP, sebab ghosting yang kurang smooth (angin kuat tiup bendera)

– Bila bukaan aperture kecil, sukar nak focus dalam view finder

– Bla bla bla 😛

At last, cari single shot dari banyak-banyak tadi dan process guna teknik DRI hehehe…

Nostalgia Restoran Terapung, Bagan Sungai Besar

Terletak hanya 500 meter dari rumah di kampung, tempatnya aku selalu melepak masa bujang dulu… iaitu Restoran Terapung, Bagan Sungai Besar. Pernah dikendali oleh kawan bernama Naim, Achun dan keluarganya (sekarang ni tak pasti siapa pemilik baru).

Boleh dikatakan hampir setiap malam aku akan melepakkan diri bersama kawan-kawan kat situ. Bila ingat-ingat balik apa yang aku selalu buat masa lepak, rasa macam tak banyak… minum-minum, makan-makan, tengok TV, sembang-sembang… tu je HAHAHA.

Nak dijadikan cerita kenapa aku nak ambil gambar kat situ, baru-baru ni ada nampak gambar sunset dari kawan-kawan seangkatan, so aku pon ambil kesempatan untuk menjengah sambil mengambil gambar pemandangan senja di restoran tu.

Agak nostalgia jugak bila masuk melalui restoran tu, separuh dari tapak kedai dah tak boleh digunakan sebab hampir roboh dan sekarang tidaklah nampak sangat “terapung” nya.

P/S: di tempat ni jugaklah tempat aku dengan kawan-kawan berkubang masa zaman sekolah, tak boleh lupa peristiwa tersepit antara dua bot 😀
P/S: nampak agak berterabur susunan karangan ni HAHAHA!
P/S: angle tak berapa meletop, kena repeat ni huhuhu…

Outing pertama tahun 2015

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan ber”outing” bersama kawan-kawan hari ni untuk merakamkan gambar sunset di sekitar KLCC. Ini bermakna dah dua kali shoot scenery hari ni, sunrise di Putrajaya dan sunset di KL hehehe.

Untuk tahun 2015, ni adalah sesi outing yang pertama dan juga port yang belum pernah aku jejak lagi iaitu tempat parking kereta bertingkat di Jalan Stonor / Jalan Binjai. Agak ramai jugak yang joined, termasuk seorang sahabat baru kenal dari Batu Caves. Sempat jugaklah sembang panjang dengan brader tu. Tengok gaya long exposure punya orang, tangan kipas-kipas depan lens hehehe. Tak kisah la apa teknik sekali pon, di dalam photography mesti kena ada sikap hormat menghormati dan hati yang terbuka untuk memberi ilmu dan menerima kritikan.

Anyway, gambar ni adalah antara shot di lewat petang. Masa ni shot guna hand-held je sebab taknak terlepas moment. Masa on the way kat Jalan Tun Razak dah nampak ROL berpalang-palang kat langit. Nasib baik dah dekat ke lokasi. Sampai-sampai je terus shoot, pak guard dengan tripod belakang cerita hahaha. Lepas je dapat shot 2 3 frame, pak guard pon naik sound tak boleh parking motor kat dalam tu. As usual, kena respect management punya rules… so aku mintak maaf dekat dia sebab aku memang betul-betul tak tau dan dia pon terus cool down. So aku parking kat bawah, masa nak naik lift dia pon angkat tangan dan tunjuk mana arah lift. Life is simple… we respect, they respect (mana punya pepatah hentam je).

Gambar ni pulak masa blue hour, itu pon masa dah nak balik hehehe.

Seperti biasa, group photo 🙂

Singgah sebentar di Wetland, Putrajaya.

Dah lama rasanya tak ke Taman Tasik Wetland Putrajaya ni, semenjak asik kena halau dengan pak guard 🙂

Tapi baru2 ni ada kawan bagitau yang pak guard kat situ dah tak kacau kalau nak ambil gambar sampai lepas pukul 7 malam, so aku buat keputusan untuk menjenguk dan memastikan samada kenyataan itu benar atau sebaliknya.

Last minute planning, balik kerja sampai ke rumah lebih kurang jam 6:30 petang terus sambar kamera dan tripod. Sampai ke lokasi pon tak masuk entrance gate, parking motor kat tepi jalan besar dan turun tangga terus ke titi. Setibanya di port nak pacak tripod, baru teringat yang kawasan tu memang banyak unggas-macam-nyamuk-tapi-bukan-nyamuk. Dengan rasa sedikit kesal, aku teruskan memacak tripod dan menunggu perubahan cuaca sunset.

Alhamdulillah, cuaca tidaklah mengecewakan… cuma mungkin dari segi composition yang agak terbabas huhuhu.

As usual, 3 exposures at every shot… untuk diproses menggunakan teknik DRI 🙂