Masjid Putra – In Black And White

Hari ni berkesempatan ambil gambar sunrise depan Masjid Putra. Mulanya takde terniat pon nak keluar ambil gambar, cuma cadang nak beli sarapan macam biasa. Tapi bila memandangkan cuaca pagi yang cantik, maka tercapailah tripod di dalam bonet kereta.

Sampai di lokasi, shoot la sorang-sorang. Ada la perasan sorang dua yang dah ada terpacak dekat situ, tapi takde la sangka yang kenal. Tengah dok shoot tu, datang la sorang kawan Huo Long menegur. Rupa-rupanya dah ada satu group bertandang dekat situ tengah shoot sunrise. Maka dengan pantas ikut dia sekali ke sebelah hujung, at least ada la geng nak menyembang hehehe. Salam punya salam, sorang lagi kawan yang kenal ada dekat situ iaitu abang Siberi… otai memburung ni hehehe.

Tapi entah kenapa, bila ada geng lain, aku lebih suka menyembang dari memetik kamera. Mesti diorang tension tak dapat nak concentrate 😀

Anyway, ada la 2 3 keping gambar yang dapat dihasilkan. 2 darinya 40MP dan 1 lagi handheld je (sebab tripod dah lipat). Kali ni, mood nak edit gambar black and white pulak… not really edit in black and white… guna effect dalam flickr je hehehe…

 

Advertisements

Kering tiada kontang, Sungai Haji Dorani

Apa punya tajuk daaa…

Setelah sekian lama merancang akhirnya berkesempatan berjumpa dengan sorang landscape photographer dari kampung kelahiran aku, iaitu abang Fadzly Sham pada hari Ahad lepas (29/03/2015).

28/03/2015 8:34PM

Satu sesi meeting telah dilancarkan menggunakan whatsapp berkenaan outing tersebut. Setelah confirm lokasi yang nak dituju, seorang lagi photographer telah dijemput untuk hadir bersama-sama memeriahkan pagi yang dijangka akan menjadi owesome, tidak lain dan tidak bukan beliau ialah Syafiq Shaarani. Setelah beliau confirm untuk join, maka kami bertiga telah sebulat suara untuk melelapkan diri dahulu…

29/03/2015 6:47AM

Keluar dari rumah dan bergegas ke Sungai Haji Dorani. Ketika di lokasi, cuaca memang awesome seperti yang dibayang-bayangkan malam tadi… cuma air je tak berapa nak pasang. Tapi taklah surut sangat… mungkin sebab ini tajuk blog diberi. Serious tengah blur nak tulis apa, mungkin trauma dengan GST yang bakal tiba bulan April nanti…

Seperti biasa akan bergambar bersama kawan-kawan tiap kali outing…

Insya Allah, kalau ada kesempatan akan calling untuk outing di lokasi lain pulak 🙂

Gambar bonus: Siput-siput kecil di Sungai Haji Dorani

Sunrise pertama tahun 2015

Jam 6:30 pagi tengok kat tingkap, cuaca macam tak best. So takde lah rasa macam nak shoot sunrise sangat. Buat dek makan ringan-ringan, minum-minum, check facebook. Pegi ke dapur nak letak cawan, jengok la sekali lagi kat tingkap. Umang aih!!! Macam cantik je? Macam cantik je? Terus amik seluar track, check camera, SD card, bateri semua cukup… terus keluar rumah start motor. Tapi tak tau nak tuju ke mana hahahaha.

Dalam keadaan kelam kabut tu terus terlintas nak pegi Precinct 10, port jetty kat tepi tasik tu. Ah lantak lah, baru pegi sana 2 minggu lepas hari ni repeat 😀

Sampai kat lokasi lebih kurang jam 7:10 pagi, nasib baik la waktu syuruk dah lewat sikit. Dapat la relek kejap. Tengah nak keluarkan camera dari beg, nampak pulak awan tengah terbakar warna merah ala pink gitu… adoiiii lagi sekali la kelam kabut nak shoot moment tu. Alhamdulillah dapat la 2 3 frame yang ada warna merah tu hehehe.

Memandangkan cuaca pagi tadi sangat ohsem, aku stay sampai matahari betul-betul nampak. Tapi macam biasa lah, dalam banyak-banyak shot yang dapat… 1 2 je yang lulus piawaian hahaha.

Putrajaya – Menghayati udara pagi di Precinct 10

Dah lama usha tempat ni, akhirnya aku jejakkan juga kaki ke sini bersama kamera-cap-ayam ku. Lokasi di Precinct 10 Putrajaya, tak ramai yang tahu ada tempat untuk orang awam beriadah di sini. Sesuai untuk melakukan senaman ringan seperti jogging dan stretching.

Walaupon cuaca kurang memuaskan pagi ni, tapi dengan pemandangan yang indah dan udara yang nyaman cukup untuk melepaskan segala lelah dan tekanan yang bersarang di dalam kepala otak aku. Insya Allah, akan ke sini lagi lepas musim hujan habis nanti.

A lonely jetty in Putrajaya

A lonely jetty at Putrajaya

Operasi bot tersadai

30hb Nov 2014, Alhamdulillah sekali lagi berkesempatan untuk merakamkan keindahan pagi di kampung aku (Sungai Besar).
Seperti biasa, aku ke pantai Sungai Haji Dorani seawal pagi yang mungkin supaya tidak terlepas warna2 yang cantik ketika matahari naik. Walaupon sudah banyak kali merakamkan gambar di lokasi dan subjek yang sama, aku seperti tidak pernah rasa bosan dan jemu.
Namun, kali ini agak berbeza sedikit kerana terdapat beberapa bangkai bot yang boleh dijadikan subjek utama.
Tanpa lengah, aku pon merakamkan gambar bot2 itu dan post kepada kawan2 di facebook. Masing2 agak teruja dan terus bercadang untuk datang ke Sungai Besar untuk mengambil gambar sunset.
Bincang punya bincang, akhirnya ada juga yang sudi datang iaitu abang Tuah Roslan dari Klang dan Syafiq Shaarani dari Kuala Selangor. So, lebih kurang jam 6 petang semua dah sampai dan terus ke lokasi bot tersadai tersebut. Abang Tuah Roslan bermain dengan 2 kamera, satu untuk tujuan timelapse. Syafiq dengan D800 beliau dan aku yang paling cap ayam hahaha.
Cuaca petang itu tidaklah berapa mengecewakan walaupon langit tidak secerah paginya. Shoot punya shoot, lebih kurang jam 715 malam maka selesailah sesi mengambil gambar sunset di situ. Oleh kerana aku kena balik rumah awal untuk persiapan balik ke Putrajaya, maka kami masing2 berpecah tak sempat nak lepak minum2 huhuhu. Insya Allah, kalau ada kesempatan nanti nak set satu sesi shoot landscape di Sungai Besar dengan kawan2 yang lain. Mungkin akan sewa chalet atau home-stay untuk sehari dua, baru bleh layan dari pagi sampai ke malam hehe.

Ini adalah hasil gambar yang diambil ketika matahari terbenam, jadilah walaupon cuaca tidak berapa mengizinkan 🙂
Teknik: DRI (multiple exposure)