Fotografi Jalanan, Pasar Karat – Masjid India

Lokasi outing fotografi jalanan kali ini adalah di Pasar Karat dan Masjid India, bersama seorang sahabat. Jujurnya, setelah hampir 20 tahun tinggal di Lembah Kelang, ini adalah kali pertama aku akan menjejakkan kaki di lokasi tersebut.

Sekitar jam 9 pagi, kami tiba di lokasi yang pertama (sekitar Petaling Street). Dalam perjalanan menuju ke lorong masuk Pasar Karat, kelihatan seorang lelaki India yang sedang asyik memintal-mintal misainya sambil ditarik ke atas. Aku menghampiri beliau dan senyum. Sambil menegur dengan sedikit pujian ke atas misainya, aku menunjukkan isyarat dengan kamera (permission), samada boleh mengambil gambar atau tidak. Dan dia tidak ada masalah dengan permintaan itu.

Selesai berborak dengan Mr. Sathiya, kami memulakan langkah memasuki lorong ke Pasar Karat. Beberapa tips dan nasihat yang pernah aku baca dari blogger di internet, tempat yang sebegini haruslah kita berhati-hati. Tidak semua peniaga di sini peramah, begitu juga pengunjungnya. Barang-barang yang berharga perlu disimpan dengan baik, jangan bawa terlalu banyak wang tunai, kena peka penculik saku, jangan keras kepala dan sebagainya.

Terdapat banyak barangan yang dijual di tepi jalanan dan pengunjung yang datang juga sangat ramai. Antara barangan yang dijual adalah barang-barang elektrik, telefon, perhiasan, buku, kamera lama, pakaian dan sebagainya. Dan kebanyakan barang-barang yang dijual adalah barangan terpakai. Yang pasti, harganya murah.

Flickr album 72157671794451864

Mr. Sathiya, Mustache-Man

An old lady selling her stuff in a flea market.

The center of Pasar Karat (flea market)

Q & A

Inspecting

Identical

Relaxed

Rusty store

Reaching the Life

Setelah hampir 1 jam di situ, kami melangkah kaki menuju ke Masjid India melalui Petaling Street dan Pasaraya Seni. Agak berpuas hati dengan outing di Pasar Karat tadi, Insya Allah akan berkunjung semula satu hari nanti. Dengan lebih ramai sahabat, mungkin?

Funny Malaysia

Selfier

Jump? No jump?

Rest

A Simba look-alike

Ngeee!

Maruku Family

Street Photography, Pasar Borong Selangor

Untuk kali pertama, aku membawa kamera ke Pasar Borong Selangor, dengan harapan dapat layan street photography. Sudah aku agak akan menjadi janggal bagi aku dan orang di situ. Tapi aku peduli apa? Hehehe…

Seorang pemuda Cina yang rajin membantu ibunya berniaga. Pemandangan yang jarang dilihat. Menurut ibunya, mereka juga teringin memiliki kamera satu hari nanti.
Pembekal pisang mentah.
Tambah stok.
Baru tahu begitu caranya.
Hal masing-masing.
Punggah.
Bayang si Pengangkut Telur.

 

Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Dah lama tak solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Kebetulan hari ni cuti, maka Abah bawak Darwisy dan Danish solat sama-sama.

Rasanya, ni kali pertama bawak diorang solat Jumaat dekat sini. Selalunya di Masjid Precint 11, kalau ada ke sini pon masa Raya Aidil Adha tahun lepas.

Kebetulan jugak, dah lama tak memetik kamera 🙂 So, bawak sekali la kamera dalam poket.

Lepas solat Jumaat, Darwisy dan Danish pergi main kejar-kejar di kawasan masjid. Abah pulak, memburu 😀

SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Tazkirah Jumaat oleh SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
A boy in 5th Saf

Bangunan Tabung Haji, Putrajaya
New neighbor, Bangunan Tabung Haji

Olympus M.Zuiko 25mm on street

Self challenge hari ni, street photography dengan lens Olympus M.Zuiko 25mm (equiv 50mm).

Sesi outing kali ni disertai oleh 3 orang sahabat iaitu Ezry, Hisham, Halim dan Helmi. Lokasi pula, di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dah banyak kali outing dekat area ni, tapi untuk street photography adalah kali yang kedua.

Bukit Bintang adalah salah satu tempat yang sering menjadi tumpuan pelancong, termasuk masyarakat tempatan. Sangat sesuai untuk mengasah bakat dalam street photography di mana kita boleh dapat lihat pelbagai gelagat manusia, bangsa, fesyen, gaya hidup dan lain-lain. Walaupon terdapat banyak kerja-kerja pembinaan sedang giat berjalan, namun tidak menghalang manusia dari terus membanjiri tempat ini.

Berbalik pada tajuk, self challenge hari ni agak challenging. Dengan Olympus M.Zuiko 25mm (equiv 50mm), agak kekok pada mulanya dari segi mencari angle view dan composition. Dengan berbekalkan sedikit pengalaman dengan focal view yang hampir sama, akhirnya dapat lah membiasakan diri sikit demi sedikit.

Kelebihan Olympus M.Zuiko 25mm (50mm focal view) dalam street photography

  • Tak perlu berdekat dengan subjek, sekaligus dapat mengelakkan diri dari dikesan
  • Sekiranya dekat dengan subjek, dapat menjadikan gambar sebagai portrait dengan focal view yang menarik
  • Sharpness dan bokeh yang menarik
  • Kecil dan ringan

The journey

Kebab family
Budak berusia 8 tahun menolong bapanya berniaga kebab di luar restoran. Sporting dan peramah walaupon tidak fasih berbicara.
While waiting
Kaki-kaki di jalanan. Ada yang menunggu bas, ada yang sekadar melepak, ada yang bersiar-siar. Termasuk aku, kaki ambil gambar.
The watcher
Seorang peniaga jalanan sedang memerhati gelagat manusia. Mungkin dia pemalu… refleksi sudah memadai bagi aku.
KL Tower in red
KL Tower yang diterangi cahaya lampu merah. Tidak pasti bersempena dengan apa, yang pasti memukau mata dan menyerikan.
Open air Musolla
Dalam perjalanan mencari surau, terjumpa satu kawasan lapang yang dijadikan tempat solat. Tempat ini mungkin diusahakan oleh peniaga-peniaga asing yang berdekatan. Nyaman dan sejuk.
KLCCs
Replika bangunan KLCC yang banyak dijual di jalanan.
Man from Sarawak
Orang Sarawak yang sporting, yang aku sangkakan pelancong dari Korea.
Signs
Tolong terjemahkan?
Builders at night
Beberapa orang kontraktor sedang gigih membina di waktu malam. Tanpa mereka, tiadalah bangunan.
Hang master
Seorang pemuzik jalanan sedang mendendangkan muzik dengan instument yang unik, iaitu Hang. https://en.wikipedia.org/wiki/Hang_(instrument)
Sangat terpegun dengan bunyi dan muzik yang dihasilkan, lebih-lebih lagi disaksikan secara live di jalanan.
Street artist
Barisan pelukis jalanan sedang khusyuk melukis gambar-gambar pelanggan. Sangat cantik dan menarik. Dengan harga yang ditawarkan, ianya sangat berbaloi.

Kebetulan, salah sorang sahabat yang outing bersama ada sedikit perkongsian tips bagaimana hendak menangani perasaan takut dalam genre street photography. Layari http://www.snapby.me/blog/-takut-shoot-street-photography-ikuti-langkah-ini

Photo-walk with Robin Wong and Olympusers

Weekend… as usual, I will try to arrange and spend some time to coach my self on my skills and knowledge especially street photography. It was quite fortunate that I managed to participate an outing with Olympus users, organized by a known, talented and inspiring… Robin Wong. Quite surprised too that I was the first person who accepted the invitation 😀

A day before, he called me to confirm my participation. And I just couldn’t believe that he offered me to lend any lenses that I would like to try during the outing. Well, I’ve been looking and waiting to hold this rumored superb prime lens… M.Zuiko 17mm f1.8!!! And I thought, this would be the best way to give the-best-I-can test drive before I spend my pennies to own one.

On the event day, all the participants (around 15) were briefed and the photo-walk begins around 8:30AM with the M.Zuiko 17mm f1.8 attached on my E-M5 Mark II body. Owh… it’s silver too 😛

As I only own 14-42mm EZ, it was a bit awkward for me to get my self comfort using it. But after few snaps, I managed to handle that feeling. I even tested the manual focus, so smooth and the depth of field is pretty awesome.

Things that I like about this lens:

  • Big aperture f1.8, good enough to handle dim, even dark scene with high shutter speed… with unnoticeable noise.
  • Great contrast, colors and sharp… I mean really sharp (to my eyes).
  • The size, giving me some extra space in my daily-use sling bag.
  • Fast! Not fast as speed of sound of course… but really fast… near instant I would say.
  • Wide, yet able to focus to really really close subjects!
  • 35mm equivalent full frame angle of view (less 1mm actually). Great for street photography, landscape and even portrait.
  • The easy AF / MF switch.

Anyway, here are some shots that I managed to capture during the photo-walk. Enjoy!

Flickr Album 72157659991430583

We, through the fish-eye

p/s:

  • Some of these photos are cropped, but I still satisfied with the sharpness
  • Hope I could own the M.Zuiko 17mm f1.8 very soon
  • If there is another chance, I would like to have M.Zuiko 12-40mm f2.8 be my partner 😀