Family Portrait Aidilfitri 2015

Family Portrait Aidilfitri 2015
From taller to shorter: Abah, Mama, Darwisy, Danish & Darwisyah

 

Gambar family portrait untuk tahun ni, diambil di kampung Bagan Terap, Sungai Besar. Tak pasti lagi samada nak ambik yang lebih proper atau tak… masalahnya takde photographer yang bertauliah dalam family hahaha. Editing pon main cincai boncai.

Lagi pon, tangan Darwisyah masih berbalut. Mungkin kena tunggu lepas bukak plaster tu. Atau biar je tangan dia macam tu, ada la kenangan tangan patah hehehe.

Insya Allah akan cuba arrange untuk shoot family portrait bila beraya di KL nanti. Kalau tak dapat jugak, maknanya yang ni akan jadi official 😛

‘Aidilfitri 2015

Kalau ikut dalam kalendar, lebih kurang 2 hari lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Syawal. ‘Aidilfitri, hari kemenangan menempuh Ramadhan. Alhamdulillah, tahun ni boleh dikatakan dapat menjalani bulan Ramadhan dengan baik dari tahun-tahun sebelumnya (dengan cara kurangkan melayan Facebook hehehe). Siapa sangka, tahun ni juga Darwisy dan Danish dapat menempuh sebulan berpuasa dengan baik… tak tinggal sahur… puasa penuh… tak banyak tinggal solat. Diharap, dugaan dan cabaran tahun ni dapat meningkatkan lagi keimanan dan kebahagian hidup berkeluarga.

Tidak lupa kepada sahabat handai, sekiranya terdapat salah dan silap terlanjur kata… harap dapatlah dimaafkan. Semoga bulan-bulan yang akan mendatang dapat kita tempuhi dengan penuh kesabaran.

Bagi sesiapa yang memandu pulang ke kampung, pandulah dengan cermat dan ikut arahan undang-undang jalan raya… ingat orang yang tersayang dan semoga selamat tiba ke destinasi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri… Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas dari,
Abah (Bobo)
Mama (Nadia)

Jumpa kucing!

Pada petang 16 Oktober 2013, di mana aku baru pulang dari kampung sempena cuti Raya Haji… aku telah menjumpai seekor anak kucing yang comel merayau2 di sekitar kedai runcit di bawah apartment aku tinggal. Melihatkan keadaan dia yang kotor dan kelaparan, aku telah mengambil keputusan untuk membeli makanan kucing (paket) dan membawa dia pulang untuk diberi makan… ntah macam mana, kucing ni nampak sangat manja dan sangat berselera makan… macam biasa lah, anak2 dan wife aku sememangnya sukakan kucing dari azali lagi… so tak pasal2 diorang telah memaksa aku untuk membela kucing tersebut… aku pon rasa berat hati nak lepaskan dia, yelah kecik lagi… dgn banyak kereta lalu lalang… takde tempat tinggal…

Lepas je bagi makan, aku dan wife mandikan dia… sebab

So, dengan rela hati aku telah memutuskan untuk membela kucing tersebut… dan nama Garfield telah diberi oleh wife aku (mmg peminat katun garfield kekeke)…

Semoga apa yang aku lakukan ni mendapat keberkatan… Amin…

20131017_233345

p/s: sangkar DIY, beli dari Daiso dan cantum2 kan (first stage)… kucing pon keletihan asik main je hehehe

makan tengah hari pukul 5.30PM

tu la penangan tidur di tengah hari hahaha
aku terbabas, wife terbabas, anak2 pon terbabas… nasib baik la sarapan pon nak pukul 11AM, bleh la kenyang tu bawak ke petang kekekeke…

hari ni aku rasa adalah hari malas aku… malas nak pegi jalan jauh2… so macam biasa (mcm hari2 malas je?) lepak makan kat precint 9… menu? nasi goreng paprik, nasi goreng cina, sizzling mee “masin” hahaha…
pencuci mulut pulak… otak2 5 bungkus 😛 dah lama tak makan otak2, tetiba je nak merasa… maklumla, mengidam la katakan hehehe

lepas makan beli barang jap, cadangnya nak pegi alamanda… oleh kerana mcm aku cakap tadi “hari malas aku”… beli je barang2 tu kat pasaraya darussalam… precint 9 jugak otway nak balik rumah je ahahaha… bleh la jimat sikit kot, harga bleh kata murah dari alamanda… parking takyah nak berbayar… dekat je so minyak pon bleh jimat hehehe