Raya datang lagi

Publish gambar dulu, Abah busy tak boleh nak perah idea tulis blog huhuhu…

P7078770
Advertisements

Raya Aidilfitri di KL pulak

Alhamdulillah, dah pon seminggu lebih kita di bulan Syawal atau Hari Raya Aidilfitri. Macam tahun-tahun sebelum ni, lepas je balik dari kampung kami akan beraya di KL pada hari minggunya.

Hari Sabtu lepas, beraya di rumah di rumah Abg Ipin (Pak Ngah & Mak Ngah DDD) dekat Klang. Pak Long tak datang sebab dah beraya masa hari bekerja, Pak Uda pon tak balik lagi dari Kedah. So yang datang Mak Su dengan Andak DDD. Tu pon dah cukup meriah dibuatnya, riuh rendah hehehe. Macam biasa la bila DDD dapat jumpa sepupu-sepupu memang tak berhenti main dah. Dari siang sampai la ke malam.

Sebelah malam pulak, Tok Uda DDD pulak datang sekeluarga. Bertambah lagi sepupu-sepupu DDD datang dan sambung lagi main.

Hari Ahad pulak, baru dapat pergi ke rumah Pak Long DDD di Pantai Dalam. Mana yang datang ke Klang semalam pon join sekali. Lepas solat Zohor bergerak ke rumah Tok Ngah DDD di Serdang dan macam biasa rumah Nenek Long DDD seterusnya.

Last destination, rumah Mak Su DDD di Seri Kembangan. Tapi sebelum tu singgah di Giant Seri Kembangan, nak beli kek di Secret Recipe untuk surprise birthday Pak Su DDD. Dari pukul 5 sampai la ke malam, macam biasa DDD sambung main hahaha.

Abah Mama pon dah penat, so lepas je makan-makan terus balik. Tapi macam biasa akan menghadapi waktu kesukaran setiap kali nak ajak DDD balik rumah… Darwisyah meraung-raung tanak balik… nak ikut kakak Mia katanya hahaha.

Flickr Album 72157657310710363

Raya Aidilfitri 2015 @ Sungai Besar

Sebagai official photographer di setiap Hari Raya Aidilfitri, seperti biasa Abah akan mengambil gambar dan merakam video DDD & family hehehe.

Tahun ni tak berapa panjang video yang diupload ke Youtube (sebenarnya panjang, tapi kena reject masa suntingan hehehe). Tapi cukup menampakkan kemeriahan suasana di Hari Raya bersama keluarga 🙂

Video tahun ni agak berbeza sedikit, di mana Abah lebih fokus kepada DDD dan sepupu-sepupu yang lain. Dan rasanya ni je satu video yang akan dijadikan kenangan untuk Raya Aidilfitri tahun 2015 sebab masa beraya di KL Abah tak banyak rakam video… sibuk makan kot hahaha!

Oh ye, satu lagi perbezaan video ni dengan video-video yang lepas… ianya dirakam menggunakan kamera keluarga iaitu Olympus OM-D E-M5 Mark II bersama-sama lens M.Zuiko 14-42mm dan Nikkor 50mm. Semuanya cap ayam, cuma yang layan masa merakam video menggunakan kamera ni adalah fungsi IBIS hihihi.

Ni pulak koleksi gambar-gambar kenangan Raya Aidilfitri 2015 di Sungai Besar. Macam tak banyak jugak untuk dipertontonkan kepada umum (yang lain set jadi private hehehe).

Flickr Album 72157659569233336

Family Portrait Aidilfitri 2015

Family Portrait Aidilfitri 2015
From taller to shorter: Abah, Mama, Darwisy, Danish & Darwisyah

 

Gambar family portrait untuk tahun ni, diambil di kampung Bagan Terap, Sungai Besar. Tak pasti lagi samada nak ambik yang lebih proper atau tak… masalahnya takde photographer yang bertauliah dalam family hahaha. Editing pon main cincai boncai.

Lagi pon, tangan Darwisyah masih berbalut. Mungkin kena tunggu lepas bukak plaster tu. Atau biar je tangan dia macam tu, ada la kenangan tangan patah hehehe.

Insya Allah akan cuba arrange untuk shoot family portrait bila beraya di KL nanti. Kalau tak dapat jugak, maknanya yang ni akan jadi official 😛

‘Aidilfitri 2015

Kalau ikut dalam kalendar, lebih kurang 2 hari lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Syawal. ‘Aidilfitri, hari kemenangan menempuh Ramadhan. Alhamdulillah, tahun ni boleh dikatakan dapat menjalani bulan Ramadhan dengan baik dari tahun-tahun sebelumnya (dengan cara kurangkan melayan Facebook hehehe). Siapa sangka, tahun ni juga Darwisy dan Danish dapat menempuh sebulan berpuasa dengan baik… tak tinggal sahur… puasa penuh… tak banyak tinggal solat. Diharap, dugaan dan cabaran tahun ni dapat meningkatkan lagi keimanan dan kebahagian hidup berkeluarga.

Tidak lupa kepada sahabat handai, sekiranya terdapat salah dan silap terlanjur kata… harap dapatlah dimaafkan. Semoga bulan-bulan yang akan mendatang dapat kita tempuhi dengan penuh kesabaran.

Bagi sesiapa yang memandu pulang ke kampung, pandulah dengan cermat dan ikut arahan undang-undang jalan raya… ingat orang yang tersayang dan semoga selamat tiba ke destinasi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri… Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas dari,
Abah (Bobo)
Mama (Nadia)