Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Dah lama tak solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Kebetulan hari ni cuti, maka Abah bawak Darwisy dan Danish solat sama-sama.

Rasanya, ni kali pertama bawak diorang solat Jumaat dekat sini. Selalunya di Masjid Precint 11, kalau ada ke sini pon masa Raya Aidil Adha tahun lepas.

Kebetulan jugak, dah lama tak memetik kamera 🙂 So, bawak sekali la kamera dalam poket.

Lepas solat Jumaat, Darwisy dan Danish pergi main kejar-kejar di kawasan masjid. Abah pulak, memburu 😀

SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Tazkirah Jumaat oleh SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
A boy in 5th Saf

Bangunan Tabung Haji, Putrajaya
New neighbor, Bangunan Tabung Haji

Advertisements

Fotografi Suka Suki Di Bukit Saujana Hijau

Ahad yang tak berapa pagi, aku keluar ke Bukit Saujana Hijau di Putrajaya untuk fotografi suka suki. Agak lewat sedikit disebabkan kekenyangan nasi lemak yang dimasak di rumah, maka outing seorang diri kali ini membawa sampai ke tengah hari.

Seperti outing street sebelum ni, aku telah membuat self-challenge dengan keluar bersama lens M.Zuiko 25mm… dan self-challenge kali ni pula adalah dengan M.Zuiko 45mm (90mm focal view equivalent).

Lens ni bukanlah khas untuk fotografi makro, tapi boleh la digunakan untuk fotografi separa-makro (pandai-pandai je). Macam mana caranya? Crop la jawabnya 😀

Tak payah cerita panjang-panjang lah… ni antara hasil dari outing solo.

Oh ya… semua gambar ni telah diolah secara cincai boncai menggunakan Olympus Viewer 3 dan efek dari Google Nik Collection.

Kayuh bot di Taman Wetland Putrajaya

Hari ni Abah Mama bawak DDD pergi ke tengah-tengah tasik Taman Wetland Putrajaya, dengan cara berkayuh. Ye… kayuh bot 😀

Punya lama tak berkayuh (tak pernah pon), rasa kejang kaki dilengkapi dengan pakej berpeluh… lebih-lebih lagi Mama. Nasib baik Abah ada, boleh jadi backup 😛

Tercetus rasa nak naik paddle boat tu sebab seronok tengok orang, masa lepak-lepak dekat tepi tasik semalam. Tapi memandangkan hari dah lewat petang, maka Abah telah melakar satu plan dan tidak diketahui oleh DDD. Alhamdulillah, setelah hampir 10 tahun menetap di Putrajaya… akhirnya telah berjaya merealisasikan impian semalam.

Lepas je solat Asar, maka bergegaslah ke Taman Tasik Wetland. Waktu yang elok sebab awal dan masih tak ramai orang. Kalau lewat sikit, memang kena tunggu lah sebab satu round 30 minit (1 jam hari biasa). Lagi pon tiket tutup sebelum pukul 7.

Harga tiket untuk paddle boat 5 seat adalah RM19.10 (selepas GST)… ok lah kot. Cuma masa dah dapat bot tu, make sure bot tu ok dan boleh dikemudi dengan elok. Kalau rasa tak elok, cepat-cepat tukar… nanti rasa tak puas (macam Abah Mama kena huhuhu). Mana tidaknya… 10 minit habis pusing-pusing situ je tak bergerak ke mana hahaha. Nasib baik Abah tukar, kalau tak… tengok pulau-pulau tengah tasik tu dari jauh je la hehehe.

Flickr Album 72157664938593405

P2214848

Revisit Muzium Alam Semula Jadi

Susulan kegagalan masuk ke Muzium Alam Semula Jadi minggu lepas, hari ni Abah dan Mama telah berjaya membawa DDD masuk ke dalam beberapa minit sebelum tamat waktu melawat 😀

Boleh kata puas hati jugak lah, sebab pergi pon tak survey mana-mana website. Nasib baik dah buka. Tapi agak sedikit kecewa sebab tak semua area dapat masuk, masih dalam renovation / relocation.

Dengan harga tiket dewasa RM2 dan percuma kanak-kanak 12 tahun ke bawah, boleh dianggap berbaloi dan persembahannya berpada. Ada banyak replika-replika haiwan yang diawet, tumbuh-tumbuhan, burung, kelawar dan sebagainya… termasuklah tulang temulang (betul ke?) haiwan besar (ikan paus).

Suasana seperti biasa agak lengang dari kunjungan orang ramai, mungkin sebab kurang promosi… atau ramai yang lebih suka aktiviti-aktiviti outdoor. Tapi dalam cuaca yang panas dan hujan tak menentu, semestinya amat sesuai untuk membawa keluarga melawat di sini.

Flickr Album 72157661304777203

P1173032

Melawat planet dan Tugu Negara

Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.

Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.

Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggungjawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat. Tugu ini juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di dunia.

Ok, ayat atas tu copy and paste dari Wiki hahaha!

Buat pertama kalinya Abah dan DDD melawat tempat tarikan pelancong ni. Mama mungkin dah pernah pergi sebelum ni, tapi tu andaian je lah 🙂

Mulanya, Abah dan Mama bawak DDD pergi ke Planetarium Negara yang juga terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Eh, silap… mulanya Abah dan Mama nak bawak DDD pergi ke Muzium Alam Semula Jadi di Putrajaya. Tapi tempat tu tutup sebab ada kerja-kerja pembaikan tengah dijalankan. Tak pasti bila akan siap, terpaksa skip dan pergi melawat tempat lain. Fikir punya fikir, akhirnya terpandu lah kereta dengan sendirinya ke Kuala Lumpur… ok sambung balik cerita tadi.

Masa dalam perjalanan, masih tak tau destinasi mana yang nak dituju. Nak ke Taman Rama-rama, dah pergi baru-baru ni. Nak ke Taman Burung, macam malas nak keluar duit banyak-banyak. Dalam sibuk Abah ngan Mama bincang, tetiba Darwisy bagi cadangan supaya pergi ke Planetarium Negara sebab kat situ best katanya. Maklumlah dah pernah pergi dengan rombongan sekolah dulu. Ok lah kalau macam tu, Planetarium Negara we go! (jenuh jugak cari dalam Map, first time nak pergi hahaha)

Sesampai je di sana, tetiba pak guard bagi tau… “sekarang tengah tutup, ada renovation sampai bulan 7″… What!!!??? Memang tak ada rezeki lah… tadi pergi Muzium Putrajaya tutup… renovation jugak. Tapi tak lama lepas tu pak guard cakap lagi… “kalau nak tengok tayangan boleh lah, pameran memang tak boleh masuk sebab tengah renovation”. Ok, alang-alang dah sampai… tayangan pon tayangan la huhuhu.

Kebetulan pulak sampai situ pukul 11:45, sempat la beli tiket untuk tayangan pukul 12 tengah hari. Tiket pulak tak lah mahal, total 5 orang (2 dewasa 3 budak) RM24. Lepas beli tiket, masuk la ke dalam satu tempat tu… apa entah namanya… susah nak sebut kakaka!

As usual, DDD memang suka la benda-benda macam ni. Ada screen besar macam 3D di atas kepala. Jenuh la mendongak 25 minit hehehe. Overall, memuaskan.

Lepas habis tayangan, pergi pulak melawat Tugu Negara. Hampir jam 1 tengah hari, memang matahari terpacak lah atas kepala. Bak kata orang, panas lit lit? Panas pon panas lah… first time punya pasal dan masa masih panjang hehehe.

Flickr Album 72157661038893074

P1102904

Dipendekkan cerita… tak banyak perkara yang boleh dibuat waktu panas macam ni. So, ambik gambar sikit-sikit, portrait family… lepas tu balik. Pendek tak? 😀

Flickr Album 72157663318033816

P1102945

p/s: Gambar dalam Planetarium tu nampak lengang… memang lengang pon… kami je yang datang HAHAHA!!!