Masjid Hijau (Green Mosque) Cyberjaya

Jalan-jalan di Masjid Hijau (Green Mosque) Cyberjaya

Memandangkan hari ni cuti, aku telah mencadangkan satu cadangan kepada diri sendiri untuk pergi ke Masjid yang diwarwarkan telah siap pembinaannya beberapa bulan yang lalu. Tanpa menggunakan GPS atau Google map, aku bergegas dari rumah ke Cyberjaya lebih kurang jam 10 pagi. Di fikiran, ianya adalah waktu yang sesuai untuk mengambil gambar dalaman dan luaran sebab tak ada / kurang orang di Masjid waktu pagi.

Alhamdulillah, aku telah menjumpai lokasi Masjid tersebut dengan mudah tanpa sebarang kesesatan. Ianya terletak di tepi jalan utama ke Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya.

Dari luar, kelihatan hampir 100% telah siap dibina sebab masih ada sedikit lagi kerja-kerja masih dilakukan di bahagian luar Masjid. Jalan masuk yang mudah, parkir yang luas, bentuk seni bina yang simple bersesuaian dengan konsepnya iaitu Hijau.

Insya Allah kalau ada kelapangan atau cuti di hari Jumaat, akan datang lagi ke Masjid ini.

Flickr Album 72157651094287919

Jalan Pasar, 2015-01-31

Setelah lebih seminggu blog ni down disebabkan bandwith limit exceeded, akhirnya online semula lepas masuk bulan yang baru huhuhu

Few things terlepas untuk diupdate, tapi takpe lah… nak buat camne ye tak?

Anyway, hari ni aku berkesempatan pergi ke KL untuk mengambil gambar di sekitar Jalan Pasar… itu pon disebabkan atas misi lain iaitu mencari spare part untuk mesin basuh… oleh kerana misi itu gagal, maka aku telah melepaskan geram dengan shoot street photography seorang diri…

Ada banyak pengalaman menarik sepanjang sesi tu, antaranya adalah terjumpa dengan seorang photographer yang boleh aku katakan very low profile… kejadian berlaku bila aku tengah setup kamera, seorang lelaki cina yang agak berumur menegur aku dan bertanya apa jenis body kamera yang aku guna. Aku seperti layan tak layan sebab tengah main-main dengan setting kamera, kami tak berbual panjang dan dia pon berlalu pergi.

Aku mulakan shoot di sekitar pintu masuk pasar pagi kat situ, satu demi satu dan tengok apa yang perlu diperbaiki. Masa tengah shoot tu, datang sorang peniaga cina dan aku pon bersembang dengan dia. Antara dialog yang dia luahkan adalah “our market is 20 years back to compare with Singapore”…

Aku bukan orang yang pandai pasal politik… tapi dari ayat yang dia luahkan tu, seolah-olah satu rungutan yang dia terpaksa hadapi setiap kali dia berniaga. Mungkin dari segi kemudahan, tempat, saingan atau mungkin dari segi masa. Dalam hati aku, macam mana nak bezakan? Aku sendiri pon tak pernah pergi ke Singapore huhuhu.

Aku teruskan melangkah masuk ke dalam kawasan pasar pagi tu… tengah sibuk-sibuk menembak, tiba-tiba ada orang panggil. Rupanya uncle yang aku jumpa sebelum aku mula ambil gambar tadi. Aku agak terkejut sebab tak sangka dia akan panggil aku.

Kali ni, kami sembang panjang… dan dari situ aku sedar yang aku dah tersalah anggap dekat dia awal-awal tadi… dia memang seorang yang berpengalaman dalam bidang photography. Dia menceritakan yang sudah 45 tahun berkecimpung dalam dunia photography… selain dari tu, dia bagitau yang dia masih menyimpan sekurang-kurangnya 5 kamera filem a.k.a mekanikal dan salah satunya adalah Minolta. Anaknya juga mempunya hobi yang sama dan menggunakan Nikon D90. Lepas dia ceritakan serba sedikit pengalaman dia, kami bercerita pula hal lens yang popular dan bagus. Dia pon bagitau yang dia ada lens 12-24, UWA dan sebagainya. Dalam masa bersembang tu, aku betul-betul rasa kagum… dia tak nampak macam seorang photographer masa mula-mula jumpa tadi… dan tak sangka dia sangat peramah.

Memandangkan aku harus meneruskan perjalanan, akhirnya aku cakap kat dia yang aku kena start jalan semula dan aku beranikan diri bertanya untuk mengambil gambar dia. Sekali lagi dia dengan ramah membenarkan, sambil menyuruh ambil gambar dia bersama barang-barang yang dia jual. Lepas setel semua, aku pon beredar sambil kata kat dia “hope to see you again”…

Aku pon teruskan langkah sambil mengambil beberapa keping gambar… tiba-tiba aku terkedu kejap sebab ternampak seorang peniaga yang menjual sesuatu yang lain dari yang lain, iaitu katak yang sudah siap disiat. Bila aku berenti kat depan gerainya, dia ternampak aku sambil pegang kamera di tangan. Dia pon menjerit dengan pelat cina dia “kamela! kamela! take photo!” sambil senyum-senyum. Oleh kerana pemandangan tu agak baru bagi aku, aku pon shoot la beberapa keping, tapi tak lalu nak sembang sebab geli geleman hehehe.

Aku bernasib baik sebab keluar di awal pagi, sebab matahari mula naik dan satu peluang yang bagus untuk bermain dengan shadow. Agak banyak juga gambar yang aku ambil, demi mempelajari bagaimana nak mendapatkan angel yang menarik. As usual, tak semua hasil akan menepati citarasa hati… most sad is, kalau takde langsung yang sangkut huhuhu.

Setelah hampir 3 jam berjalan, aku pon ambil keputusan untuk balik ke rumah. Secara ringkasnya, memang seronok keluar untuk street photography di awal pagi kerana segalanya sedang bermula. Insya Allah akan banyakkan berlatih street photography di awal pagi…

Flickr Album 72157648307370754

Street photography at night, Kuala Lumpur

Kali keduanya aku menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur untuk tujuan street photography di waktu malam. Kali ni bersama dengan 2 orang kawan iaitu abang Ezry dan Shin Mutalib. Lokasi yang dipilih adalah di sekitar Pavilion Kuala Lumpur kerana mudah untuk diakses dan tumpuan utama pelancong. Cuma sedikit kesilapan yang dilakukan ialah aku telah memandu kereta untuk ke lokasi, sesak gila huhuhu.

Anyway, perjalanan bersama kamera dimulakan selepas solat Maghrib dari Plaza Sungei Wang menghala ke Pavilion. Oleh kerana perut agak kenyang, maka perjalanan pada ketika itu agak perlahan supaya penghadaman dapat dilakukan dengan lancar hehehe. Oh ye, tq abang Ezry belanja minum di Sushi King 😀

As expected, malam tu memang akan sesak dengan orang dan kenderaan lebih-lebih lagi simpang di Bukit Bintang terdapat pembinaan MRRT yang masih belum siap. Ditambah pula dengan sambutan untuk Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi.

Antara teknik yang digunakan pada malam tu adalah slow shutter supaya mendapat motion dari subjek-subjek yang bergerak. Agak kekok jugak sebab tak menggunakan tripod, kena tahan nafas atau bersandar di mana-mana objek keras di keliling. But overall, agak memuaskan dengan hasil yang dapat ditangkap. Of course lah kena berlatih banyak lagi selepas ni.

Here are some of the photos:

Berembun di Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Alhamdulillah, hari  ini aku berkesempatan untuk merakamkan sedikit suasana awal pagi di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Gara2 tidak boleh tidur, aku telah memberanikan diri untuk keluar ke bandar menaiki motor dengan berbekalkan 35mm ku. Walaupon aku tau agak berisiko outing street photography seorang diri, aku ambil semua itu sebagai satu cabaran demi mempelajari sesuatu yang baru.

Bertolak keluar dari rumah pada jam 12:30AM dan sampai ke bandar lebih kurang jam 1:15AM. Agak kekok jugak keluar malam2 seorang diri lebih2 lagi sudah lama tidak menjejakkan kaki di bandar. Dalam kebuntuan tidak tahu hendak bermula dari mana, maka aku pon pusing2 sekitar Jalan Pudu untuk mencari spot2 yang bagus untuk dimula.

Jalan Pudu Lama, aku berhenti seketika sambil menyaksikan kelibat2 manusia yang masih bersengkang mata mencari rezeki dengan membawa teksi dan bas. Ramai juga penumpang2 yang terdiri dari berbagai kaum tidak tahu ke mana hala tuju mereka. Di dalam hati terfikir sejenak, begini rupanya kehidupan rakyat marhaen di tengah malam tatkala kita semua sedang berdengkur di atas tilam yang empuk.

Jalan Tuanku Abdul Rahman, sekitar 2:15AM menyaksikan beberapa orang sedang khusyuk menyusun strategi permainan catur sehinggakan tidak menyedari kehadiran aku. Bermacam2 watak dapat aku lihat di keliling mereka. Ada yang menonton, ada yang menjadi tukang karut, ada yang melepaskan lelah dan berbaring di kaki lima, ada yang sekadar melepak tanpa berbuat apa2 dan macam2 lagi.

Sebelum ini aku hanya dapat menyaksikan gelagat2 mereka di dalam gambar rakan2, tetapi hari ini aku dapat merasakan sendiri suasana awal pagi di Kuala Lumpur. Insya Allah jika ada kesempatan lagi, pasti akan aku jejak lagi kakiku di sini 🙂

Pondok usang revisit

Alhamdulillah, pada 30/3/2014 aku telah berkesempatan singgah sekali lagi ke pondok usang di kawasan sawah padi Sungai Besar. Outing yang dirancang pada minit2 akhir, dapat ketemukan aku dengan 2 orang lagi sahabat iaitu Syafiq Sha’arani dan El (Acid Sulfurik).

Walaupon cuaca hujan di sepanjang malam sebelumnya namun rezeki memihak kepada kami di mana pagi itu kami telah disajikan dengan keindahan warna yang cantik di langit. Memandangkan cuaca yang baik pada ketika itu, kami telah bercadang untuk mencuba satu lagi spot untuk mengambil gambar iaitu sebuah rumah tinggal yang pernah diberitahu oleh sahabat lain dan ianya tidak jauh dari kawasan sawah padi.

Setelah menjumpai rumah tinggal itu, kami tidak membuang masa dengan mencari angle menarik dan menekan shutter bertalu-talu hehehe. Okeh, tanpa membuang masa, berikut adalah hasil2 dari outing tersebut 🙂

First location, pondok usang… teknik yang aku gunakan adalah bracketing dan white balance dengan bantuan grey card… diambil sebanyak 3 exposures, diproses menggunakan adobe camera raw dan adobe photoshop (DRI atau digital blending). Agak lama tak buat DRI, so ingat2 lupa macam mana nak start dan finishing hehehe.

Next, rumah usang… juga diambil secara bracketing dan bantuan grey card untuk white balance… untuk yang ini, aku ada cuba gunakan photomatix tapi rasa tak berapa puas hati dengan hasilnya (mungkin sebab dah lama sangat tak guna photomatix hahaha). So aku ambil keputusan untuk DRI menggunakan camera raw dan photoshop.

Lastly, group photo… diambil hanya satu exposure (aperture mode) dan multiplied to 2 different exposures menggunakan camera raw… finally touched up with photoshop…

From left: El (Acid Sulfurik), Syafiq Sha’rani and myself.

Candid satu kali! hehehe…

Terima kasih kerana sudi singgah, terima kasih kepada sahabat2 yang sudi join outing, terima kasih abang Fadzly Sham sudi memberitahu lokasi rumah usang tu… Insya Allah, jika dimurahkan rezeki kami akan melawat lagi rumah usang itu 🙂