Fotografi makro dalam rumah – Embun

Tak ada masa nak makro dalam hutan? Kena jaga anak2 sebab isteri bekerja luar negeri? Tak ada serangga? Hari hujan? Tak ada masalah, jom makro dalam rumah πŸ˜›

Fotografi makro tiada had, boleh dilakukan hampir di mana2 sahaja… termasuk lah di dalam rumah…

So, baru2 ni aku telah mendapat idea mcm mana nak buat fotografi makro di dalam rumah… memandangkan tiada masa nak keluar ke hutan dan tangan sudah mula gatal2 nak memetik shutter kamera πŸ˜€

Dalam projek kali ni, aku telah menggunakan rumput (pet grass) sebagai subjek… dan embun sebagai subjek utama… tapi macam mana? mudah je hehehe…

Dapatkan pet grass ni di mana2 kedai haiwan peliharaan (pet shop)… terdapat perbagai jenis dan harga… ada yang dah siap tumbuh dan ada yang kena tanam sendiri (biji benih)… kalau nak cepat, beli lah yang dah siap tumbuh… kalau rasa macam nak bercucuk tanam, beli lah yang biji benih hehehe… tapi kena tunggu at least 4 hari lah…

Ok, rumput dah beli… tapi mana embun? Haaa… sebelum keluar embun kena lah kita siramkan tanah rumput tadi dengan air yang secukupnya… kemudian biarkan semalaman di dalam rumah… esoknya keluarlah embun kat hujung rumput2 tu tadi…

Bila dah ada nampak embun, buatlah setup makro ikut suka hati… dalam kes aku, simply letak rumput tadi atas laptop yang sedang menyala untuk mendapatkan light source sederhana dari belakang subjek… kamera pon handheld je hahahaha…

Ini antara hasil dari projek makro dalam rumah aku hehehe

Amacam ok tak? hehehe… subjek tu sebenarnya boleh gunakan apa2 saja… nama pon makro… selamat mencuba! πŸ™‚

p/s:Β http://hilmanali.com/lets-macro-the-strawberry/

Let’s macro the strawberry :-)

Memandangkan dah lama aku tak shoot macro, atau dalam kata yang lain dah lama tak masuk hutan… maka inilah jadinya… macro buah strawberry yang dibeli oleh isteri di Cameron Highland baru2 ni hehehe… ada banyak lagi, so this is my first attempt of fruit macro photography πŸ™‚

Saturday night macro, NOT disco

Alhamdulillah, berlangsung lah satu lagi episod night macro di Bukit Gasing pada malam ini. Disertai oleh 6 orang rakan dari KFGM yang lain iaitu Ezry (abang kawasan), Adznee Abas, Sairel, Ku Mohd Nazril, Hairul Azuar dan Azri Suratmin. Selain dari group kami, ada lagi satu group yang sedang outing di lokasi yang sama (mungkin Shah Alam Macro). Di mana 2 orang dari group tersebut, aku pernah kenali pada first outing di lokasi yang sama juga iaitu Zaidi Razak dan Yie Rima.

Outing bermula lebih kurang pada jam 10 malam sabtu dan tamat lebih kurang jam 1230 pagi ahad. Walaupon dirancang secara mengejut, tapi Alhamdulillah ramai yang dapat join dan berjalan lancar.

Ada beberapa pengajaran dalam outing kali ini, di mana kami dapati agak kurang serangga keluar pada malam ini. Daripada pendapat tidak profesional, kami telah sebulat suara menyatakan mungkin ianya berpunca daripada cuaca yang panas dan jerebu yang sedang melanda hehehe…

Selain dari itu, kami juga telah dapat mengesan di mana salah seorang dari kumpulan kami adalah seorang yang penggeli dengan serangga akan tetapi dia adalah seorang yang agak tegar bermakro. Pengajarannya, kena perhatikan serangga tu betul2 sebab bila dia melompat ke arah sahabat tersebut maka dia akan membuka langkah silat dan menyebabkan serangga itu terpelanting tanpa dapat dikesan. Akibatnya, kami yang belum sempat shoot serangga tersebut akan berasa amat kecewa HAHAHAHA… siapa dia? πŸ˜€

Pengajaran seterusnya, kita kena lebih bersedia terutamanya dari segi peralatan. Di mana kadang2 akan berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini seperti kerosakan, barang tertinggal, habis bateri, tertinggal memory card, lupa lampu suluh, lupa beli air mineral dan sebagainya. Kalau boleh, kita bawa peralatan ekstra walaupon kita tidak fikir kita akan menggunakannya. Ini akan dapat membantu rakan2 kita yang telah mendapat perkara yang tidak diingini tersebut hehehe…

Anyway, walau pon agak kurang hasilnya, tetapi outing kali ini boleh dikatakan seronok juga di mana banyak cerita dan tips dikongsi bersama sepanjang aktiviti. Yang penting, berkerja sama dan keluar peluh hehehe… InsyaAllah, semoga akan mendapat hasil yang rare di lain kali… Amin…

Upload satu gambar dulu, nanti sambung upload lagi sebab dah mengantuk hahaha

Ok, aku tak boleh tidur lagi… upload lagi satu πŸ˜›

 

Macro – Bukit Gasing

Lagi sekali terjah Bukit Gasing bersama rakan2 KFGM. Kali ni dapat berjumpa seorang lagi rakan baru iaitu Ku Mohd Nazril. Semua yang hadir termasuk aku adalah seramai 5 orang. As usual, kami memulakan aktiviti macro di sebelah pagi dan mengharapkan akan menjumpai spesis yang belum pernah kami dapat. Kebetulan, malam sebelum outing tu telah turun hujan yang agak lebat (masa tu musim kemarau). Tapi aku rasa agak kurang bernasib baik sebab spesis yang dijumpai semua pernah dirakam sebelum ini. Kalau tak silap, serangga juga agak sukar dijumpai… mungkin disebabkan oleh cuaca yang panas ketika itu.

Dipendekkan cerita, sebelum nak balik tu kami ternampak satu lagi group macro dari kejauhan. Setelah diamati, ada beberapa orang dari group tu yang kami kenali iaitu Faisal Ismail dan A-mie. The rest tak kenal lagi hehehe.

Takde group photo masa ni (terlupa kot…), tapi ada sedikit rakaman video di sepanjang aktiviti outing tersebut (pendek je pon)…