Berpagian 1 Zulkaedah

Zulkaedah, 1 hari jugalah Syawal telah berlalu. Kebetulan pula hari Ahad, pagi yang baik untuk melepaskan tekanan dan lelah.

Alhamdulillah pagi ni dapat pergi ke satu lokasi yang boleh dikatakan baru, sesuai untuk merakamkan gambar sunrise dan sunset di sekitar Putrajaya. Mungkin tidak secantik di tempat-tempat tumpuan yang lain, tapi tetap dapat menyegarkan mata.

Better view @ https://www.flickr.com/photos/darwisy/19987733984/

Advertisements

Pondok usang revisit

Alhamdulillah, pada 30/3/2014 aku telah berkesempatan singgah sekali lagi ke pondok usang di kawasan sawah padi Sungai Besar. Outing yang dirancang pada minit2 akhir, dapat ketemukan aku dengan 2 orang lagi sahabat iaitu Syafiq Sha’arani dan El (Acid Sulfurik).

Walaupon cuaca hujan di sepanjang malam sebelumnya namun rezeki memihak kepada kami di mana pagi itu kami telah disajikan dengan keindahan warna yang cantik di langit. Memandangkan cuaca yang baik pada ketika itu, kami telah bercadang untuk mencuba satu lagi spot untuk mengambil gambar iaitu sebuah rumah tinggal yang pernah diberitahu oleh sahabat lain dan ianya tidak jauh dari kawasan sawah padi.

Setelah menjumpai rumah tinggal itu, kami tidak membuang masa dengan mencari angle menarik dan menekan shutter bertalu-talu hehehe. Okeh, tanpa membuang masa, berikut adalah hasil2 dari outing tersebut 🙂

First location, pondok usang… teknik yang aku gunakan adalah bracketing dan white balance dengan bantuan grey card… diambil sebanyak 3 exposures, diproses menggunakan adobe camera raw dan adobe photoshop (DRI atau digital blending). Agak lama tak buat DRI, so ingat2 lupa macam mana nak start dan finishing hehehe.

Next, rumah usang… juga diambil secara bracketing dan bantuan grey card untuk white balance… untuk yang ini, aku ada cuba gunakan photomatix tapi rasa tak berapa puas hati dengan hasilnya (mungkin sebab dah lama sangat tak guna photomatix hahaha). So aku ambil keputusan untuk DRI menggunakan camera raw dan photoshop.

Lastly, group photo… diambil hanya satu exposure (aperture mode) dan multiplied to 2 different exposures menggunakan camera raw… finally touched up with photoshop…

From left: El (Acid Sulfurik), Syafiq Sha’rani and myself.

Candid satu kali! hehehe…

Terima kasih kerana sudi singgah, terima kasih kepada sahabat2 yang sudi join outing, terima kasih abang Fadzly Sham sudi memberitahu lokasi rumah usang tu… Insya Allah, jika dimurahkan rezeki kami akan melawat lagi rumah usang itu 🙂

Milky way katanya

Sabtu, 1 march 2014… aku pulang ke kampung seperti biasa atas urusan keluarga. Pada malam hari yang sama juga, aku telah terbaca satu update facebook yang mengatakan ada satu rombongan akan tiba di kampung aku iaitu Sungai Besar atas alasan hendak mencerap milky way… telah aku khabarkan bahawa cuaca di kampung aku tidak seindah di Australia pada ketika itu… tapi dengan alasan mereka hendak mencuba nasib, aku telah mengalukan kedatangan mereka kekeke…

Jam lebih kurang 4:30 pagi, mereka dengan konfiden telah memasuki satu lorong yang aku sendiri tidak pasti di mana lokasi… so aku call mereka dan berkata “weh! korang kat mana ni? lorong mana ko masuk?” dan menyuruh mereka untuk berpatah balik kerana dikhuatiri akan sesat ke negeri Perak…

Tidak lama kemudian, maka berjumpa lah kami di satu lokasi yang rahsia dan aku telah membawa mereka ke satu lagi lokasi yang rahsia juga 😀

Seperti yang telah aku khabarkan, keadaan cuaca tetap tidak berubah ketika itu di mana langit telah dipenuhi dengan awan2 jerebu huhuhu… tapi takpe lah, memandangkan mereka dah sampai maka aku kenalah layan mereka sebagai tetamu dan aku telah membawa mereka ke satu kedai mamak untuk menikmati juadah di awal subuh hehehe

Berapa punya panjang cerita daaa… ok aku pendekkan… so lepas solat subuh, kami bergegas semula ke lokasi rahsia yang kedua tadi untuk merakamkan moment sunrise tetapi malangnya, matahari sangat malu2 untuk muncul dan demi menyedapkan hati masing2, maka kami pon berselfie secara ramai2 berlatar belakangkan pondok yang usang… huhuhuhu

Gambar dari kiri: Fakrul Jamil, aku, Eyzham dan Rasdi

p/s: gambar ini telah diedit secara melampau oleh saudara Eyzham hahaha