Family Hazy-Day Out

Hari ni Abah dan Mama cadang nak bawak DDD pergi ke Taman Wetland, nak tengok ikan 3D. Tapi DDD kena pegi sekolah sebab ada ganti cuti. Tapi takpe lah, boleh bawak petang nanti.

Bila dah petang, selesai je solat Asar terus ke sana dengan harapan dapat masuk ke tempat tu. Tapi tutup pulaaakkk… pukul 5 dah kunci pintu huhuhu. Takpe lah, postpone esok… sementara dah ada kat situ snap la gambar sekeping dua sambil jalan-jalan tengok burung flamingo.

Tension punya pasal, membawa diri ke IOI City Mall (lagi…). Kebetulan pulak Mama dah gaji, maka sesuai sangatlah ke sana hahaha!

First time makan di restoran aiskrim… yep, Magnum Cafe kalau tak silap. Magnum aiskrim bukan tikam nombor 😛

Makanannya ok… overall memang menarik dan sedap. Aiskrim tu memang boleh dibeli dekat mana-mana kedai, cuma di sini kita boleh custom aiskrim tersebut. Maksudnya, boleh tambah macam-macam bahan yang lain untuk supaya lebih sedap dan lebih menarik. Nak sebut bahan-bahan yang ada memang tak dapat lah… kena pegi dan cuba sendiri 🙂

Lepas makan, pegi pulak ke tepi kolam yang ada air pancur tu. The Symphony namanya… memang suka lah DDD tengok air pancur tu… ditambah pulak ada muzik iringan dan lampu yang berwarna warni.

Cadangnya lepas tengok air pancur tu, nak balik ke rumah. Tapi Andak DDD pulak cadang nak datang jalan-jalan. So, kena la extend sikit. As usual, Darwisyah la yang paling excited sebab dapat tau BFF kakak Mia nak datang hehehe. Naik atas kejap, solat Maghrib dan turun balik ke kolam tadi.

Bila dah sampai semua, berlari lari lah masing-masing dekat tepi kolam tu. Kebetulan pulak ada satu area yang dipasang karpet rumput. Darwisyah dengan Mia berlari-lari lepas tu duduk-duduk tengok air pancur… Darwisy dan Danish pulak main gusti-gusti (macam silat pon ada).

Bila dah puas semua, lebih kurang pukul 9.30 semua nak bergerak balik. Nasib baik perpisahan BFF kali ni tak diakhiri dengan tangisan 😀

Flickr Album 72157660278570081

PA241587

p/s: semua gambar-gambar dan video diambil handheld 😛

Pergi ke Hotel Transylvania 2

Bukan nak tidur hotel, tapi tonton wayang cerita Hotel Transylvania 2 😛

Dah lama tak buat family day out, lebih-lebih lagi musim berjerebu ni. Memang terhad nak jalankan aktiviti luar. Cara yang terbaik, samada duduk di rumah atau pergi ke tempat yang indoor. Hmmm, ye tak ye jugak… apa kata tengok wayang? Hehehe…

Sebenarnya memang dah rancang nak pergi tengok wayang. Kebetulan pulak cerita animasi Hotel Transylvania 2 dah keluar. So, Abah usha la website GSC untuk beli tiket. Rasanya ini kali yang kedua Abah beli tiket secara online (tu pon nak cerita), cadangnya nak beli tiket untuk malam raya haji 2 minggu lepas. Tapi Abah la yang letih sebab hari Jumaat kena kerja. Lastly beli tiket Isnin lepas untuk malam Sabtu, nasib baik ada tempat duduk kosong barisan belakang. Baru la syok layan hehehe.

Kali ni Abah beli tiket GSC IOI City Mall, tak pernah masuk sini lagi. Sebelum asyik pergi Alamanda je. Tapi dah agak memang akan sesak, sebab panggung baru lah katakan.

Flickr Album 72157659224240298

Jalan cerita animasi ni tak lah membosankan, keseluruhannya agak menghiburkan. Cuma babak awal nampak macam terlalu cepat. Tapi bagi DDD, memang syok habis! Darwisyah pon boleh bantai gelak terbahak-bahak. Darwisy & Danish memang dah excited, walau pon lambat lagi nak tiba hari Sabtu. Bila habis je sekolah hari Jumaat, lagi bertambah excited lah! Bangun pagi Sabtu dah sibuk bertanya bila nak pegi? Bila nak malam? Hahaha…

p/s: Baru perasan rating di IMDB 7.3… not bad at all 🙂

Perabih voucher Parkson!

Family day out kali ni berlokasi di Parkson, IOI City Mall Putrajaya. Dapat voucher malam tadi, so kasi perabih la sebelum GST datang HAHAHA!

Flickr Album 72157659568058986

IOI City Mall revisit

Lepas settle majlis orientasi Danish sebelah pagi, petangnya pulak kami ke IOI City Mall Putrajaya. Cadangnya nak ke All IT nak beli mouse dengan pendrive untuk Mama. Kebetulan Mak Su budak-budak pon pegi ke sana, so plan sekali nak jalan-jalan dan makan.

Masa first time pegi dulu memang dah tau kat situ ada All IT, tapi takde la beli apa-apa masa tu. Hari ni kami masuk dan usha-usha barang kat situ. Menurut kata staff kat situ, harga tak sama dengan All IT kat Lowyat plaza.
Usha punya usha, Abah pon terjebak jugak beli micro SD untuk phone. Maklumla la dah penuh, 16GB tak cukup huhuhu.

Lepas beli barang kat All IT, terus ke District 21 nak bagi anak-anak naik kereta api… ye kereta api! siap ada honk lagi hahaha. Seronok la budak-budak semua, termasuk la emak budak. Satu kepala RM5 kalau tak silap, untuk 2 round selama lebih kurang 7 minit. Boleh laaaa…

Lepas naik kereta api, naik kuda pusing-pusing pulak. Apa nama entah, yang ada banyak kuda lepas tu ada tiang tu. Abah join semata-mata nak amik gambar je, kalau naik kompom patah la. Pusing punya pusing, tak sampai lima minit kot… dah berenti. Adehhh… takpe lah janji anak-anak suka.

Lastly, pegi makan kat Nando’s makan-makan. Orang yang paling happy masa ni adalah Sufiana, habis satu meja dia pusing. Bukan tepi meja, tapi atas meja hahaha. Darwisy, Danish dengan Darwisyah pulak melayan, makin menjadi-jadi la dia. Overall ok la makanan kat situ, cuma servis agak slow sikit sebab semua pekerja baru. Mak Su punya order pon tak sampai, dah nak balik baru bagitau makanan yang order tu tak ada. Lepas tu offer nak order lain tak? Harap maklum memang tak lah.

Flickr Album 72157659226124978

Dari pertandingan mewarna, ke IOI City Mall

Malam tadi balik lewat dari down-town The Mines, sampai rumah main tembak-tembak, cukup ke tidur esok pagi nak bangun awal? huhuhu

Alhamdulillah, dapat juga Darwisyah join pertandingan mewarna walaupon organizer dah announce pertandingan sudah bermula (lambat sampai hahaha)

Darwisyah memang suka melukis dan juga mewarna, mewarna dengan satu jenis warna hehehe… tak kira lah bagi gambar apa pon, mesti semua satu warna… dah ajar suruh campur-campur warna lain tapi bila dah mula, dia akan suka dengan warna tu… takpe lah janji warna hahaha

Sambil Darwisyah mewarna, aku dan lain-lain melantak nasi lemak yang disediakan pihak penganjur… nasib baik lah ada sarapan, kalau tidak memang berbunyi lah perut…

Tunggu punya tunggu, tiba-tiba Darwisyah panggil penolong pengadil, katanya dah siap… dia yang paling cepat siap dalam kumpulan dia… mana tidaknya, satu warna je hahahaha

Ok lah, rasanya bila tengok dari segi hasilnya, memang harapan agak tipis untuk menang, tapi at least dalam kumpulan dia tu, Darwisyah yang paling kecik, baru 3 tahun boleh compete dengan 4 tahun ke atas hehehe

So? Ke IOI City Mall la sambung misi yang tergendala semalam, iaitu nak cari sandal untuk pakai di Langkawi nanti

Dalam jam 10 pagi dah sampai tempat parking, banyak kosong hehehe. Masuk je pintu macam biasa lah anak-anak sihat punya tenaga, tiba-tiba boleh berubah walaupon sebelumnya dah letih. Melompat berlari menjerit semua ada, aku shoot je la perangai diorang 🙂

Cerita pasal apa tadi? Ooo ye, sambung misi semalam nak cari sandal… Know what? masih lagi gagal sebab takde kedai BATA hahaha… cari kat outlet lain semua macam tak berkenan. Maka bersambung lagi lah cerita ni, babai 🙂

Flickr Album 72157657299560824

Satu lagi gambar diambil di dalam DAISO shop, dipusing 90 darjah melawan arah jam… nampak macam menarik (di mata aku la hehe). Sebab? Cawan-cawan tersusun tu nampak seolah-olah berada dalam keadaan asal jika diletakkan di atas meja, tapi ianya mustahil untuk berada dalam keadaan begitu tanpa sokongan atau lantai di bawahnya.

Gambar ni pulak diambil oleh Mama dan diproses oleh Abah, ada bakat dan boleh diketengahkan 🙂

– Be “a part”, not “apart”
– Social media kills