Cubaan lens Tokina 11-16mm dengan m4/3

Alhamdulillah berkesempatan shoot sunset hari ni bersama abg Rithauddin, di depan Masjid Putra. Dah lama jugak bercadang nak ke sini mencuba lens Tokina 11-16mm dengan body m4/3 tapi masa selalu tak mengizinkan. So, tadi dapat la mencuba…

Few lessons today,

– Memandangkan tiada bacaan aperture sebab guna adapter, agak kekok sikit bila nak guna low aperture

– Didapati kualiti gambar menjadi kurang menyerlah bila semakin kecil bukaan aperture

– Tak berapa sesuai untuk gunakan mode 40MP, sebab ghosting yang kurang smooth (angin kuat tiup bendera)

– Bila bukaan aperture kecil, sukar nak focus dalam view finder

– Bla bla bla 😛

At last, cari single shot dari banyak-banyak tadi dan process guna teknik DRI hehehe…

Advertisements

Kering tiada kontang, Sungai Haji Dorani

Apa punya tajuk daaa…

Setelah sekian lama merancang akhirnya berkesempatan berjumpa dengan sorang landscape photographer dari kampung kelahiran aku, iaitu abang Fadzly Sham pada hari Ahad lepas (29/03/2015).

28/03/2015 8:34PM

Satu sesi meeting telah dilancarkan menggunakan whatsapp berkenaan outing tersebut. Setelah confirm lokasi yang nak dituju, seorang lagi photographer telah dijemput untuk hadir bersama-sama memeriahkan pagi yang dijangka akan menjadi owesome, tidak lain dan tidak bukan beliau ialah Syafiq Shaarani. Setelah beliau confirm untuk join, maka kami bertiga telah sebulat suara untuk melelapkan diri dahulu…

29/03/2015 6:47AM

Keluar dari rumah dan bergegas ke Sungai Haji Dorani. Ketika di lokasi, cuaca memang awesome seperti yang dibayang-bayangkan malam tadi… cuma air je tak berapa nak pasang. Tapi taklah surut sangat… mungkin sebab ini tajuk blog diberi. Serious tengah blur nak tulis apa, mungkin trauma dengan GST yang bakal tiba bulan April nanti…

Seperti biasa akan bergambar bersama kawan-kawan tiap kali outing…

Insya Allah, kalau ada kesempatan akan calling untuk outing di lokasi lain pulak 🙂

Gambar bonus: Siput-siput kecil di Sungai Haji Dorani

Syuruk di Putrajaya, 2014-11-15

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak menekan shutter kamera… akhirnya dapat juga hari ni… macam lama sangat je hehehe.

Anyway, scene ni dirakam pada pagi Sabtu secara tidak dirancang. Mungkin sebab sudah sekian lama dilanda cuaca yang kurang bagus dan berjerebu, tak terdetik nak set outing ke mana-mana.

Tapi pagi ni bila tengok di tingkap nampak bintang-bintang berkerlipan… maka aku dengan terburu-buru menyapu jem kaya ke atas 2 keping roti dan terus meluru ke kereta. Setibanya di lokasi seberang Masjid Putra, maka ternampaklah satu kelibat sedang membelek-belek kamera. Setelah diamati, rupa-rupanya beliau adalah sahabat sehobi yang datang dari Kajang seorang diri… ada juga lah teman nak berborak hehehe.

Salah satu gambar yang dapat dirakam pagi ini (mungkin satu je kot huhuhu). Gambar disunting menggunakan teknik digital blending dari 3 exposures, Adobe Camera Raw dan Photoshop CC.

Syuruk di Tanjung Karang

19 Apri 2014, 5:00AM… ye 5:00AM huhuhu… bergerak dari Putrajaya ke Tanjung Karang untuk menikmati suasana pagi di sawah padi. Ini semua akibat racun kawan2 hahahaha! Terutamanya abang Matlarn Zailan 😀

Memandangkan aku ni pemandu yang berhemah, maka sampai pon agak lewat jugak sikit… tapi itu bukan salah aku semata2… salah mama yang buang air besar lama sangat kat Petronas hahahaha… tapi salah aku jugak sebab tak bagitau misi aku pagi tu… saper bersalah ni? huhuhu

Tanjung Karang, tak berapa familiar sangat tempat tu… so composition pon lintang pukang lah… tak tau mana matahari naik mana turun… POI pon tak sempat nak cari… belasah mana ada je…

Berikut adalah sedikit hasil outing sendirian yang amat terkejut…

Pondok usang revisit

Alhamdulillah, pada 30/3/2014 aku telah berkesempatan singgah sekali lagi ke pondok usang di kawasan sawah padi Sungai Besar. Outing yang dirancang pada minit2 akhir, dapat ketemukan aku dengan 2 orang lagi sahabat iaitu Syafiq Sha’arani dan El (Acid Sulfurik).

Walaupon cuaca hujan di sepanjang malam sebelumnya namun rezeki memihak kepada kami di mana pagi itu kami telah disajikan dengan keindahan warna yang cantik di langit. Memandangkan cuaca yang baik pada ketika itu, kami telah bercadang untuk mencuba satu lagi spot untuk mengambil gambar iaitu sebuah rumah tinggal yang pernah diberitahu oleh sahabat lain dan ianya tidak jauh dari kawasan sawah padi.

Setelah menjumpai rumah tinggal itu, kami tidak membuang masa dengan mencari angle menarik dan menekan shutter bertalu-talu hehehe. Okeh, tanpa membuang masa, berikut adalah hasil2 dari outing tersebut 🙂

First location, pondok usang… teknik yang aku gunakan adalah bracketing dan white balance dengan bantuan grey card… diambil sebanyak 3 exposures, diproses menggunakan adobe camera raw dan adobe photoshop (DRI atau digital blending). Agak lama tak buat DRI, so ingat2 lupa macam mana nak start dan finishing hehehe.

Next, rumah usang… juga diambil secara bracketing dan bantuan grey card untuk white balance… untuk yang ini, aku ada cuba gunakan photomatix tapi rasa tak berapa puas hati dengan hasilnya (mungkin sebab dah lama sangat tak guna photomatix hahaha). So aku ambil keputusan untuk DRI menggunakan camera raw dan photoshop.

Lastly, group photo… diambil hanya satu exposure (aperture mode) dan multiplied to 2 different exposures menggunakan camera raw… finally touched up with photoshop…

From left: El (Acid Sulfurik), Syafiq Sha’rani and myself.

Candid satu kali! hehehe…

Terima kasih kerana sudi singgah, terima kasih kepada sahabat2 yang sudi join outing, terima kasih abang Fadzly Sham sudi memberitahu lokasi rumah usang tu… Insya Allah, jika dimurahkan rezeki kami akan melawat lagi rumah usang itu 🙂