Cubaan lens Tokina 11-16mm dengan m4/3

Alhamdulillah berkesempatan shoot sunset hari ni bersama abg Rithauddin, di depan Masjid Putra. Dah lama jugak bercadang nak ke sini mencuba lens Tokina 11-16mm dengan body m4/3 tapi masa selalu tak mengizinkan. So, tadi dapat la mencuba…

Few lessons today,

– Memandangkan tiada bacaan aperture sebab guna adapter, agak kekok sikit bila nak guna low aperture

– Didapati kualiti gambar menjadi kurang menyerlah bila semakin kecil bukaan aperture

– Tak berapa sesuai untuk gunakan mode 40MP, sebab ghosting yang kurang smooth (angin kuat tiup bendera)

– Bila bukaan aperture kecil, sukar nak focus dalam view finder

– Bla bla bla 😛

At last, cari single shot dari banyak-banyak tadi dan process guna teknik DRI hehehe…

Kering tiada kontang, Sungai Haji Dorani

Apa punya tajuk daaa…

Setelah sekian lama merancang akhirnya berkesempatan berjumpa dengan sorang landscape photographer dari kampung kelahiran aku, iaitu abang Fadzly Sham pada hari Ahad lepas (29/03/2015).

28/03/2015 8:34PM

Satu sesi meeting telah dilancarkan menggunakan whatsapp berkenaan outing tersebut. Setelah confirm lokasi yang nak dituju, seorang lagi photographer telah dijemput untuk hadir bersama-sama memeriahkan pagi yang dijangka akan menjadi owesome, tidak lain dan tidak bukan beliau ialah Syafiq Shaarani. Setelah beliau confirm untuk join, maka kami bertiga telah sebulat suara untuk melelapkan diri dahulu…

29/03/2015 6:47AM

Keluar dari rumah dan bergegas ke Sungai Haji Dorani. Ketika di lokasi, cuaca memang awesome seperti yang dibayang-bayangkan malam tadi… cuma air je tak berapa nak pasang. Tapi taklah surut sangat… mungkin sebab ini tajuk blog diberi. Serious tengah blur nak tulis apa, mungkin trauma dengan GST yang bakal tiba bulan April nanti…

Seperti biasa akan bergambar bersama kawan-kawan tiap kali outing…

Insya Allah, kalau ada kesempatan akan calling untuk outing di lokasi lain pulak 🙂

Gambar bonus: Siput-siput kecil di Sungai Haji Dorani

Nostalgia Restoran Terapung, Bagan Sungai Besar

Terletak hanya 500 meter dari rumah di kampung, tempatnya aku selalu melepak masa bujang dulu… iaitu Restoran Terapung, Bagan Sungai Besar. Pernah dikendali oleh kawan bernama Naim, Achun dan keluarganya (sekarang ni tak pasti siapa pemilik baru).

Boleh dikatakan hampir setiap malam aku akan melepakkan diri bersama kawan-kawan kat situ. Bila ingat-ingat balik apa yang aku selalu buat masa lepak, rasa macam tak banyak… minum-minum, makan-makan, tengok TV, sembang-sembang… tu je HAHAHA.

Nak dijadikan cerita kenapa aku nak ambil gambar kat situ, baru-baru ni ada nampak gambar sunset dari kawan-kawan seangkatan, so aku pon ambil kesempatan untuk menjengah sambil mengambil gambar pemandangan senja di restoran tu.

Agak nostalgia jugak bila masuk melalui restoran tu, separuh dari tapak kedai dah tak boleh digunakan sebab hampir roboh dan sekarang tidaklah nampak sangat “terapung” nya.

P/S: di tempat ni jugaklah tempat aku dengan kawan-kawan berkubang masa zaman sekolah, tak boleh lupa peristiwa tersepit antara dua bot 😀
P/S: nampak agak berterabur susunan karangan ni HAHAHA!
P/S: angle tak berapa meletop, kena repeat ni huhuhu…

Singgah sebentar di Wetland, Putrajaya.

Dah lama rasanya tak ke Taman Tasik Wetland Putrajaya ni, semenjak asik kena halau dengan pak guard 🙂

Tapi baru2 ni ada kawan bagitau yang pak guard kat situ dah tak kacau kalau nak ambil gambar sampai lepas pukul 7 malam, so aku buat keputusan untuk menjenguk dan memastikan samada kenyataan itu benar atau sebaliknya.

Last minute planning, balik kerja sampai ke rumah lebih kurang jam 6:30 petang terus sambar kamera dan tripod. Sampai ke lokasi pon tak masuk entrance gate, parking motor kat tepi jalan besar dan turun tangga terus ke titi. Setibanya di port nak pacak tripod, baru teringat yang kawasan tu memang banyak unggas-macam-nyamuk-tapi-bukan-nyamuk. Dengan rasa sedikit kesal, aku teruskan memacak tripod dan menunggu perubahan cuaca sunset.

Alhamdulillah, cuaca tidaklah mengecewakan… cuma mungkin dari segi composition yang agak terbabas huhuhu.

As usual, 3 exposures at every shot… untuk diproses menggunakan teknik DRI 🙂

Syuruk di Putrajaya, 2014-11-15

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak menekan shutter kamera… akhirnya dapat juga hari ni… macam lama sangat je hehehe.

Anyway, scene ni dirakam pada pagi Sabtu secara tidak dirancang. Mungkin sebab sudah sekian lama dilanda cuaca yang kurang bagus dan berjerebu, tak terdetik nak set outing ke mana-mana.

Tapi pagi ni bila tengok di tingkap nampak bintang-bintang berkerlipan… maka aku dengan terburu-buru menyapu jem kaya ke atas 2 keping roti dan terus meluru ke kereta. Setibanya di lokasi seberang Masjid Putra, maka ternampaklah satu kelibat sedang membelek-belek kamera. Setelah diamati, rupa-rupanya beliau adalah sahabat sehobi yang datang dari Kajang seorang diri… ada juga lah teman nak berborak hehehe.

Salah satu gambar yang dapat dirakam pagi ini (mungkin satu je kot huhuhu). Gambar disunting menggunakan teknik digital blending dari 3 exposures, Adobe Camera Raw dan Photoshop CC.