DIY – Negative film to digital image

Tak berapa pasti term untuk projek kali ni, ada yang kata “negative to positive”, “film to digital”, “negative film to digital image” dan macam-macam lagi. Apa-apa pon, projek ni berkenaan convert negative film kepada bentuk image digital… sendiri pikir la term yang sesuai hehehe.

Straight to the point, barang-barang yang digunakan dalam projek ni:

  • Kamera – guna “close up” lens jika boleh, 35mm – 50mm should be ok… tapi jangan ultra wide la hehehe
  • Kotak – saiz tidak terlalu panjang supaya boleh close up dan tidak terlalu pendek untuk elakkan “focus problem”
  • Gunting / pisau
  • Kertas A4 – optional je, untuk diffuse cahaya
  • Negative film

Gunakan gunting atau pisau untuk buat lubang di kotak, lebih kurang macam ni:

Kadang-kadang negative film akan melengkung, gunakan akal fikiran untuk meratakan lengkungan tu… lebih kurang sepit macam ni:

Halakan depan kotak yang ada negative tadi ke arah cahaya, masukkan kamera ke dalam kotak, focus dan snap! Gunakan kertas A4 tadi kalau cahaya tidak sekata (diffuse)

Next step, kita edit dalam Photoshop… ada banyak cara yang boleh digunakan, cuba Google untuk cara yang lain hehehe…

Satu lagi hasil menggunakan teknik yang sama, gambar kenangan di kampung ketika kenduri cukur Darwisy. Saje biarkan frame nampak macam tu, vintage sikit hehehe 🙂

Full album: https://www.flickr.com/photos/hilmanali/albums/72157659237139649

Selamat mencuba dan semoga enjoy 🙂

Advertisements

DIY – simple bathroom switch cover

Memandangkan anak-anak dah tinggi lampai, dah pandai on off suis lampu bilik mandi, maka terlintas di otak untuk membuat DIY yang simple. Tak sure apa term yang sebenar untuk menatang ni, tapi basically untuk protect dari lintar pintas akibat dari air. Maklumla, budak-budak kalau kita bagitau jangan pegang suis masa tangan basah, masa tu je la dia tak buat. Bila tak cakap, memang akan lupa. So, sediakan payung sebelum hujan…

Barang-barang yang simple, kat mana-mana pon boleh dapat:

– plastik (kalau ada yang jernih tebal sikit lagi bagus)

– gunting (untuk gunting plastik tadi dalam bentuk segi empat)

– double sided tape

Cara-cara:

– gunting plastik bentuk segi 4, agak-agak sama saiz dengan suis

– tampalkan double sided tape di suis (gosok dengan tisu dulu supaya tak ada habuk)

– tampalkan plastik yang dah digunting tadi, pandai-pandai la nak kemaskan macam mana 🙂

Hasilnya:

P/S:

yes, suis tu nampak buruk 😀

ni projek emergency, kalau ada nampak yang proper jual kat mana-mana nanti nak beli 😛

DIY camera strap cover

Barang-barang yang digunakan:

– baki tali leher (neck tie) dari projek sebelum ni

– gunting

– mesin jahit

– tali kamera (camera strap) standard yang lama

Cara-cara:

– buka jahitan tali leher, untuk diukur (balut) pada tali camera (camera strap)

– terbalikkan lipatan tali leher, jahit di hujung dan sepanjang tepi tali leher

– terbalikkan semula tali leher yang dah dijahit

– sarungkan ke tali kamera yang lama, jahit di hujung jika perlu (untuk elakkan sarung terkeluar atau teralih)

Hasilnya:

DIY camera hand strap

Ada kamera, tapi bosan dengan strap asal? Tak tau nak beli corak camne? Jom DIY camera hand strap hehehe

Notes:

– Also known as “camera wrist strap”, what ever…

– This is not the best, they are a lots much better tutorials out there. But hey! at least we do it our self 🙂

Straight to the point, barang-barang yang diperlukan:

– tali leher (neck tie) yang lama (atau apa sahaja material yang seangkatan seperti seluar jeans lama / tali pinggang kulit lama / kain tebal / dsb)

– gunting

– tali (dalam DIY ni aku guna tali yang diambil dari beg sarung baju hujan, tali kasut yang tebal pon boleh, tak pon tali seluar sukan hehehe)

– mesin jahit, untuk pastikan jahitan kemas dan kuat

Langkah-langkah:

Gunting material tadi (neck tie) mengikut citarasa, dalam DIY ni aku ukur ikut pergelangan tangan

Buka jahitan asal, supaya boleh kecilkan sikit untuk muatkan tali ke dalam

Jahitkan hujungnya dari dalam, supaya nampak kemas

Lepas tu jahit sepanjang keratan tadi, dari dalam juga

Hasil dari jahitan setakat ini

Terbalikkan keratan yang dah dijahit tadi, yang ni agak susah kalau ruangnya kecik, so make sure tak terlalu kecik

Hasil selepas diterbalikkan

Ambil tali untuk dimasukkan ke dalam (yang ni ada pengunci sekali, kalau takde pengunci boleh la guna benda lain macam “washer” / gegelung yang kecik dsb)

Masukkan tali ke dalam keratan yang dijahit tadi dan ikat hujungnya (make sure kuat)

Sorokkan ikatan tadi ke dalam

Lastly, pasangkan ke kamera kesayangan hehehe (tetiba bertukar tone warna)

Amacam? Cantik bukan? Tak kira la cantik ke idak di pandangan orang… asalkan lain dari yang lain dan yang penting hasil titik peluh sendiri 🙂

Insya Allah ada balance dari keratan tadi, nak buat untuk neck strap pulak… tungguuuu 🙂

Ooops, hampir terlupa… SELAMAT MENCUBA! 🙂

P/S: Thank you Mama sebab sudi tunjuk ajar guna mesin jahit… SINGER menawan keluarga bahagiaaaa 😛

Update:

Some useful sources

DIY project – hairy Dracula robot

I should have take few photos before the project started, never thought it will success 😀

Due to empty-idea brain and short of stuff, the project took about 1 hour plus… as I remember. But never mind, as long it’s successfully completed 🙂

So here it is, the hairy-dracula-robot (blame Mama for this name hahaha)