Birthday dan Ramadhan

Alhamdulillah… seperti yang dijanji dan dirancang, birthday of the year DDD telah berjalan dengan lancar beberapa hari sebelum Ramadhan menjelma.

Majlis yang dijalankan tak lah sebesar mana dan tak lah sekecil mana, hanya sederhana. Terima kasih pada Pak Ngah DDD yang sudi menjadikan rumahnya sebagai lokasi majlis kali ni.

Dah lama sangat DDD tak tidur di Klang, kebetulan ramai yang ada kali ni dan kebetulan Ramadhan bakal menjelang… maka kami semua sepakat untuk tidur semalam di sana.

Seronoklah DDD, dapat main puas-puas dengan sepupu. Yang paling best, menu masakan utama iaitu SUP TULANG! Hehehe…

Di kesempatan ini, Abah dan Mama mengucapkan selamat hari lahir kepada Darwisy Danish dan Darwisyah. Semoga menjadi anak-anak yang soleh, patuh dengan tuntutan agama dan berjasa kepada semua. Juga, semoga tahun ini Darwisy dan Danish dapat menjalani ibadah berpuasa dengan penuh kesabaran… semoga tahun ini diberkati… Amin.

Flickr Album 72157669313774336

P6047839

Dah macam cerita P. Ramlee daaa 😀

Selain makan, main bola, kacau lembu, pakej penginapan kali ini juga dilengkapi dengan evening ride with Adam 😀

Tidak ketinggalan, ada yang ditanduk lembu 😀

Bila Mama pergi kursus

Bila Mama pergi kursus, maka seperti biasa Abah lah yang jadi suri rumah separuh suku masa… lagi suku still Mama yang kena cover hahaha.

3 hari Mama pergi kursus dekat Jabatan Belia dan Sukan, pergi pagi balik malam. Nasib baik lah Abah cuti Sabtu dan Ahad… kalau tak jenuh jugak nak arrange nursery.

Memandangkan musim El Niño dan La Niña melanda, tak banyak aktiviti yang boleh Abah ajak… melainkan keluar makan, tonton movie dan kejar-kejar di taman permainan bawah rumah. Sambil-sambil tu boleh la Abah asah mata sikit cari moment snap gambar 😛

DDD

Darwisy

Darwisyah

Danish

Darwisyah, 1st Day at new school Al-Baghdadi

Alhamdulillah, selesai sudah taklimat bagi sesi persekolahan murid baru tahun 2016 di Al-Baghdadi Precint 8.

As expected, Darwisyah tak ada apa-apa masalah bila hadir dan masuk ke kelas baru. In fact, sejak bagitau Darwisyah memang dah excited sangat 🙂

Mula-mulanya Abah hantar Darwisyah sorang, tapi Mama datang kemudian sebab nak tengok suasana sekolah baru. Bertambah ceria la Darwisyah hehehe. Tapi Mama kena balik awal sebab ada kerja… sesi baru jugak hehehe.

Masa Abah nak pergi kerja, sempat la panggil Darwisyah. Siap babai fly kiss lagi 😀

Semoga semuanya berjalan lancar, amin…

Flickr Album 72157660809032024

20160104_075432

Darwisyah Last Day @ Taska Ayu Manja

Hari ni hari terakhir Darwisyah akan ke Taska Ayu Manja… dia pon tau tahun depan (minggu depan) nak masuk sekolah baru. Boleh nampak jugak riak muka Darwisyah bila hantar tadi, kebetulan pulak taska agak lengang hari ni… yelah mungkin dah ramai yang mula cuti akhir tahun.

Masa Abah menulis ni, mungkin Mama tengah berada dekat taska nak amik Darwisyah sebab kebetulan Mama singgah Alamanda dengan abang Darwisy Danish. Hopefully semua ok tahun depan…

Apa pon, Abah berterima kasih kepada semua cikgu-cikgu Darwisyah yang telah menjaga dan mendidik sepanjang Abah Mama berkerja di siang hari. Semoga Allah memberkati semuanya… Amin.

Flickr Album 72157662293789799

PC312857

Naik Bukit Melawati

Buat pertama kalinya DDD menjejakkan kaki ke Bukit Melawati, Kuala Selangor. In fact, Abah Mama pon dah bertahun tak naik (puluh tahun kot)…

Kebetulan dah nak habis hujung tahun ni dan takde pergi melancong ke mana-mana, maka Abah dan Mama mengadakan satu perbincangan dan keputusan mengejut… ketika on the way nak balik Putrajaya dari rumah Nenek.

Nak naik ke taknak? Hari ni bukak ke? Best lagi ke? Apa je yang ada atas tu? Berapa kena bayar eh?… tu lah antara soalan-soalan yang terlontar keluar dari mulut Abah Mama di kala DDD sedang asyik melayan cerita One-Punch Man di laptop (dalam kereta… ko ada? hahaha)…

Sampai je simpang Bukit Melawati, Abah pon membelok masuk dan terkial-kial mencari tempat parking. Sekali penuh daaaaa… ramai jugak rupanya yang masih tertarik dengan tempat ni (unless dah takde tempat nak melancong).

Ok takpe, cari parking… lepas tu usha-usha kena bayar ke idak. Memang sah kena bayar hehehe… takpe lah tak mahal mana pon…

Harga tiket untuk dewasa RM5.30 (GST 30sen) dan kanak-kanak atas 3 tahun (kot) RM3.20 (GST 20sen)… ye GST memang sangat bagus! Tu takde isu sangat… yang 3 tahun tu kalau dapat naikkan ke 5 tahun ke atas pon lagi bagus. Apa sangat la budak-budak 4 hingga 5 tahun bukan tau apa sangat pon… berkira! Hehehe…

Dipendekkan cerita, DDD memang enjoy dapat naik atas tu. Lebih-lebih lagi dapat main-main dengan monyet (ke siamang?) dan bagi makan kacang panjang.

Darwisy Danish pulak, macam-macam sejarah diorang baca… dan banyak jugaklah soalan yang ditanya. Termasuklah pasal meriam-meriam yang ada hahaha…

Flickr Album 72157662683150552

PC272744