Tarawih di meja moreh

Hai lah Darwisy, aduiyai Danish, ingatkan solat tarawih… rupa-rupanya lepak di meja moreh hahaha!

Al-kisah

Kejadian berlaku pada malam Ramadhan yang ke-6 di surau blok A. Dalam perjalan ke surau tu ada la sembang-sembang sikit. Sampai surau terus masuk ke dalam tunggu azan. Lepas je azan, Abah suruh la Darwisy Danish ke saf yang belakang sikit sebab akan ramai orang dewasa nanti. Lagipon, ada satu tempat yang agak sempit untuk orang dewasa sembahyang, Abah suruh pegi situ.

Dah cakap dengan Darwisy Danish, lepas solat Isya nanti kita solat Tarawih pulak… 8 rakaat nanti kita balik lah. Solat Isya macam biasa… usai je solat Isya, Abah toleh ke belakang nampak diorang dah dekat pintu sambil tanya-tanya dengan isyarat tangan. Eh, bila masa diorang solat dekat tepi pintu?

“Solat dekat luar ke?”… itu lah yang Abah faham dari gerak geri tangan Darwisy. Memang kebiasaannya ramai yang solat dekat luar, ada sejadah dibentang dan senang budak-budak nak main-main hehehe. Abah pon bagi la jugak isyarat… “Ha ah” sambil tunjuk-tunjuk jari kat luar.

Bila dah nampak diorang keluar, maka bermula lah solat Tarawih macam biasa. Dalam hati ada jugak terdetik macam-macam. Lupa pulak nak bagitau kalau-kalau ada rasa nak buang air ke apa, balik je lah dulu. Tapi yakin je la diorang akan ok.

Dipendekkan cerita, usai je solat Tarawih 8 rakaat, Abah pon keluar lah nak ajak Darwisy Danish balik rumah. Tengah Abah pakai selipar sambil mata melilau, tiba-tiba ternampak Darwisy Danish dah duduk elok dekat meja orang moreh sambil gelak-gelak macam baru lepas bercerita. Eh, cepat budak-budak ni siap, tau pulak tu dah habis 8 rakaat?

Abah pon tanya la, “solat Tarawih tak tadi?”

Diorang pon jawab, “dah la tadi, dengan Abah kat dalam surau”

Adoi, itu solat Isya bukan Tarawih! Hahaha… penat Abah bawak korang ke surau nak solat Tarawih tapi korang duk sembang kat meja moreh 😀

Sambil nak balik rumah, sempat lagi diorang sebat kuih samosa, lepas tu sambung gelak 😀

Sampai rumah, Abah pon cerita kat Mama, semua orang bantai gelak 😀

Advertisements

Birthday dan Ramadhan

Alhamdulillah… seperti yang dijanji dan dirancang, birthday of the year DDD telah berjalan dengan lancar beberapa hari sebelum Ramadhan menjelma.

Majlis yang dijalankan tak lah sebesar mana dan tak lah sekecil mana, hanya sederhana. Terima kasih pada Pak Ngah DDD yang sudi menjadikan rumahnya sebagai lokasi majlis kali ni.

Dah lama sangat DDD tak tidur di Klang, kebetulan ramai yang ada kali ni dan kebetulan Ramadhan bakal menjelang… maka kami semua sepakat untuk tidur semalam di sana.

Seronoklah DDD, dapat main puas-puas dengan sepupu. Yang paling best, menu masakan utama iaitu SUP TULANG! Hehehe…

Di kesempatan ini, Abah dan Mama mengucapkan selamat hari lahir kepada Darwisy Danish dan Darwisyah. Semoga menjadi anak-anak yang soleh, patuh dengan tuntutan agama dan berjasa kepada semua. Juga, semoga tahun ini Darwisy dan Danish dapat menjalani ibadah berpuasa dengan penuh kesabaran… semoga tahun ini diberkati… Amin.

Flickr Album 72157669313774336

P6047839

Dah macam cerita P. Ramlee daaa 😀

Selain makan, main bola, kacau lembu, pakej penginapan kali ini juga dilengkapi dengan evening ride with Adam 😀

Tidak ketinggalan, ada yang ditanduk lembu 😀

Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Dah lama tak solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Kebetulan hari ni cuti, maka Abah bawak Darwisy dan Danish solat sama-sama.

Rasanya, ni kali pertama bawak diorang solat Jumaat dekat sini. Selalunya di Masjid Precint 11, kalau ada ke sini pon masa Raya Aidil Adha tahun lepas.

Kebetulan jugak, dah lama tak memetik kamera 🙂 So, bawak sekali la kamera dalam poket.

Lepas solat Jumaat, Darwisy dan Danish pergi main kejar-kejar di kawasan masjid. Abah pulak, memburu 😀

SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Tazkirah Jumaat oleh SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
A boy in 5th Saf

Bangunan Tabung Haji, Putrajaya
New neighbor, Bangunan Tabung Haji

Birthday Danish yang ke-8

15hb May 2016, genaplah Danish berumur 8 tahun. Dari hari ke hari asyik bercerita pasal birthday dia 🙂

Oleh kerana dah sibuk bertanya, kena la buat sesuatu yang dia suka. Tolong buat kek! Hehehe…

Petang Sabtu Abah ngan Mama bawak diorang pegi Bangi beli bahan-bahan nak buat kek. Tapi entah kenapa kedai tu sesak dengan manusia… mungkin masing-masing nak buat kek jugak kot untuk Hari Guru nanti. Macam biasalah, bila DDD masuk kedai macam ni memang excited… semua bahan yang menarik diorang suruh beli. Lastly suruh dia pilih buah cherry dengan serbuk candy (betul ke?). Makin sesak kedai tu… so, Abah ngan DDD lepak semula dalam kereta, biar Mama uruskan pembelian bahan-bahan hehehe…

Setel je shopping bahan, balik rumah. Dan time tu jugak soalan bertalu-talu ditanya “bila nak buat kek?”… macam-macam diorang ni. Layankan aje lah… setel solat Isya maka bermula lah operasi membancuh. Suka la masing-masing dapat buat kek sendiri 🙂

Dah siap bancuh, tanya pulak “bila nak siap boleh makan?” Hadoiii… Hahaha!

Kacau-kacau memang kesukaan

Tak dapat kacau, tengok pon jadi lah

Bangun pagi sarapan kek birthday yang dah dihias

Insya Allah akan buat yang grand sikit di rumah Mak Ngah DDD nanti… yang ni kira warm-up lah 🙂

Bila Mama pergi kursus

Bila Mama pergi kursus, maka seperti biasa Abah lah yang jadi suri rumah separuh suku masa… lagi suku still Mama yang kena cover hahaha.

3 hari Mama pergi kursus dekat Jabatan Belia dan Sukan, pergi pagi balik malam. Nasib baik lah Abah cuti Sabtu dan Ahad… kalau tak jenuh jugak nak arrange nursery.

Memandangkan musim El Niño dan La Niña melanda, tak banyak aktiviti yang boleh Abah ajak… melainkan keluar makan, tonton movie dan kejar-kejar di taman permainan bawah rumah. Sambil-sambil tu boleh la Abah asah mata sikit cari moment snap gambar 😛

DDD

Darwisy

Darwisyah

Danish