Birthday dan Ramadhan

Alhamdulillah… seperti yang dijanji dan dirancang, birthday of the year DDD telah berjalan dengan lancar beberapa hari sebelum Ramadhan menjelma.

Majlis yang dijalankan tak lah sebesar mana dan tak lah sekecil mana, hanya sederhana. Terima kasih pada Pak Ngah DDD yang sudi menjadikan rumahnya sebagai lokasi majlis kali ni.

Dah lama sangat DDD tak tidur di Klang, kebetulan ramai yang ada kali ni dan kebetulan Ramadhan bakal menjelang… maka kami semua sepakat untuk tidur semalam di sana.

Seronoklah DDD, dapat main puas-puas dengan sepupu. Yang paling best, menu masakan utama iaitu SUP TULANG! Hehehe…

Di kesempatan ini, Abah dan Mama mengucapkan selamat hari lahir kepada Darwisy Danish dan Darwisyah. Semoga menjadi anak-anak yang soleh, patuh dengan tuntutan agama dan berjasa kepada semua. Juga, semoga tahun ini Darwisy dan Danish dapat menjalani ibadah berpuasa dengan penuh kesabaran… semoga tahun ini diberkati… Amin.

Flickr Album 72157669313774336

P6047839

Dah macam cerita P. Ramlee daaa 😀

Selain makan, main bola, kacau lembu, pakej penginapan kali ini juga dilengkapi dengan evening ride with Adam 😀

Tidak ketinggalan, ada yang ditanduk lembu 😀

Advertisements

Birthday Danish yang ke-8

15hb May 2016, genaplah Danish berumur 8 tahun. Dari hari ke hari asyik bercerita pasal birthday dia 🙂

Oleh kerana dah sibuk bertanya, kena la buat sesuatu yang dia suka. Tolong buat kek! Hehehe…

Petang Sabtu Abah ngan Mama bawak diorang pegi Bangi beli bahan-bahan nak buat kek. Tapi entah kenapa kedai tu sesak dengan manusia… mungkin masing-masing nak buat kek jugak kot untuk Hari Guru nanti. Macam biasalah, bila DDD masuk kedai macam ni memang excited… semua bahan yang menarik diorang suruh beli. Lastly suruh dia pilih buah cherry dengan serbuk candy (betul ke?). Makin sesak kedai tu… so, Abah ngan DDD lepak semula dalam kereta, biar Mama uruskan pembelian bahan-bahan hehehe…

Setel je shopping bahan, balik rumah. Dan time tu jugak soalan bertalu-talu ditanya “bila nak buat kek?”… macam-macam diorang ni. Layankan aje lah… setel solat Isya maka bermula lah operasi membancuh. Suka la masing-masing dapat buat kek sendiri 🙂

Dah siap bancuh, tanya pulak “bila nak siap boleh makan?” Hadoiii… Hahaha!

Kacau-kacau memang kesukaan

Tak dapat kacau, tengok pon jadi lah

Bangun pagi sarapan kek birthday yang dah dihias

Insya Allah akan buat yang grand sikit di rumah Mak Ngah DDD nanti… yang ni kira warm-up lah 🙂

Darwisyah, chickenpox Day-7 & 4th Birthday

Genap seminggu Darwisyah kena demam chickenpox, Alhamdulillah dah semakin sihat dan ruam-ruam pon dah berkurangan dan semakin kering. Tapi still dalam medication antiviral untuk pastikan Darwisyah betul-betul sihat.

Hari ni jugak genaplah Darwisyah berumur 4 tahun… Abah dan Mama bersyukur dikurniakan anak perempuan yang comel dan bijak. Semakin meningkat umur, semakin pandailah Darwisyah berkata-kata (dalam bahasa lain “membebel” hehehe).

Dalam seminggu Darwisyah demam ni, langsung tak ada keluar rumah… yelah takut memudaratkan dan takut berjangkit dengan orang lain pulak. Tapi memandangkan dah semakin sihat hari ni, Abah dan Mama bawak DDD keluar jalan-jalan sekejap. Pegi sarapan dekat precint 8, pegi pasar beli lauk dan pegi kedai kek nak celebrate birthday hehehe.

Kek yang ditaja kali ni tak la gah sangat, buat sederhana je… sambut pon di rumah tak ada jemput orang lain. As for kids, bila dah dapat tau nak beli kek pon akan excited tak hengat 😛

Apa pon yang disambut, apa pon yang dibeli, di mana pon berada… the most important, bersama-sama dengan family 🙂

Last but not lease, semoga anak-anak Abah happy selalu… dikurniakan kesihatan… menjadi anak yang soleh dan solehah… menghormati orang tua dan diberkati kehidupan oleh Allah S.W.T.

Amin…

Flickr Album 72157659215102510

Birthday dinner

Seperti yang Abah dan Mama janjikan, malam ni bawak DDD pergi celebrate birthday dinner yang sederhana di Secret Recipe, Putrajaya. Insya Allah kalau ada rezeki nanti Abah dan Mama akan celebrate Darwisy dan Darwisyah punya birthday pulak… yang tu mungkin Mama punya turn 🙂

Flickr Album 72157659635427725

9, 7 & 4

 

Pejam celik pejam celik, umur Danish dah mencecah 7 tahun hari ni (15hb Mei 2015). Darwisy pulak 9 tahun (30hb Mei 2015) dan Darwisyah 4 tahun (6hb Jun 2015). Cepatnya masa berlalu, terasa rindu saat anak-anak Abah kecik dulu. Tapi apa daya, itu semua dah lumrah kehidupan…

Alhamdulillah, walau pon masa berlalu pantas… Abah dan Mama bersyukur dan happy dikelilingi anak-anak yang comel, handsome dan naughty 🙂

Memandangkan hari ni hari berkerja dan anak-anak Abah bersekolah, maka tak dapat la nak sambut hari kelahiran Danish secara official. Insya Allah, Abah dan Mama akan plan something untuk celebrate birthday semua secara sederhana.

Abah dan Mama doakan semoga Danish, Darwisy dan Darwisyah akan menjadi anak yang soleh dan solehah… anak yang patuh dengan suruhan Allah dan sentiasa diberkati oleh-Nya. Amin…