Sepupu Abah bertunang

Alhamdulillah, tak disangka-sangka akhirnya sorang lagi sepupu Abah akan menamatkan zaman bujangnya. Sepupu Abah yang lelaki tak ramai, kalau ramai pon yang paling ngam satu kepala dulu-dulu ada 3 orang. Fahmi, Atan dan Iqbal.

Kami berempat ni lah yang selalu sangat menakal masa arwah Atuk masih hidup. Boleh kata setiap kali nak tidur rumah Atuk, semua ni ada sekali. Kamilah yang curi-curi start motor pergi ke Pantai BM. Sambil-sambil tu hisap rokok hahaha.

Sabtu lepas, dalam masih menyambut Aidil Adha telah berlangsung majlis pertunangan di Kampung Pasir Panjang. Tak jauh dari Sungai Besar, lebih kurang 20 minit boleh sampai.

First time join rombongan meminang, biarlah orang-orang lama yang berbicara. Abah tukang shoot gambar je hehehe.

Flickr Album 72157659225238738

p/s: Sebenarnya, Darwisyah yang paling banyak shoot gambar HAHAHA!

Aidil Adha di Putrajaya

Memandangkan Aidil Adha tahun ni jatuh pada hari Khamis dan cuti Abah dah kehabisan, maka DDD tak dapat nak balik kampung nak tengok ibadat korban. Rasanya buat kali yang ke-2 berturut-turut. Tapi takpe lah, baru-baru ni pon nenek dah datang ke rumah Mak Long dan DDD pon dah tidur sana. Lagipon memang kerap balik ke kampung sebab tak berapa jauh. So, oleh kerana tak balik kampung maka Mama telah membuat satu perancangan iaitu… order sup tulang dari Mak Ngah DDD dan menonton movie sepanjang hari hehehe.

Pagi raya tu, Abah bawak Darwisy & Danish pegi solat Aidil Adha di Masjid Besi di Putrajaya. Memang dah rancang sebelum cuti, lagipon bukan senang nak bawak Darwisy & Danish solat sama-sama di masjid.

Lepas je habis solat, cadangnya nak dengar khutbah… tapi tak kesampaian sebab Danish dah tak tahan nak buang air besar huhuhu. Takpe lah, bawak je ke toilet dan lepas tu terus balik rumah.

Sampai rumah, Mama dah siap-siap dengan Darwisyah nak pergi rumah Mak Ngah. As usual, DDD akan over excited hehehe. Abah simple je, bawak hard disk yang berisikan movie-movie terkini hahaha.

Dipendekkan cerita, sampai je rumah Mak Ngah terus menyelap pekena nasi impit dengan rendang. Lepas tu pekena pulak sup tulang MELETOP! Sambil-sambil layan sup, tonton pulak movie dari tengah hari sampai la ke malam hehehe.

Bila malam sudah menjelma, maka balik la ke rumah Putrajaya sebab Abah kena kerja esoknya huhuhu.

Flickr Album 72157659627607575

Majlis Jamuan Hari Raya 2015

Setelah hampir enam tahun berkerja di area Kelana Jaya, ini kali pertama pergi ke Masjid Tengku Kelana untuk meraikan Majlis Jamuan Hari Raya bagi tahun 2015.

Pada mulanya tak terpikir jugak nak pergi ke majlis tu, tapi memandangkan restoran bawah office masih tutup bercuti… dan kebetulan ada jamuan… maka tergerak juga lah kaki menuju ke masjid bersama geng-geng dari office yang kebetulan berfikiran sama hehehe.

Alhamdulillah, rezeki hari ni dapat merasa macam-macam jenis masakan yang dihidangkan… sampaikan roti canai pon ada… semuanya sedap-sedap 🙂

Disebalik cerita jamuan ni, sebenarnya telah berlangsung satu mesyuarat agung tahunan Masjid Tengku Kelana… tapi memandangkan ianya dijalankan pada waktu bekerja, maka hanya dapat hadir waktu makan je la 🙂

Flickr Album 72157659639399281

Raya Aidilfitri di KL pulak

Alhamdulillah, dah pon seminggu lebih kita di bulan Syawal atau Hari Raya Aidilfitri. Macam tahun-tahun sebelum ni, lepas je balik dari kampung kami akan beraya di KL pada hari minggunya.

Hari Sabtu lepas, beraya di rumah di rumah Abg Ipin (Pak Ngah & Mak Ngah DDD) dekat Klang. Pak Long tak datang sebab dah beraya masa hari bekerja, Pak Uda pon tak balik lagi dari Kedah. So yang datang Mak Su dengan Andak DDD. Tu pon dah cukup meriah dibuatnya, riuh rendah hehehe. Macam biasa la bila DDD dapat jumpa sepupu-sepupu memang tak berhenti main dah. Dari siang sampai la ke malam.

Sebelah malam pulak, Tok Uda DDD pulak datang sekeluarga. Bertambah lagi sepupu-sepupu DDD datang dan sambung lagi main.

Hari Ahad pulak, baru dapat pergi ke rumah Pak Long DDD di Pantai Dalam. Mana yang datang ke Klang semalam pon join sekali. Lepas solat Zohor bergerak ke rumah Tok Ngah DDD di Serdang dan macam biasa rumah Nenek Long DDD seterusnya.

Last destination, rumah Mak Su DDD di Seri Kembangan. Tapi sebelum tu singgah di Giant Seri Kembangan, nak beli kek di Secret Recipe untuk surprise birthday Pak Su DDD. Dari pukul 5 sampai la ke malam, macam biasa DDD sambung main hahaha.

Abah Mama pon dah penat, so lepas je makan-makan terus balik. Tapi macam biasa akan menghadapi waktu kesukaran setiap kali nak ajak DDD balik rumah… Darwisyah meraung-raung tanak balik… nak ikut kakak Mia katanya hahaha.

Flickr Album 72157657310710363

Raya Aidilfitri 2015 @ Sungai Besar

Sebagai official photographer di setiap Hari Raya Aidilfitri, seperti biasa Abah akan mengambil gambar dan merakam video DDD & family hehehe.

Tahun ni tak berapa panjang video yang diupload ke Youtube (sebenarnya panjang, tapi kena reject masa suntingan hehehe). Tapi cukup menampakkan kemeriahan suasana di Hari Raya bersama keluarga 🙂

Video tahun ni agak berbeza sedikit, di mana Abah lebih fokus kepada DDD dan sepupu-sepupu yang lain. Dan rasanya ni je satu video yang akan dijadikan kenangan untuk Raya Aidilfitri tahun 2015 sebab masa beraya di KL Abah tak banyak rakam video… sibuk makan kot hahaha!

Oh ye, satu lagi perbezaan video ni dengan video-video yang lepas… ianya dirakam menggunakan kamera keluarga iaitu Olympus OM-D E-M5 Mark II bersama-sama lens M.Zuiko 14-42mm dan Nikkor 50mm. Semuanya cap ayam, cuma yang layan masa merakam video menggunakan kamera ni adalah fungsi IBIS hihihi.

Ni pulak koleksi gambar-gambar kenangan Raya Aidilfitri 2015 di Sungai Besar. Macam tak banyak jugak untuk dipertontonkan kepada umum (yang lain set jadi private hehehe).

Flickr Album 72157659569233336