Selamat tinggal tahun 2014

Saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun telah berlalu dengan pantas. Hari ni masuklah tahun Masihi yang baru iaitu 2015.

Tahun 2014 telah pon meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis kepada diri, keluarga, mahupun negara.

Pada diri aku sendiri, tahun 2014 telah perginya orang yang aku hormati dan sayangi iaitu Ayah. Tidak lupa juga seorang pakcik yang aku panggil Anjang iaitu adik kepada mak aku. Tapi aku redha sebab itu semua sudah ketentuan Allah, aku hanya mampu berdoa semoga segala-galanya baik. Aku juga bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang disayangi. Mereka lah pengubat dan penghibur aku.

Negara Malaysia pula ditimpa dengan berbagai-bagai musibah. Kehilangan pesawat MH370, MH17 yang diserang dan jatuh terhempas, banjir di negeri-negeri timur dan baru-baru ni pesawat QZ8501 pula terhempas di tengah lautan. Itu tidak termasuk lagi masalah-masalah negara yang lain seperti ekonomi, politik, kes-kes jenayah dan sebagainya.

Apa pon yang telah berlalu samada pahit atau manis, pastinya akan terpalit di dalam ingatan. Aku harap aku tidak akan leka dan alfa dengan menyambut tahun baru ini dengan keseronokan yang melampau. Dan aku tidak nampak apa alasan kenapa tahun baru ini perlu disambut dengan keseronokan dan pembaziran. Walau bagaimana pon, itu bukanlah bermakna kita kena sentiasa bersedih dan meratap… sebaliknya kehidupan perlu diteruskan seperti biasa, memperbaiki diri dan berdoa agar hari-hari mendatang lebih baik dari yang lepas.

KL – Langkawi – KL 2014

Alhamdulillah, sekali lagi diberi peluang menjejakkan kaki di Pulau Langkawi. Kali terakhir pegi ke sana masa Danish baru berumur lebih kurang 2 tahun dan Darwisyah masih belum lahir lagi. Dulu naik kereta, kali ni naik kapal terbang, upgrade sikit hehehe

Dirombong (rombongan?) oleh 3 keluarga, bermula hari Isnin hingga Khamis (15hb-18hb) bulan December 2014, percutian kali ini lebih seronok sebab dapat pegi banyak lokasi2 menarik dibandingkan dengan percutian dulu. Lebih2 lagi anak dah ramai dan besar2. Total semua sekali yang join 12 orang termasuk la baby, memang “havoc” hehehe.

Berlepas dari KLIA lebih kurang jam 7:30 pagi, so kami bergerak dari rumah lebih kurang jam 4:30 pagi. Memandangkan tak ada teksi yang sudi nak ambik kami pagi2 buta, kami terpaksa menaiki kereta sendiri dan parking di Putrajaya Park n Ride. Lebih jimat dan senang, harga parking 4 hari RM16 je di basement berbumbung.

Seperti biasa, Darwisy Danish n Darwisyah excited sebab dah tau akan naik kapal terbang 😀 nasib baik la semua dah boleh berjalan, kalau idak lenguh jugak nak bawak hehehe. Lebih kurang jam 7:30 pagi, kapal terbang pon mula berlepas dan itulah waktu kemuncak keseronokan anak2 bila semuanya menjerit suka hahaha. Penerbangan dari KLIA ke Langkawi tak ambil masa lama, 45 minit je dah sampai. Kalau naik kereta, boleh kematu la punggung huhuhu.

Setibanya di Langkawi, perkara yang pertama kena setel adalah kereta sewa. Kena tempah awal2, kalau tak memang payah jugak nak cari. Untuk jimat, sewa kereta besar atau MPV… harga lebih kurang RM600 untuk 4 hari… bahagi 3 family, dapat la RM200.

Kejap! panjang lebar jugak kalau nak cerita semuanya… okay, will make it short hehehe.

Day 1

Restoran Mempelam: bersarapan di sini. Rating 2/5 sebab servis slow tak berapa sedap dan agak mahal. Singgah pon sebab emergency, cara singgah pon secara brake emergency kakaka. Jumlah kena pow RM21.++

Dataran Lang: amik gambar family dan disudahi dengan membuang hasil pencernaan.

Underwater world: Saje gatal nak masuk tengok ikan kat Langkawi, kat KL bukannya takde. Jumlah kerugian RM100 hahaha.

Hotel Holiday Villa: Check in, deposit RM100. Family Andak kena extra RM90 sebab terlebih orang dewasa sorang. Moral of story, kalau dia mintak IC orang dewasa, bagi 2 je untuk satu bilik sebab itu limit untuk satu bilik.

Masuk bilik hotel: Tidur! hahaha

Restoran Seafood Maya: Dinner, RM51. Masing2 agak letih, so makan dalam keadaan mengantuk.

Shopping: Beli seluar pendek dengan selipar anak2, konsep santai la konon hehehe. Jumlah pemborosan, lupa hahaha.

Balik hotel: Sambung tidur, ada 3 hari lagi zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Day 2

Restoran Selera Akmal: hasil carian google mengatakan ada roti telur goyang di sini. Agak memuaskan dan murah sikit dari restoran emergency semalam, anak-anak pon suka. Total Rm20.50

Buffalo park: kat KL susah nak jumpa kerbau hahaha. Total Rm10 je 5 beranak.

Bird paradise: saper nak merasa tangkap burung puyuh guna tangan, ni lah tempatnya hehehe. Dewasa Rm15 kanak-kanak atas 3 tahun Rm10,  total Rm50.

Nasi ayam Pak Ya: sama jugak hasil carian google hahaha. Rating 4/5 sebab servis memang cepat gila. Tak pernah dapat servis secepat restoran ni. Baru order bungkus, sekali toleh dah siap kat meja hahaha. Total Rm30.90.

Langkawi cable car: sebelum ni pegi cuaca biasa, tapi kali ni macam ribut taufan kat atas huhuhu. Moral of story, pakai jaket sejuk. Btway, masa ni ada construction, so tak dapat la pegi naik titi gantung tu huhuhu.

Restoran Selera Lubuk Buaya: pegi dinner di sini hasil dari ingatan aku yang kuat, tahun 2012 penah pegi hehehe. Agak best tempat ni sebab makan dalam pondok, total Rm41.70

Balik hotel: zzzzzzzzzz

Day 3

Guess what? Sarapan kat restoran selera Akmal lagi, semua roti telur goyang punya pasal hahaha. Kali ni ditaja oleh mama. Total Rm51.90 semua hehehe.

Shopping time! I mean, chocolate shopping time! 😛

Shopping time lagi! Kasi borong minyak gamat pulak hahahaha

Islands tour: ni first time pegi melawat pulau naik bot. Lokasi pertama ke Pulau Dayang Bunting, rasa laju gila dah macam bot race pulak. Lepas mandi manda di tasik dalam pulau tu, pegi ke tengah laut pulak bagi burung helang makan. Batak kejap la sebab tak penah tengok burung helang makan dari jarak dekat hehehe. Lepas tu, pegi pulak ke Pulau Beras Basah dan mandi manda di sana pulak. Tadi air payau, ni air masin hehehe. Semua turun termasuklah Darwisyah sebab pantainya cetek. Dah puas minum air masin, maka balik la ke hotel untuk sambung mandi swimming pool pulak. Hari ni mandi manda saja hahaha.

Restoran Mangga 2: dah tak dapat nak pikir panjang nak dinner kat mana, asal nampak je terus singgah. Lokasi tak jauh dari Restoran Selera Lubuk Buaya.

Balik hotel: tidur lagi zzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Day 4

Shoot time! Kalau pegi jalan jauh-jauh tak best la kalau tak shoot landscape ye tak? Hahahaha. Hasil dari pemerhatian di jeti bot semalam, lokasi sama telah diterjah oleh aku seorang diri sebab ada satu jeti usang yang sesuai untuk dijadikan subjek. Mula-mula agak risau jugak nak pegi sebab jeti usang tu agak jauh dari jeti bot. Dengan berbekalkan tawakkal, aku menyusuri tepian pantai berbatu untuk sampai ke tempat tersebut. Subhanallah, memang menarik tempat tu (bagi seorang photographer tegar lah). Baru lah rasa puas berjalan hehehe. Ni antara gambar-gambar landscape yang sempat aku ambil 🙂

Beli sarapan: baru tau dekat hotel ada warung yang agak ok untuk bersarapan. Hari-hari sebelum ni main jalan je tak tengok kiri kanan huhuhu.

Balik hotel: bersiap untuk balik ke KL, flight pukul 2:30 petang so ada la masa nak membuta kejap 😀

Jam 2:30 petang: terbang dari Langkawi ke KL… bye bye Langkawi, Insya Allah jumpa lagi 🙂

Flickr Album 72157659216261869

Ke Melaka kita?

Pada 12 April 2014, kami sekeluarga telah sekali lagi melawat negeri bersejarah Melaka. Bukan trip keluarga secara rasmi, tetapi kerana mengikut rombongan mama yang terpaksa menjalankan tugasan sekolah huhuhu… kira ok lah tu janji ada jalan-jalan 🙂

Trip kali ni dirancang hanya untuk satu hari sahaja, dari pagi sampai ke malam. As usual kami akan berkumpul awal pagi di sekolah mama untuk menunggu bas rombongan yang disewa khas oleh pihak PIBG. Lebih kurang pukul 7:30 pagi bas pon bertolak dan seperti biasa ianya adalah waktu yang amat sesuai untuk menidurkan diri hehehe…

Lebih kurang jam 10:20 pagi, kami telah selamat tiba di Sek. Men. Arab (JAIM) Al-Ehya Al-Karim, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka. Setibanya kami di sini, kami telah disambut oleh guru2 dan murid2 sekolah diiringi taluan kompang… macam VIP pulak cewahh…

Ketika majlis ucapan dan pengenalan sedang berjalan, aku as baby sitter telah bersiar2 di dalam kawasan sekolah tersebut bersama anak2… macam biasa lah memang sukar sikit nak kawal hero2 tu, nasib baik la dalam kawasan sekolah berpagar… kalau takde pagar memang aku gari diorang semua hahaha… dalam sekolah tu ada macam2… ada kedai, ada kolam ikan, ada tapak pertanian dsb… yang paling seronok Darwisyah lawati adalah kolam ikan keli yang besar2 bagak huhuhu… risau je kalau ikan2 tu melompat keluar…

Setelah majlis ucapan selesai, maka bermulalah satu sesi perlawanan persahabatan bola jaring antara 2 sekolah iaitu SKPP9(2) dan sekolah tersebut. Masa tu jam lebih kurang 11:40 pagi menghampiri tengah hari… memang panas terik la… tapi dah nama pon sukan, memang tak kira masa panas ke sejuk…

Agak pelik masa perlawanan berlangsung, aku seolah2 macam tertarik pulak dengan bola jaring ni… baru la tau serba sedikit tentang bola jaring antaranya, separuh masa pertama hanya akan berjalan selama 5 minit sahaja… kemudian rehat 1 minit dan masa kedua juga akan berjalan selama 5 minit… 5 minit pon, kalau aku terloncat2 tengah court panas2 camtu mau pitam dibuatnya hahaha. Aku bernasib baik jugak masa tu ada ramai murid2 sana yang sudi menjaga anak2 aku… maklumlah anak2 kecik kan comel, semua suka layan hahaha…

Okeh, panas… tak tahan… aku ambik keputusan untuk pergi ke tempat lain bersama2 anak, tengok ikan keli lagi hahaha… sedar tak sedar, dah pukul 12 lebih so perlawanan pon berakhir dan kami pon dihidangkan dengan makanan ringan iaitu nasi himpit yang sangat sedap rendang dagingnya huhuhu…

Dipendekkan cerita, selepas melawat sekolah tersebut, kami bertolak pula ke satu lagi sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Tangga Batu, Melaka. Kami tiba di lokasi ni agak lewat sebab jalan kampung kecik dan kebetulan ada banyak jalan tutup kerana ada kenduri. Tiba je di sekolah tu, sekali lagi kami diberi ucapan sambutan dan pengenalan sambil diiringi dengan persembahan tarian dan silat… lagi dasyat hehehe…

Bla bla bla, masa makan pon telah tiba… guess what? IKAN TENGGIRI MASAK ASAM PEDAS perghhh!!! penuh pinggan aku hahaha…

Ok, pendekkan lagi cerita ni, penat dah menaip kekeke… lepas melawat sekolah tu sepatutnya kami singgah ke Masjid Selat untuk solat Zuhur… tapi memandangkan sudah lari timing, kami terus ke Hotel Orkid untuk high tea dan Zuhur di sana saja… makan lagi adeh… tapi aku tak tolak sebab semua tu rezeki 🙂

Lebih kurang jam 5 petang, kami bergerak ke Bandar Melaka untuk berjalan2… tapi aku tak pegi jalan2 pon, mama je yang pegi sebab nak beli topi katanya… duduk dalam bas lagi best, ada air cond 😛 … so, mana yang nak turun berjalan, diorang turun kat situ dan bas pon bertolak ke satu lokasi tidak dirancang iaitu Perigi Hang Tuah 🙂 dapat jugak tengok macam mana rupa bentuk perigi tu dengan anak2…

Lebih kurang jam 6:30 petang, bas pergi semula ke Bandar Melaka untuk mengambil mereka yang turun nak shopping tadi dan terus ke Masjid Melaka untuk Maghrib di sana…

Adeh panjang la pulak…

So lepas Maghrib di sana, lebih kurang jam 8:45 malam kami sampai ke River Cruise pulak… sebelum ni dah pernah naik tapi waktu siang… kali nak tengok macam mana rupanya kalau malam, orang kata best sebab ada lampu2 hehehe…

Penat! Penat! ok lepas je River Cruise, aku sempat makan laksa kerang di sana walau pon pada ketika itu perut dah sememangnya penuh hahaha… bila perut dah kenyang, hati dah senang, kami pon bertolak lah balik ke Putrajaya dan tiba dengan selamat lebih kurang pada jam 12:30 awal pagi Ahad… Alhamdulillah…

Saksikan je la gambar2 dan video ni ye, biar mereka berbicara hehehe… Assalamualaikum…

Flickr Album 72157659222478360

p/s: masa on the way melawat sekolah ke dua tu, ada la tanya mama result friendly netball tu… kalah 😀

Pondok usang revisit

Alhamdulillah, pada 30/3/2014 aku telah berkesempatan singgah sekali lagi ke pondok usang di kawasan sawah padi Sungai Besar. Outing yang dirancang pada minit2 akhir, dapat ketemukan aku dengan 2 orang lagi sahabat iaitu Syafiq Sha’arani dan El (Acid Sulfurik).

Walaupon cuaca hujan di sepanjang malam sebelumnya namun rezeki memihak kepada kami di mana pagi itu kami telah disajikan dengan keindahan warna yang cantik di langit. Memandangkan cuaca yang baik pada ketika itu, kami telah bercadang untuk mencuba satu lagi spot untuk mengambil gambar iaitu sebuah rumah tinggal yang pernah diberitahu oleh sahabat lain dan ianya tidak jauh dari kawasan sawah padi.

Setelah menjumpai rumah tinggal itu, kami tidak membuang masa dengan mencari angle menarik dan menekan shutter bertalu-talu hehehe. Okeh, tanpa membuang masa, berikut adalah hasil2 dari outing tersebut 🙂

First location, pondok usang… teknik yang aku gunakan adalah bracketing dan white balance dengan bantuan grey card… diambil sebanyak 3 exposures, diproses menggunakan adobe camera raw dan adobe photoshop (DRI atau digital blending). Agak lama tak buat DRI, so ingat2 lupa macam mana nak start dan finishing hehehe.

Next, rumah usang… juga diambil secara bracketing dan bantuan grey card untuk white balance… untuk yang ini, aku ada cuba gunakan photomatix tapi rasa tak berapa puas hati dengan hasilnya (mungkin sebab dah lama sangat tak guna photomatix hahaha). So aku ambil keputusan untuk DRI menggunakan camera raw dan photoshop.

Lastly, group photo… diambil hanya satu exposure (aperture mode) dan multiplied to 2 different exposures menggunakan camera raw… finally touched up with photoshop…

From left: El (Acid Sulfurik), Syafiq Sha’rani and myself.

Candid satu kali! hehehe…

Terima kasih kerana sudi singgah, terima kasih kepada sahabat2 yang sudi join outing, terima kasih abang Fadzly Sham sudi memberitahu lokasi rumah usang tu… Insya Allah, jika dimurahkan rezeki kami akan melawat lagi rumah usang itu 🙂