dilahirkan

pada tanggal 30 Mei 2006 tepat jam 10.00 malam maka telah lahirlah seorang insan yang sangat comel ke muka bumi ini. dan pada saat yang sama, teramatlah gembira tidak terkata bagi kami kerana telah bergelar ibu dan bapa.

dengan persetujuan dan sebulat suara, maka Muhammad Darwisy Hilmi telah diberima nama. Yang Terpuji, Yang Warak, Kesopananku Kesabaranku, itulah maksud nama anak kami.

Advertisements

sabar menunggu

pergh! dah dua hari aku duk hospital. tapi bukan duk dalam wad, duk dalam kereta  😛

memang tak senang duduk aku dibuatnya, yelah risaukan isteri yang tersayang kat dalam wad tu. hmm hari nih aku terpaksa “extend” cuti ehsan aku sebab baby tak keluar lagi. macam mana lah rupanya anak aku nanti ye? tapi yang pastinya LELAKI  😀

tidur dalam kereta

malam ni aku terpaksa tidur dalam kereta, sebab boring duk kat tempat menunggu takde radio. tapi itu semua berlaku tidak lama, kerana aku mula terasa panas dan tak senang duduk(maklumla tinggi,kereta kecik je).

so dengan muka tak malu aku telah masuk ke dalam tempat menunggu dan “book” satu sofa. maka di situ lah aku tidur(sejuk beb ada “aircond” :-P).

pergi hospital

hari ni 29/05/2006 kami pergi hospital putrajaya, sebab dah “overdue” 9 hari.  memula risau jugak, tapi doktor kata takde apa2 baby pon aktif lagi kat dalam perut(main bola sepak kot). so aku amik emergency leave dan inform kat opis aku pegi hospital. kesian tengok wife aku dah sarat macam tak larat je nak bawak perut tu.

so, sampai je hospital wife aku diarahkan masuk wad terus. pakai pakaian seragam lagi, comel aje!

hari pertama masuk hospital, terasa gak boring sebab tak tau bila nak bersalin. so, kami pegi jenjalan keliling hospital kasi “excersice” sikit.

bila dah petang masih takde apa2 sampai la ke malam. bila dah malam pepaham je la husband takleh temankan. kena la keluar duk kat tempat menunggu sensorang.