Fotografi Jalanan, Pasar Karat – Masjid India

Lokasi outing fotografi jalanan kali ini adalah di Pasar Karat dan Masjid India, bersama seorang sahabat. Jujurnya, setelah hampir 20 tahun tinggal di Lembah Kelang, ini adalah kali pertama aku akan menjejakkan kaki di lokasi tersebut.

Sekitar jam 9 pagi, kami tiba di lokasi yang pertama (sekitar Petaling Street). Dalam perjalanan menuju ke lorong masuk Pasar Karat, kelihatan seorang lelaki India yang sedang asyik memintal-mintal misainya sambil ditarik ke atas. Aku menghampiri beliau dan senyum. Sambil menegur dengan sedikit pujian ke atas misainya, aku menunjukkan isyarat dengan kamera (permission), samada boleh mengambil gambar atau tidak. Dan dia tidak ada masalah dengan permintaan itu.

Selesai berborak dengan Mr. Sathiya, kami memulakan langkah memasuki lorong ke Pasar Karat. Beberapa tips dan nasihat yang pernah aku baca dari blogger di internet, tempat yang sebegini haruslah kita berhati-hati. Tidak semua peniaga di sini peramah, begitu juga pengunjungnya. Barang-barang yang berharga perlu disimpan dengan baik, jangan bawa terlalu banyak wang tunai, kena peka penculik saku, jangan keras kepala dan sebagainya.

Terdapat banyak barangan yang dijual di tepi jalanan dan pengunjung yang datang juga sangat ramai. Antara barangan yang dijual adalah barang-barang elektrik, telefon, perhiasan, buku, kamera lama, pakaian dan sebagainya. Dan kebanyakan barang-barang yang dijual adalah barangan terpakai. Yang pasti, harganya murah.

Flickr album 72157671794451864

Mr. Sathiya, Mustache-Man

An old lady selling her stuff in a flea market.

The center of Pasar Karat (flea market)

Q & A

Inspecting

Identical

Relaxed

Rusty store

Reaching the Life

Setelah hampir 1 jam di situ, kami melangkah kaki menuju ke Masjid India melalui Petaling Street dan Pasaraya Seni. Agak berpuas hati dengan outing di Pasar Karat tadi, Insya Allah akan berkunjung semula satu hari nanti. Dengan lebih ramai sahabat, mungkin?

Funny Malaysia

Selfier

Jump? No jump?

Rest

A Simba look-alike

Ngeee!

Maruku Family

Street Photography, Pasar Borong Selangor

Untuk kali pertama, aku membawa kamera ke Pasar Borong Selangor, dengan harapan dapat layan street photography. Sudah aku agak akan menjadi janggal bagi aku dan orang di situ. Tapi aku peduli apa? Hehehe…

Seorang pemuda Cina yang rajin membantu ibunya berniaga. Pemandangan yang jarang dilihat. Menurut ibunya, mereka juga teringin memiliki kamera satu hari nanti.
Pembekal pisang mentah.
Tambah stok.
Baru tahu begitu caranya.
Hal masing-masing.
Punggah.
Bayang si Pengangkut Telur.

 

Jerami Padi, Sungai Besar

Habis shoot budak-budak main Bola Sepak Bendang, aku ke kawasan seberang untuk ambil gambar jerami padi dan sunset.

Al-kisahnya, kelmarin (Jumaat) dah ke sini. Tapi tak ada shoot gambar secara serius sebab banyak urusan dan saja nak jumpa kawan (Fadzly & Syafiq) yang nak shoot di situ. Kebetulan pulak rupanya ada kawan-kawan lain yang datang dari jauh. So, membebel aje lah aku masa tu 😀

Jerami Padi
Shoot guna kamera, edit dalam phone guna Snapseed

Semalam, rasa sangat nak shoot landscape sebab dah lama pon tak petik shutter kamera. So, aku cuba cari jerami padi di kawasan bendang sekitar jam 5 petang. Pusing punya pusing, tak jumpa lokasi lain yang ada jerami padi. What to do? Singgah la lokasi sama kelmarin. Alhamdulillah, jerami padi tu semua masih ada terlonggok di situ.

Tanpa membuang masa, aku keluarkan kamera dan lekatkan pada tripod cap ayam aku. Agak kekok jugak masa tu, maklumlah dah lama tak menembak. Kejap single exposure, lepas tu tukar bracketing pulak, lepas tu gatal tangan cuba in camera HDR. Semua macam tak menjadi hahaha! Last-last, aku pilih bracketing. Senang nak pilih kemudian dan decide method apa nak process gambar nanti.

As usual, method DRI/digital blending masih mendapat tempat di hati. Nasib baik masih ingat sikit-sikit steps untuk process gambar landscape. Cumanya, composition gambar ni memang ke laut 😀

Jerami Padi
Teknik DRI
Jerami Padi
Teknik DRI, ditambah editing dalam Flickr. Nampak huduh pulak…

Bola Sepak Bendang

Dah lama rasanya tak menembak gambar street. Semalam berkesempatan join budak-budak kampung bermain bola sepak bendang. Bendang??

To be honest, zaman kanak-kanak aku pon tak sehebat diorang ni. Paling kuat pon pergi berkubang, menggagau, panggang ubi, panjat pokok kelapa, memancing dekat bendang. Rasa macam rugi pulak takde pengalaman macam ni 🙂

Anyway, apa yang aku nampak dari aktiviti diorang ni… ianya adalah awesome! Lebih bagus dari aktiviti yang kurang berfaedah dan tidak menyihatkan badan, yang kita semua tahu… menghadap telefon bimbit sepanjang masa. Kalau pon diorang ni suka menghadap, at least diorang ada aktiviti lain yang dapat mengeluarkan peluh.

About the game, dari segi rules sama dengan game bola sepak yang kita selalu lihat. Tapi berbeza dari segi tempat, iaitu bendang. Yep, tengah-tengah bendang yang baru lepas potong. Lebih menyeronokkan, bila bendang tu banjir dengan air hujan 🙂

Masa aku berjalan datang ke tengah “padang” tu, diorang rasa agak pelik sebab orang tua (dari mereka) datang dengan berpakaian kemas dan bersama kamera di leher. Dari tips yang aku ingat, jangan terus terjah ke arah subjek. Sebaliknya, cuba adapt keadaan sekeliling dan cuba shoot dari jarak yang jauh.

Bila lihat diorang bermain semula, maka aku pon ambil langkah mendekati mereka. “Jom join sekali bang!”… salah sorang dari mereka bersuara. Well, that’s a green light for me to start shooting 🙂 “Dah lama tak main dik, abang tengok jadi la”… aku jawab sambil memetik shutter kamera.

Seronok tengok diorang main. “Penalti! Penalti!”… tapi aku tak nampak pon kotak penalti. “Out! Out!”… mana garisan padang entah?. “Gol! Gol!”… bila bola masuk ke dalam gawang gol yang diperbuat dari dua longgokan jerami padi. Aku hanya mampu tersenyum…

Setelah hampir 45 minit, aku angkat kaki sebab nak mengejar sunset pulak. Sambil-sambil berjalan tu aku tanya, “Dah berapa?”… diorang pon jawab sambil ketawa, “Seri bang!”…

p/s: Tiada pengadil dalam perlawanan ni. Tapi masih boleh bermain secara adil hehehe…

Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Dah lama tak solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Kebetulan hari ni cuti, maka Abah bawak Darwisy dan Danish solat sama-sama.

Rasanya, ni kali pertama bawak diorang solat Jumaat dekat sini. Selalunya di Masjid Precint 11, kalau ada ke sini pon masa Raya Aidil Adha tahun lepas.

Kebetulan jugak, dah lama tak memetik kamera 🙂 So, bawak sekali la kamera dalam poket.

Lepas solat Jumaat, Darwisy dan Danish pergi main kejar-kejar di kawasan masjid. Abah pulak, memburu 😀

SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Tazkirah Jumaat oleh SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
A boy in 5th Saf

Bangunan Tabung Haji, Putrajaya
New neighbor, Bangunan Tabung Haji