“Gadget” baru Mama, Philips PerfectCare Aqua Steam GC8616/30

Fuh! baca tajuk macam betul gadget je hahaha…

Apa benda “Philips PerfectCare Aqua Steam GC8616/30” ni? Haaa… ianya adalah satu alat yang boleh menyeterika baju dan seluar dengan mudah dan cepat (iron daaa). Yang penting, kurang memenatkan… kenapa kurang penat? Sebab iron ni akan blow steam dengan kuat dan membolehkan kita tidak perlu menekan dengan kuat. Hanya dengan sekali lalu dah mampu menghilangkan kedut-kedut di baju dan seluar. Tak percaya? Cuba beli satu tengok macam mana hehehe…

Nak dijadikan cerita, sebenarnya Abah tak pernah terfikir pon nak beli iron guna steam ni. Tapi oleh kerana Mama dah teracun masa beraya kat kampung baru-baru ni… dan Abah juga teracun dengan review di youtube, maka terdetiklah niat nak membelinya. Yelah, Abah ni kan memahami Mama… at least dengan adanya steam iron ni boleh la meringankan “banyak” beban Mama nak iron baju sekolah DDD yang melambak-lambak tu.

Finally, barang dah pon dibeli dan dipasang kat rumah. As usual, Abah la yang jadi tukang setup semuanya. Oh ye, pakej ni sekali dengan iron board size XL (Easy6 Ironing Board). Memang besar bagak, kena buat adjustment barang yang sedia ada semata-mata nak kasi muat hahaha.

Bila dah siap setup, Abah pon isi la air dalam bekas yang disediakan kat iron tu. Tunggu 2 minit, ready to go! Cuba punya cuba, eh… macam best la pulak hahaha. Memang ringan je loyong iron tu terus hilang kedut baju sekolah. Okeh, Abah cuba lagi 2 3 pasang baju. Eh, memang tak penat hahaha… untung la Mama dapat suami macam Abah (tiba-tiba). The rest of baju, Abah serahkan kepada Mama 😀

Panjang pulak cerita pasal iron ni… apa kata kalau korang survey sendiri di Youtube. Kot la berkenan boleh sambar satu… tapi memang recommended gadget ni. Bukan nak kata kita ni malas, tapi berbaloi dari segi penjimatan masa dan tenaga… seriously 🙂

For more info berkenaan product ni, boleh baca di official website Philips ni…

http://www.p4c.philips.com/cgi-bin/dcbint/cpindex.pl?slg=en&scy=fr&ctn=GC8616/30

Advertisements

9, 7 & 4

 

Pejam celik pejam celik, umur Danish dah mencecah 7 tahun hari ni (15hb Mei 2015). Darwisy pulak 9 tahun (30hb Mei 2015) dan Darwisyah 4 tahun (6hb Jun 2015). Cepatnya masa berlalu, terasa rindu saat anak-anak Abah kecik dulu. Tapi apa daya, itu semua dah lumrah kehidupan…

Alhamdulillah, walau pon masa berlalu pantas… Abah dan Mama bersyukur dan happy dikelilingi anak-anak yang comel, handsome dan naughty 🙂

Memandangkan hari ni hari berkerja dan anak-anak Abah bersekolah, maka tak dapat la nak sambut hari kelahiran Danish secara official. Insya Allah, Abah dan Mama akan plan something untuk celebrate birthday semua secara sederhana.

Abah dan Mama doakan semoga Danish, Darwisy dan Darwisyah akan menjadi anak yang soleh dan solehah… anak yang patuh dengan suruhan Allah dan sentiasa diberkati oleh-Nya. Amin…

Ku sangkakan slipped disc, rupanya tergeliat

Tak pasti ada persamaan atau tak antara slipped disc dengan tergeliat, tapi yang pasti menyakitkan dan pertama kalinya merasa sakit yang amat.

Kejadian berlaku semalam di Bangi Gateway masa nak balik ke rumah. Dah dalam kereta, tiba2 Darwisy cakap pintunya tak ketat. Abah pon nak keluar dari kereta nak ketatkan pintu belakang. Masa bangun nak keluar pintu, tiba2 terasa sengal kat pinggang. Ingatkan kejap je, tapi makin sakit lepas tutup pintu belakang. Terus rasa tak boleh nak berjalan. Abah panggil Mama, terus takut bila tengok Abah mengerang kesakitan. Abah agak panik sebab tak pernah dapat sakit macam tu. Nak drive pon tak boleh, terpaksa la Mama drive. 

Sampai rumah, sakit tak hilang lagi. Berjalan nak kena berpaut, tak boleh laju. Masa tu lagi bertambah panik, takut jadi lebih teruk. So Abah amik keputusan untuk pegi hospital dan buat x-ray.

Lepas maghrib pergi hospital putrajaya, sekali ramai orang daaa. Register pukul 830 malam, siap semua pukul 12 huhuhu. Seksa betul rasanya masa tu, nak duduk sakit berdiri pon sakit.

Tapi rasa agak lega lepas doktor bagitau tulang belakang Abah tak ada apa2 yang kritikal. Cuma tergeliat biasa dan muscle sprain.

Alhamdulillah, ada 2 hikmah di sebalik kejadian. Pertama, membuatkan lebih berhati2 dan bersyukur atas nikmat yang diberi oleh Allah. Nikmat tu boleh diambil bila2 tanpa sebarang warning pon. Yang kedua, Mama tak jadi outstation sebab kena jaga Abah dan anak2 🙂 

Sayang Mama hehehe

MAKLUMAN

MAKLUMAN

Kami daripada pihak penyelenggaraan KEP TEKNIKAL SDN BHD ingin meminta kerjasama pihak tuan/puan yang menghuni di unit kuarters Blok ** tingkat ** unit **. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan terdapat kebocoran pada siling rumah bawah Blok ** tingkat ** unit **. Jadi pihak kami meminta kerjasama tuan/puan untuk menghubungi pejabat kami bagi menetapkan tarikh temujanji untuk menjalankan pemeriksaan pada saluran paip di unit kuarters tuan/puan.

Pihak tuan/puan diminta menghubungi pihak kami secepat mungkin bagi menangani masalah tersebut. Di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

huhuhu… sory lah encik jiran bawah, mmg kami tak sedar pon ada kebocoran telah berlaku. nampak gayanya sabtu/ahad ni kena stay kat rumah je la hehehe.

the 3rd

mari menaip lagi 🙂

syukur Alhamdulillah, pada tahun 2010 yang lepas kami telah dikejutkan dengan beberapa berita gembira. antaranya…

tak lama lagi kami akan menerima seorang lagi ahli keluarga yang baru 🙂 Insya Allah…

my wife is now a teacher 🙂

nak dijadikan cerita… pada satu malam tu, aku dan famili pegi kuar jalan2 sambil cari klinik yang bleh buat medical check-up sebab wife aku dapat keje jadi cikgu tu… hati mmg dah happy dah… bila jumpa satu klinik ni, kitaorang pon masuk la register. medical check-up tu kena check macam2 termasuklah x-ray. hati aku tiba2 terpikir untuk bertanya, “dik, sebelum x-ray ni bleh tak klu buat pregnant test dulu… saje je la kot2…”

my wife pon takde nak bantah apa2, pegi la buat test kejap…

“hmmm, akak takde apa2, bleh je buat x-ray”… my wife pon, “owh, ok lah klu camtu”

pehtu masukla dalam bilik doktor nk buat check-up yang lain2…

tengah syok mengunggu kat luar, pehtu wife aku pon kuar la… sambil bawak bungkusan tisu… bungkusan tisu?

“pesal bawak tisu tu?”

wife aku pon hulur sambil senyum2… eh pehal lak ni?

aku pon bukak la bungkusan tu, rupa2nya dalam bungkusan tu ada pregnant tester… terus terang aku agak blur masa tu… nampak pulak line kaler2 lagi blur la aku hahaha…

tak lama tu, bibir aku tetiba terukir satu senyuman yang hakiki 😀

“Alhamdulillah… nasib baik aku terdetik nak suruh buat pregnant test tu… klu tak,,,,,, (untuk pengetahuan ramai, x-ray tu bleh memudaratkan kandungan)”

oleh kerana dah kompom wife aku pregnant, doktor pon tak jadi la buat x-ray. so dia tulis kat dalam kad medical check-up tu wife aku pregnant, takleh buat x-ray… selamat RM hehehe

macam ada benda yang lupa nak citer je… takpe lah lain kali aku sambung

owh ya… ni gambar scan kat klinik baru2 ni 🙂

07.12.2010

lelaki atau perempuan? terus terang aku tak kisah, asalkan sihat wal-afiat dan sejahtera… doakanlah semoga anak kami selamat dilahirkan, amin… 🙂