Wedding of The Year 2016

Alhamdulillah, 4hb Disember 2016 telah berlangsungnya majlis pernikahan dan persandingan Pak Lang DDD. Hari yang telah lama ditunggu-tunggu adik beradik Mama, maka sesuailah Abah nobatkan majlis tu sebagai Wedding of The Year 2016!

Pada pagi Ahad, majlis pernikahan berlangsung di Masjid Hidayatul Ummah (Kuala Kangsar, Perak). Pada tengahari yang sama, majlis persandingan pula dilangsungkan secara sederhana dengan jayanya.

Memandangkan Abah seorang jurugambar perkahwinan (bekas), maka Abah telah dilantik menjadi jurugambar rasmi pada hari tu. Agak kekok jugak, tapi hentamkan saje hehehe.

Apa-apa pon, selamat pengantin baru dan semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin…

DSC_8295

Majlis Khatam Al-Quran 2016

25hb Nov 2016 – Syukur Alhamdulillah, tahun 2016 sudah hampir ke penghujungnya. Sesi persekolahan 2016 Darwisyah sudah selesai dan telah menerima sijil tamat pengajian di Majlis Khatam Al-Quran.

Majlis telah dijalankan secara sederhana di dalam dewan Precint 16, dimulakan dengan bacaan surah-surah Al-Quran oleh murid-murid 6 tahun. Ini bermakna, tahun 2016 adalah tahun terakhir mereka belajar di Al-Baghdadi Playtime Centre (APC).

PB250338

InsyaAllah, Darwisyah akan menyambung pengajian di APC tahun hadapan. Semoga semua yang telah menamatkan pengajian tahun ini menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, terus menimba ilmu agama dan maju jaya dalam menempuh alam persekolahan yang sebenar.

Langkawi Lagi!!!

Seperti biasa, setiap satu atau dua tahun, Mama dan Abah akan bawak DDD makan angin. Dan kali ni, destinasi yang telah ditetapkan adalah Langkawi lagi hahaha!

Cuma bezanya, rombongan 3 hari 2 malam kali ni telah disertai oleh semua adik beradik Mama. Bermakna, semua pakcik makcik dan sepupu DDD ada. Kira punya kira, ada la dalam 30 orang! 😀

Memang seronok dan agak havoc, biarlah gambar-gambar ini berbicara 🙂

Flickr Album 72157674678579112

https://goo.gl/photos/fYdWAdMwGGHKJ4PK8

[flickr_set id=’72157674678579112′]

Berhijrah

Lama betul tak update blog. Lepas bulan Syawal habis, baru berkesempatan nak menulis. Post Raya datang lagi pon tak updated huhuhu. Apa2 pon, syukur Alhamdulillah diberi peluang melalui bulan Syawal sekali lagi. Juga syukur tidak terkira kerana dimurahkan rezeki dan dimakbulkan doa untuk berhijrah ke rumah baru (kuaters), setelah hampir 9 tahun tinggal di apartment precint 11.

Terlalu banyak kenangan di rumah lama yang hendak diceritakan. Sudah pasti susah senang di sana tidak dapat dilupakan.

Penghijrahan

Hampir 6 tahun menunggu giliran, akhirnya Mama ditawarkan untuk menaik taraf rumah kuaters kepada rumah teres. Semenjak tu, Abah dan Mama menjadi super busy sampailah tiba masa berpindah. Tanggal 25hb Julai 2016, maka berpindahlah kami dengan rasminya. Terima kasih thelorry.com di atas servis lori pindah rumah yang efficient dan harga yang berpatutan.

Tiba-tiba busy, sampai sini je lah cerita kali ni huhuhu…