Bola Sepak Bendang

Dah lama rasanya tak menembak gambar street. Semalam berkesempatan join budak-budak kampung bermain bola sepak bendang. Bendang??

To be honest, zaman kanak-kanak aku pon tak sehebat diorang ni. Paling kuat pon pergi berkubang, menggagau, panggang ubi, panjat pokok kelapa, memancing dekat bendang. Rasa macam rugi pulak takde pengalaman macam ni 🙂

Anyway, apa yang aku nampak dari aktiviti diorang ni… ianya adalah awesome! Lebih bagus dari aktiviti yang kurang berfaedah dan tidak menyihatkan badan, yang kita semua tahu… menghadap telefon bimbit sepanjang masa. Kalau pon diorang ni suka menghadap, at least diorang ada aktiviti lain yang dapat mengeluarkan peluh.

About the game, dari segi rules sama dengan game bola sepak yang kita selalu lihat. Tapi berbeza dari segi tempat, iaitu bendang. Yep, tengah-tengah bendang yang baru lepas potong. Lebih menyeronokkan, bila bendang tu banjir dengan air hujan 🙂

Masa aku berjalan datang ke tengah “padang” tu, diorang rasa agak pelik sebab orang tua (dari mereka) datang dengan berpakaian kemas dan bersama kamera di leher. Dari tips yang aku ingat, jangan terus terjah ke arah subjek. Sebaliknya, cuba adapt keadaan sekeliling dan cuba shoot dari jarak yang jauh.

Bila lihat diorang bermain semula, maka aku pon ambil langkah mendekati mereka. “Jom join sekali bang!”… salah sorang dari mereka bersuara. Well, that’s a green light for me to start shooting 🙂 “Dah lama tak main dik, abang tengok jadi la”… aku jawab sambil memetik shutter kamera.

Seronok tengok diorang main. “Penalti! Penalti!”… tapi aku tak nampak pon kotak penalti. “Out! Out!”… mana garisan padang entah?. “Gol! Gol!”… bila bola masuk ke dalam gawang gol yang diperbuat dari dua longgokan jerami padi. Aku hanya mampu tersenyum…

Setelah hampir 45 minit, aku angkat kaki sebab nak mengejar sunset pulak. Sambil-sambil berjalan tu aku tanya, “Dah berapa?”… diorang pon jawab sambil ketawa, “Seri bang!”…

p/s: Tiada pengadil dalam perlawanan ni. Tapi masih boleh bermain secara adil hehehe…

Advertisements

Author: Hilman

I'm a dad! :-)

1 thought on “Bola Sepak Bendang”

Comments are closed.