Cendol Tempurung Semangkuk, Batang Benar – Nilai

Cendol tempurung Semangkuk yang sedang hangat diviralkan menjadi destinasi makan tengah hari kali ini. Terletak di Batang Benar, Nilai (Jalan Pajam-Nilai). Bukan satu rekod lunch paling jauh, tapi boleh dikatakan cadangan yang agak susah nak diterima akal hahaha.

Sebenarnya Mama dah lama rancang nak ke sini, tak tahan tengok menu makanan dan minuman yang disediakan. Lagi-lagi air kelapa lemon laici, tengok dalam gambar pon dah terliur huhuhu.

Kebetulan, Pak Ngah DDD datang ke Putrajaya… Pak Lang dan Andak DDD pon nak join sekali… So? Buat rombongan la hahaha…

Bergerak dari Putrajaya berhenti kejap di hentian sebelah Nilai jumpa Andak dan Pak Lang DDD. Dari situ ke destinasi tak jauh, lebih kurang 20 minit perjalanan. Timing yang baik, sampai di restoran Semangkuk jam 11:45… sesuai sangat untuk makan tengah hari hehehe.

First unexpected thing, ingatkan restoran tu besar, tapi hanya sebahagian dari medan selera sahaja. Ada restoran yang lain juga seperti nasi campur, nasi kukus dan lain-lain. Ok never mind, cari tempat duduk dulu sebab orang dah berpusu-pusu datang nak makan.

Apa yang kami order? Nin dia!

  • Cendol tempurung special (durian + aiskrim + tapai) x 1
  • Cendol tempurung (durian + aiskrim) x 1
  • Air kelapa lemon laici (besar) x 2
  • Durian milk shake x 1
  • Oreo milk shake x 1
  • Mee bandung gear-box kambing x 1
  • Mee bandung/kari ketam x 1

Harga untuk semua di atas tu RM54… murah? Boleh la dikira berbaloi dengan rasanya hehehe.

Menu lain-lain

  • Nasi lemak ayam kampung
  • Laksa clay pot
  • Soto Medan
  • Mee kari ketam
  • Mee kicap Ipoh
  • dan lain-lain yang tidak diketahui 😀
P3276022

Berapa bintang nak bagi eh? Hmmm… ok la… 4/5 bintang sebab satu perkara yang agak leceh sikit iaitu, kena order setiap menu di kaunter yang berlainan. Maksudnya, kalau nak air kelapa, kena order di kaunter air kelapa. Nak cendol, kena pergi kaunter lagi satu… dan seterusnya. Bergantung pada keadaan, kalau tak ramai orang mungkin acceptable.

The rest, minuman dan makanan di sini awesome! 🙂

Advertisements

Author: Hilman

I'm a dad! :-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s