Jalan-jalan Johor

Setelah beberapa minggu Mama membuat perancangan untuk ke rumah Mak Su DDD di Johor, maka minggu cuti persekolahan bulan March telah dipilih menjadi waktu yang sesuai.

Johor, Day 1

Bertolak dari Putrajaya hari Sabtu, lebih kurang jam 9:00 pagi, tiba di Jalan Besar (sebelum Ayer Hitam) lebih kurang jam 1:00 tengah hari. Singgah kejap di restoran Kari Kambing 40 Hari, memang tepat timing untuk lunch 🙂

Dari cerita orang, makanan di restoran ni sedap dan berbaloi. Well, mereka betul. Dengan harga RM12 sepinggan (kambing / ayam), boleh makan untuk 2 orang. Kalau ambil satu dulang RM45 (ayam / kambing / campur), boleh makan untuk 5-6 orang… percuma pulak satu jug air sirap. Masa tu order satu dulang campur, siap boleh bungkus ada lebihan hehehe. Dari segi rasa pulak… mmmmm… NYUM! NYUM!

Ada jugak orang cerita layanan kurang mesra, bagi aku, so-so… kena faham, kenapa?

  • Terlalu ramai orang nak dilayan
  • Lain orang lain kerenah
  • Dah buat papan tanda beratur (pinggan kiri & dulang kanan), masih ramai main redah je
  • Terpaksa jerit-jerit sebab suasana bising
  • Dan lain-lain

Rasanya ok je layanan mereka, ada orang akan assist kalau kita tanya baik-baik 🙂

Dah lama tak nampak bendera Johor berkibar
Dah lama tak nampak bendera Johor berkibar
Apa la yang Darwisyah tak puas hati tu
Apa la yang Darwisyah tak puas hati tu
Pemandangan di restoran Kari Kambing 40 Hari
Pemandangan di restoran Kari Kambing 40 Hari
First time makan nasi kena timbang dulu, clever!
First time makan nasi kena timbang dulu, clever!
Walawehhh
Walawehhh

Selesai lunch, bergegas semula ke destinasi… tapi singgah dulu satu destinasi lain di Ayer Hitam (Jalan Batu Pahat) iaitu… kedai Putu Bambu Juriah

Rupanya, ramai orang berjual putu bambu di Johor ni… pergi ke mana-mana memang boleh jumpa. Harga pulak agak berbaloi dengan rasanya. RM3.50 untuk 6 ketul…

Kedai Putu Bambu Juriah
Kedai Putu Bambu Juriah

Lepas beli putu bambu (4 bungkus hahaha), perjalanan diteruskan…

Kluang, Johor
Kluang, Johor

Dan akhirnya tiba lah di destinasi lebih kurang jam 3:00 petang… ada la lebih kurang 6 jam perjalanan, rasa macam nak patah pinggang hahaha. Aktiviti seterusnya adalah membaringkan diri dan melelapkan mata 😛

Advertisements

Author: Hilman

I'm a dad! :-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s