Pergi ke Hotel Transylvania 2

Bukan nak tidur hotel, tapi tonton wayang cerita Hotel Transylvania 2 😛

Dah lama tak buat family day out, lebih-lebih lagi musim berjerebu ni. Memang terhad nak jalankan aktiviti luar. Cara yang terbaik, samada duduk di rumah atau pergi ke tempat yang indoor. Hmmm, ye tak ye jugak… apa kata tengok wayang? Hehehe…

Sebenarnya memang dah rancang nak pergi tengok wayang. Kebetulan pulak cerita animasi Hotel Transylvania 2 dah keluar. So, Abah usha la website GSC untuk beli tiket. Rasanya ini kali yang kedua Abah beli tiket secara online (tu pon nak cerita), cadangnya nak beli tiket untuk malam raya haji 2 minggu lepas. Tapi Abah la yang letih sebab hari Jumaat kena kerja. Lastly beli tiket Isnin lepas untuk malam Sabtu, nasib baik ada tempat duduk kosong barisan belakang. Baru la syok layan hehehe.

Kali ni Abah beli tiket GSC IOI City Mall, tak pernah masuk sini lagi. Sebelum asyik pergi Alamanda je. Tapi dah agak memang akan sesak, sebab panggung baru lah katakan.

Flickr Album 72157659224240298

Jalan cerita animasi ni tak lah membosankan, keseluruhannya agak menghiburkan. Cuma babak awal nampak macam terlalu cepat. Tapi bagi DDD, memang syok habis! Darwisyah pon boleh bantai gelak terbahak-bahak. Darwisy & Danish memang dah excited, walau pon lambat lagi nak tiba hari Sabtu. Bila habis je sekolah hari Jumaat, lagi bertambah excited lah! Bangun pagi Sabtu dah sibuk bertanya bila nak pegi? Bila nak malam? Hahaha…

p/s: Baru perasan rating di IMDB 7.3… not bad at all 🙂

Advertisements

Author: Hilman

I'm a dad! :-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s