Darwisyah dan “tangan baru”

Darwisyah oh Darwisyah… tak pasal-pasal dapat “tangan baru” huhuhu…

Kejadian berlaku malam semalam, masa tu Abah pegi keluar beli susu… balik dari kedai sampai je depan pintu dengar Darwisyah menangis meraung-raung. Mama kata Darwisyah jatuh dari sofa depan TV masa tengah main (mengacau) dengan Shorty. Dalam hati dah tak berapa senang, tapi cuba jugak la tenang.

As usual, emergency macam ni kena buat beberapa test dulu nak tengok setakat mana kesakitan dia dan cuba suspect condition tangan dia. Bila suruh pusing-pusing pergelangan tangan, dia kata tak sakit… tapi bila naikkan ke atas dia kata sakit. Memandangkan dah malam, cuba lah bagi ubat tahan sakit dan sapu minyak dulu. Masa nak tidur pon Darwisyah ada cakap sakit, mungkin sebab banyak pergerakan. So Abah buat DIY cari benda keras untuk letak atas dan bawah lengan dan balut dengan kain, supaya dapat kurangkan pergerakan. Alhamdulillah dapat tidur.

Paginya, saje nak cek balik… tengok dari luaran nampak normal. Bila dipicit-picit, ada jugak sakit katanya tapi tak semua tempat. Ok, Mama dan abang-abang pergi sekolah… Abah bawak Darwisyah pergi klinik nak buat X-Ray.

Masa tunggu result, hati dah tak berapa senang dan dapat jangka ada perkara yang tak elok. Memang betul, ada tulang yang patah… dipanggil “greenstick fracture” huhuhu…

Tapi doktor kata tak berapa teruk… lebih-lebih lagi Darwisyah masih budak-budak kemungkinan cepat sembuhnya. Harap-harap begitu lah. Settle semua doktor bagi refer letter ke hospital untuk simen tangan.

Sambil-sambil doktor tu balut tangan Darwisyah, sempat lagi mengusik… “Raya ni dengan tangan baru ye hehehe”… sabor je lah 🙂

Syafakallah anakku Darwisyah… Amin…

p/s: Darwisyah kata hand support tu cantik, macam “beg” hahaha

Flickr Album 72157659638324541

Advertisements

Author: Hilman

I'm a dad! :-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s