Jadikan Laptop sebagai Wifi Hotspot

Sekadar nota kaki untuk sendiri dan kepada sesiapa yang berminat nak mencuba.

Cara ni sama je dengan cara-cara yang boleh didapati di Google, in fact ada banyak tools/apps yang boleh digunakan untuk tujuan yang sama. Mungkin berbeza sikit tutorial ni sebab menggunakan bahasa pasar. Anyway, sangat bagus sekiranya wifi yang sedia ada berada jauh (signal yang lemah). Seeloknya, laptop tu menggunakan LAN cable untuk network connection dan semestinya LAN mempunya akses internet.

Tanpa membuang masa, kalau nak create Wifi Hotspot guna laptop (secara manual) jom kita mulakan…

1) Taip (kalau malas taip, copy paste je) ke dalam Notepad. Optionally, boleh tambah command “pause” di line terakhir (untuk troubleshoot, in case kalau ada error). “key” tu tukar ikut citarasa, sebagai password.

netsh wlan stop hostednetwork
netsh wlan set hostednetwork mode=allow ssid=WifiAku key=abcd1234
netsh wlan start hostednetwork
pause

2) Save notepad tadi kepada “Hotspot.bat” ke Desktop. Masa nak save tu pilih “Save as type” kepada “All Files (*.*)”

3) Click kanan pada Hotspot.bat tadi (di Desktop) dan pilih “Run as administrator”. Kalau ada prompt security warning, click pada “Yes”

4) Pergi ke Control Panel dan click pada “Network and Sharing Center”.  Click pada “Connections: Ethernet”, pilih “Properties” > tab “Sharing” > pilih “Allow other network users…” > pilih nama network yang baru untuk SSID WifiAku tadi (contoh: Local Area Connection***)

5) Click OK

Dah siap semua steps di atas, gunakan phone pulak untuk cari Wifi Hotspot tadi. Gunakan “key” sebagai password. Anda akan mendapat signal yang kuat sebab wifi hotspot tu berada di depan mata anda 🙂

P/S:

– Encryption yang digunakan dalam tutorial ini adalah “WEP”. Untuk advanced features, sila gunakan tools/apps yang sesuai atau cari tutorial yang lain di Google

– OS yang digunakan dalam tutorial ni adalah Windows 8.1, boleh diguna pakai untuk OS lain seperti Windows 7. Selain tu, tak pasti hehehe

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s