Lunch, Shopping & Backpain

Al-kisah Lunch

Dah lama bercadang nak pergi ke restoran member sorang ni, Restoran ZnI dekat Seksyen 4 Bangi. Hari-hari nampak dia post gambar makanan Johor, tak boleh tahan. So Abah bawak Mama dengan DDD pergi melawat restoran tu untuk lunch. Dari Putrajaya ke restoran tu tak jauh, dalam 15 minit perjalanan. Sampai kat situ, kebetulan member tu pon ada di restoran. Terkejut beruk sikit kot hahaha. Tanpa membuang masa, ambik makanan dan order air kopi 434 (special dari Johor katanya). Sedap? Memang sedap! 🙂

Al-kisah Shopping

Lepas makan tengah hari, pergi ke Bangi Gateway… Mama nak shopping barang-barang untuk outstation seminggu di JB. Abah? Bawak DDD jalan-jalan dalam tu dan main game… tukar token RM10 je takleh lebih-lebih nanti gian hehehe. Not bad Bangi Gateway ni… ada banyak shop lot dan hall yang luas untuk aktiviti. Kebetulan masa tu ada program menderma darah. Tengok je la hehehe.

Al-kisah Backpain

Lepas Mama habis shopping, terus pergi ke car park nak pergi ke rumah Maksu DDD… tapi malangnya, pinggang Abah tergeliat masa nak betulkan pintu belakang huhuhu. Rasa macam nak pengsan masa tu, teramat sakit dan takleh nak jalan dengan betul. Nasib baik ada kereta parking kat area tu, boleh la Abah berpaut nak masuk kereta balik. Dengan tidak semena-mena, Mama terpaksa batalkan niat nak pergi outstation demi untuk menjaga Abah dan DDD… kesian Mama 🙂 🙂 🙂

Gambar-gambar sebelum kejadian Backpain…

Flickr Album 72157657299248494

To be continued…

Advertisements

Author: Hilman

I'm a dad! :-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s