Cara membersihkan getah lensa kamera (lens rubber ring) yang mudah

Bagi photographer, masalah lens rubber ring (focus ring/zoom ring) berdaki memang selalu terjadi walaupon telah dibersihkan sebelum simpan ke dalam dry box. Ini kerana ianya tidak terhasil dengan serta merta, tetapi akan bertambah sedikit demi sedikit setiap kali kita memegang lens kamera (sama ada tangan berpeluh, habuk dari persekitaran dan sebagainya).

Aku tidak terlepas dari masalah ni, jadi sudah masanya untuk membersihkan daki tersebut supaya lens kamera nampak lebih bersih.

Dengan bantuan Google, satu website telah memberi aku ilham dan menggunakan kaedah termudah iaitu dengan membasuhnya.

1) Tanggalkan getah (lens rubber ring) dengan menggunakan sesuatu yang halus seperti pencungkil gigi plastik, atau perlahan-lahan gunakan kuku.

2) Rendamkan ke dalam air yang dicampur sabun mandian lebih kurang selama 10 minit (hanya perlukan sedikit sahaja, sabun basuh pinggan pon boleh)

3) Gunakan berus gigi yang lembut, gosok perlahan-lahan (guna cotton bud pon boleh)

4) Lepas siap basuh dan berus, jemurkan getah tersebut dengan suhu bilik (tak perlu jemur kat terik atau hair dryer)

5) Bila dah kering, masukkan semula getah tersebut ke lens kamera dan pastikan ianya ketat semula.

Amacam? Senang kan? Hehehe… selamat mencuba 🙂

Advertisements

Author: Hilman

I'm a dad! :-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s