Melawat rama-rama dan En. Zainul

Sepanjang hidup di KL ni, tak pernah lagi menjejakkan kaki ke Taman Rama-Rama Kuala Lumpur. Memandangkan cuaca tak berapa cantik kebelakangan ni untuk bersunrise mahupun bersunset, maka rancangan terkejut telah dibuat untuk pergi melawat rama-rama di sana.

As usual bila DDD tau nak pergi jalan-jalan, maka excited la mereka lebih-lebih lagi bila bagitau nak pergi taman tengok banyak rama-rama… Abah dan Mama pon excited jugak sebenarnya hehehe…

Sampai di lokasi, beli tiket pakej keluarga (2 dewasa 3 kanak-kanak) berharga RM30, kalau harga biasa mahal sikit. Seperkara yang tak berapa nak best masa beli tiket tu, kaunter bagitau yang tripod kamera tak boleh dibawa masuk. Tapi takpe lah, kena la ikut peraturan demi menjaga keselamatan spesis rama-rama tu. Lagi pon kamera dah ada IBIS 😀

Masuk je ke dalam tapak taman tu, maka menjerit lah DDD kesukaan sebab ada banyak rama-rama berterbangan berkeliaran di awangan hehehe. Tak jemu snap gelagat anak-anak ni, yang penting video pon kena rakam juga sebab boleh ditonton bila-bila masa nanti. Memang agak menarik tempat tu, sesuai untuk keluarga atau sesiapa saje yang nak release tension. So “macro”ers, jangan lupa singgah! 🙂

Lepas 2 jam dekat situ, perut pon dengan tidak semena-mena telah berkeroncong rock balada. Dah lama tak jumpa En. Zainul dekat PJ, next destination? Nasi Kandar Zainul! hehehehe

Bila singgah di kedai ni, mesti teringat zaman bujang dulu. Boleh kata tiap-tiap hari beli nasi kandar, bukan apa… pertamanya memang sedap… kedua, nasi dan lauknya banyak… boleh buat makan lunch dan simpan untuk dinner hahaha…

So hari ni bawak Mama dan DDD merasa makan nasi kandar, tak sia-sia semua suka hehehe…

Begitulah agenda hari ni, Insya Allah akan terjah Taman Burung di masa akan datang 🙂

Flickr Album 72157659217115839

P/S: baru perasan kamera aku tak dikenakan tiket, sepatutnya kena RM4 hihihi

Advertisements

Author: Hilman

I'm a dad! :-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s