KL – Langkawi – KL 2014

Alhamdulillah, sekali lagi diberi peluang menjejakkan kaki di Pulau Langkawi. Kali terakhir pegi ke sana masa Danish baru berumur lebih kurang 2 tahun dan Darwisyah masih belum lahir lagi. Dulu naik kereta, kali ni naik kapal terbang, upgrade sikit hehehe

Dirombong (rombongan?) oleh 3 keluarga, bermula hari Isnin hingga Khamis (15hb-18hb) bulan December 2014, percutian kali ini lebih seronok sebab dapat pegi banyak lokasi2 menarik dibandingkan dengan percutian dulu. Lebih2 lagi anak dah ramai dan besar2. Total semua sekali yang join 12 orang termasuk la baby, memang “havoc” hehehe.

Berlepas dari KLIA lebih kurang jam 7:30 pagi, so kami bergerak dari rumah lebih kurang jam 4:30 pagi. Memandangkan tak ada teksi yang sudi nak ambik kami pagi2 buta, kami terpaksa menaiki kereta sendiri dan parking di Putrajaya Park n Ride. Lebih jimat dan senang, harga parking 4 hari RM16 je di basement berbumbung.

Seperti biasa, Darwisy Danish n Darwisyah excited sebab dah tau akan naik kapal terbang ­čśÇ nasib baik la semua dah boleh berjalan, kalau idak lenguh jugak nak bawak hehehe. Lebih kurang jam 7:30 pagi, kapal terbang pon mula berlepas dan itulah waktu kemuncak keseronokan anak2 bila semuanya menjerit suka hahaha.┬áPenerbangan dari KLIA ke Langkawi tak ambil masa lama, 45 minit je dah sampai. Kalau naik kereta, boleh kematu la punggung huhuhu.

Setibanya di Langkawi, perkara yang pertama kena setel adalah kereta sewa. Kena tempah awal2, kalau tak memang payah jugak nak cari. Untuk jimat, sewa kereta besar atau MPV… harga lebih kurang RM600 untuk 4 hari… bahagi 3 family, dapat la RM200.

Kejap! panjang lebar jugak kalau nak cerita semuanya… okay, will make it short hehehe.

Day 1

Restoran Mempelam: bersarapan di sini. Rating 2/5 sebab servis slow tak berapa sedap dan agak mahal. Singgah pon sebab emergency, cara singgah pon secara brake emergency kakaka. Jumlah kena pow RM21.++

Dataran Lang: amik gambar family dan disudahi dengan membuang hasil pencernaan.

Underwater world: Saje gatal nak masuk tengok ikan kat Langkawi, kat KL bukannya takde. Jumlah kerugian RM100 hahaha.

Hotel Holiday Villa: Check in, deposit RM100. Family Andak kena extra RM90 sebab terlebih orang dewasa sorang. Moral of story, kalau dia mintak IC orang dewasa, bagi 2 je untuk satu bilik sebab itu limit untuk satu bilik.

Masuk bilik hotel: Tidur! hahaha

Restoran Seafood Maya: Dinner, RM51. Masing2 agak letih, so makan dalam keadaan mengantuk.

Shopping: Beli seluar pendek dengan selipar anak2, konsep santai la konon hehehe. Jumlah pemborosan, lupa hahaha.

Balik hotel: Sambung tidur, ada 3 hari lagi zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Day 2

Restoran Selera Akmal: hasil carian google mengatakan ada roti telur goyang di sini. Agak memuaskan dan murah sikit dari restoran emergency semalam, anak-anak pon suka. Total Rm20.50

Buffalo park: kat KL susah nak jumpa kerbau hahaha. Total Rm10 je 5 beranak.

Bird paradise: saper nak merasa tangkap burung puyuh guna tangan, ni lah tempatnya hehehe. Dewasa Rm15 kanak-kanak atas 3 tahun Rm10,  total Rm50.

Nasi ayam Pak Ya: sama jugak hasil carian google hahaha. Rating 4/5 sebab servis memang cepat gila. Tak pernah dapat servis secepat restoran ni. Baru order bungkus, sekali toleh dah siap kat meja hahaha. Total Rm30.90.

Langkawi cable car: sebelum ni pegi cuaca biasa, tapi kali ni macam ribut taufan kat atas huhuhu. Moral of story, pakai jaket sejuk. Btway, masa ni ada construction, so tak dapat la pegi naik titi gantung tu huhuhu.

Restoran Selera Lubuk Buaya: pegi dinner di sini hasil dari ingatan aku yang kuat, tahun 2012 penah pegi hehehe. Agak best tempat ni sebab makan dalam pondok, total Rm41.70

Balik hotel: zzzzzzzzzz

Day 3

Guess what? Sarapan kat restoran selera Akmal lagi, semua roti telur goyang punya pasal hahaha. Kali ni ditaja oleh mama. Total Rm51.90 semua hehehe.

Shopping time! I mean, chocolate shopping time! ­čśŤ

Shopping time lagi! Kasi borong minyak gamat pulak hahahaha

Islands tour: ni first time pegi melawat pulau naik bot. Lokasi pertama ke Pulau Dayang Bunting, rasa laju gila dah macam bot race pulak. Lepas mandi manda di tasik dalam pulau tu, pegi ke tengah laut pulak bagi burung helang makan. Batak kejap la sebab tak penah tengok burung helang makan dari jarak dekat hehehe. Lepas tu, pegi pulak ke Pulau Beras Basah dan mandi manda di sana pulak. Tadi air payau, ni air masin hehehe. Semua turun termasuklah Darwisyah sebab pantainya cetek. Dah puas minum air masin, maka balik la ke hotel untuk sambung mandi swimming pool pulak. Hari ni mandi manda saja hahaha.

Restoran Mangga 2: dah tak dapat nak pikir panjang nak dinner kat mana, asal nampak je terus singgah. Lokasi tak jauh dari Restoran Selera Lubuk Buaya.

Balik hotel: tidur lagi zzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Day 4

Shoot time! Kalau pegi jalan jauh-jauh tak best la kalau tak shoot landscape ye tak? Hahahaha. Hasil dari pemerhatian di jeti bot semalam, lokasi sama telah diterjah oleh aku seorang diri sebab ada satu jeti usang yang sesuai untuk dijadikan subjek. Mula-mula agak risau jugak nak pegi sebab jeti usang tu agak jauh dari jeti bot. Dengan berbekalkan tawakkal, aku menyusuri tepian pantai berbatu untuk sampai ke tempat tersebut. Subhanallah, memang menarik tempat tu (bagi seorang photographer tegar lah).┬áBaru lah rasa puas berjalan hehehe. Ni antara gambar-gambar landscape yang sempat aku ambil ­čÖé

Beli sarapan: baru tau dekat hotel ada warung yang agak ok untuk bersarapan. Hari-hari sebelum ni main jalan je tak tengok kiri kanan huhuhu.

Balik hotel: bersiap untuk balik ke KL, flight pukul 2:30 petang so ada la masa nak membuta kejap┬á­čśÇ

Jam 2:30 petang: terbang dari Langkawi ke KL… bye bye Langkawi, Insya Allah jumpa lagi ­čÖé

Flickr Album 72157659216261869

Advertisements

Author: Hilman

I'm a dad! :-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s