Projek DIY – Ambil gambar produk guna lampu telefon bimbit

Projek ni telah diinpirasi oleh DIYPhotography, How To Shoot A Perfect Watch With Nothing But An Iphone

Oleh kerana aku bukan pengguna iPhone, maka phone Android dijadikan pengganti… hidup Android! (tiba-tiba…)

Berikut adalah setup yang telah digunakan:

My hand watch
Nikon D7000
Tamron SP AF 90mm f/2.8 Di Macro
Cheap Tripod
Samsung Galaxy S4 Active as lighting (apps Tiny Flashlight)
Non-stick skillet (kuali yang tak melekat, sebab nampak texture macam fiber gitu)
Some water for reflection
Floor 😀

Honestly, untuk pusingan yang pertama aku gunakan lens Nikkor 35mm f1.8 dan batu-batu sebagai background… tapi tak berapa puas hati dari segi output… mungkin sebab salah pengiraan shutter speed dan juga aperture (sebenarnya memang tak pandai buat)

Oleh kerana itu, aku telah tekad untuk membuat satu lagi cubaan dengan menggunakan lens Tamron dan kuali sebagai background walaupon jam telah menunjukkan pukul 2 pagi ketika itu huhuhu…

Alhamdulillah, setelah hampir 100 shutter count, aku ambil keputusan untuk berhenti dan lihat hasil-hasilnya… fuh! macam nak buat iklan jam hahaha…

Seronok jugak buat projek ni tapi banyak lagi yang perlu dipertingkatkan, terutamanya dari segi subjek dan pergerakan lampu (light painting). Memandangkan ini adalah kali pertama mencuba, rasanya cukup memadai bagi aku dan boleh dianggap permulaan yang baik (perasan hahaha)

 

Advertisements

Author: Hilman

I'm a dad! :-)

1 thought on “Projek DIY – Ambil gambar produk guna lampu telefon bimbit”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s