Dari pertandingan mewarna, ke IOI City Mall

Malam tadi balik lewat dari down-town The Mines, sampai rumah main tembak-tembak, cukup ke tidur esok pagi nak bangun awal? huhuhu

Alhamdulillah, dapat juga Darwisyah join pertandingan mewarna walaupon organizer dah announce pertandingan sudah bermula (lambat sampai hahaha)

Darwisyah memang suka melukis dan juga mewarna, mewarna dengan satu jenis warna hehehe… tak kira lah bagi gambar apa pon, mesti semua satu warna… dah ajar suruh campur-campur warna lain tapi bila dah mula, dia akan suka dengan warna tu… takpe lah janji warna hahaha

Sambil Darwisyah mewarna, aku dan lain-lain melantak nasi lemak yang disediakan pihak penganjur… nasib baik lah ada sarapan, kalau tidak memang berbunyi lah perut…

Tunggu punya tunggu, tiba-tiba Darwisyah panggil penolong pengadil, katanya dah siap… dia yang paling cepat siap dalam kumpulan dia… mana tidaknya, satu warna je hahahaha

Ok lah, rasanya bila tengok dari segi hasilnya, memang harapan agak tipis untuk menang, tapi at least dalam kumpulan dia tu, Darwisyah yang paling kecik, baru 3 tahun boleh compete dengan 4 tahun ke atas hehehe

So? Ke IOI City Mall la sambung misi yang tergendala semalam, iaitu nak cari sandal untuk pakai di Langkawi nanti

Dalam jam 10 pagi dah sampai tempat parking, banyak kosong hehehe. Masuk je pintu macam biasa lah anak-anak sihat punya tenaga, tiba-tiba boleh berubah walaupon sebelumnya dah letih. Melompat berlari menjerit semua ada, aku shoot je la perangai diorang 🙂

Cerita pasal apa tadi? Ooo ye, sambung misi semalam nak cari sandal… Know what? masih lagi gagal sebab takde kedai BATA hahaha… cari kat outlet lain semua macam tak berkenan. Maka bersambung lagi lah cerita ni, babai 🙂

Flickr Album 72157657299560824

Satu lagi gambar diambil di dalam DAISO shop, dipusing 90 darjah melawan arah jam… nampak macam menarik (di mata aku la hehe). Sebab? Cawan-cawan tersusun tu nampak seolah-olah berada dalam keadaan asal jika diletakkan di atas meja, tapi ianya mustahil untuk berada dalam keadaan begitu tanpa sokongan atau lantai di bawahnya.

Gambar ni pulak diambil oleh Mama dan diproses oleh Abah, ada bakat dan boleh diketengahkan 🙂

– Be “a part”, not “apart”
– Social media kills

Advertisements

Author: Hilman

I'm a dad! :-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s