Cloudy morning at Putrajaya

Setelah sekian lama tidak melawat port sunrise depan Masjid Putra, hari ni aku telah menjejakkan kaki ke sini walaupun kelihatan cuaca mendung dari tingkap rumah aku (lepas gian punya pasal kekeke)

Tiba agak lewat sebab pada mulanya teragak2 samada nak keluar rumah atau sambung tarik selimut… disebabkan teracun dengan warna merah jambu (sikit je pon) di kaki langit telah membuatkan aku keluar juga dari rumah dengan harapan akan bertambah banyak warna warni di awan nanti… tapi nasib tak menyebelahi aku setibanya di lokasi semua warna hilang… yang ada kelabu huhuhu…

Takpe lah, dah takde rezeki nak buat macam mana? Tu la salah satu cabaran atau dugaan bagi photographer2 landscape…

Hari ni aku telah mencuba lagi teknik white balance menggunakan grey card dan seperti biasa shoot secara bracketting (6 shot je pagi ni huhuhu)… tengok je lah hasilnya ye…

Owh, pagi tadi aku sempat berkenalan dengan seorang sahabat baru yang kebetulan juga berada tidak jauh dari lokasi aku… dari Bangi katanya… namanya Huo Long (nama kat Facebook)… sebelum balik ke rumah, kami sempat bersembang agak panjang… berkongsi cerita dan pendapat dalam bidang photography, termasuk juga topik macro…

Anyway, ini adalah hasil dari outing mengejut pagi tadi… disertakan sedikit clip bagaimana proses editing dilakukan… enjoy 🙂

p/s: nampak ada sedikit warna kekuningan di bucu bawah kiri… itu adalah pantulan cahaya lampu dah tepi tasik 🙂

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s