baby girl? InsyaAllah…

hari ni mama, abah, darwisy and danish macam biasa bersarapan di luar. cuma kali ni tak makan di restoran mamak, tapi di restoran melayu di sekitar bangi. tiap2 minggu makan roti canai je bosan gak 🙂

lepas je sarapan, kami meneruskan perjalan ke kajang. bukan tujuan berjalan-jalan tapi nak pegi klinik pakar wanita untuk scan baby 🙂

kali ni jugak, mama dan abah dah plan utk buat 4D scanning. saje nak cuba tengok macam mana agaknya baby dalam perut mama tu dengan lebih jelas.

setelah masuk ke bilik doktor, scanning pon bermula lah… macam biasa la doktor mencari2 hujung pangkal baby kat dalam perut tu… kemudian… jeng jeng jeng… doktor pon tiba2 bersuara… “girl”… abah dan mama speechless buat seketika… tapi bibir mengukir senyuman yang lebar macam ni :-)))))))))))))))

Alhamdulillah, segala usaha kini telah menjadi kenyataan… walau bagaimanapun… kuasa di tangan Allah… jadi kami action macam biasa walaupon dalam hati dah melompat-lompat…

macam yang pernah abah dan mama cakap sebelum2 ni, tak kisah la boy atau girl… asalkan selamat dilahirkan dan sihat wal-afiat… dan kalau benar lah apa yang abah dan mama nampak masa scan tadi baby girl… syukur alhamdulillah :-)))

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s