tahun ni baju raya warna hijau :)

macam biasa la bab-bab pakaian / fesyen ni kena serahkan pada mama Darwisy 🙂 abah ngan Darwisy follow aje. so tahun ni mama decide nak kaler hijau. katanya dah alang-alang ada baju baru warna hijau, teruslah buat baju raya. dan macam biasa kami mulakan misi mencari baju abah dan Darwisy pulak 😀

hampir sehari jugak cari baju Darwisy ngan abah. sampai pegi ke Masjid India takde parking, pegi Kg Baru KL parking keta kat sana pehtu naik LRT pegi patah balik Masjid India. pergh!! dah la bulan puasa… mama pulak loya-loya tekak lah… pening-pening lah… maklumlah berbadan dua 🙂 eh aku tak bagitau lagi ke? hihihi

sampai Darwisy tertidur kat bahu abah (lupa bawak stroller) baru jumpa baju Darwisy… comel aje bila tengok… siap songkok lagi hehehe

lepas dapat baju Darwisy, cari baju abah pulak… mak aih bukan main mahal semuanya!!! cekik darah betul!!! gaji dah la tak naik ni… hmmmm… last-last dapat jugak baju yang lebih kurang sama warnanya ngan baju mama… RM90/= phewww!!!!!

lepas shopping tu patah balik ke Kg Baru nak amik keta kat LRT… lantas terus merehatkan diri di dalam kereta 😀 tepat pukul 7pm pegi cari port plak nak berbuka. macam biasa la pegi tempat biasa… pintu gerbang Kg Baru hehehe

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s