Abah pulak yang demam

Kes parah ni

Inilah kali pertama kami bertiga kena demam berjangkit. So abah ngan mama terpaksa ambik MC. Dah tiga hari tak pegi keje macam best pulak hehehe. Tapi kami paling risau pasal darwisy. Sebelum ni tak pernah demam lama sangat. Dah lepas makan ubat doktor bagi pon tak baik-baik lagi. Rasanya hari ni suhu badan dia tak menentu kejap sejuk kejap panas. Jadi atas nasihat keluarga, kami bawa darwisy ke klinik putrajaya untuk periksa darah. Kami sampai sana dalam pukul 10.30am. nasib baik tak ramai orang. Macam biasa darwisy membebel sorang-sorang sebab seronok berjalan. Cuma kurang ceria sikit je.

Tiba giliran

Bila tiba giliran, kami pon masuk bilik pemeriksaan tu. Masuk-masuk je nurse pon apa lagi…�alahai comelnya lah budak ni, tangan tembam ni macam mana nak cucuk jarum?� Gulp! Cucuk jarum? Alahai jangan la si darwisy ni melalak nanti. Dah lepas tepuk-tepuk tangan tu (nak cari urat) nurse tadi pon keluarkan jarum. “eh eh comelnya jarum tu� dalam hati kami. Lantas nurse tadi cucuk terus keluar darah menitik (sampai terkena seluar abah sikit hihihi) Aik? Tak menangis? Kuatnya anak abah ni hehe. Penat je mama pujuk-pujuk siap tutupkan mata darwisy, kononnya taknak darwisy nampak darah tu. Bukan setakat tak menangis aje, tapi sibuk pulak nak tengok darah dia yang menitik-nitik tu. Mama pon tak boleh nak buat apa, bagi aje lah. Bila dah dapat tengok tu darwisy pon mula la buat muka pelik dia tu. Beriya-iya! “apalah nurse ni buat dengan tangan aku ye?� mungkin itu yang dia bisik.

Keputusan darah

Dengan hati berdebar-debar, kami masuk bilik doktor pulak. Lepas dia tanya banyak soalan, dia kata darah darwisy takde unsur-unsur jangkitan denggi. “Alhamdulillah….� Barulah lega hati kami mendengar. Mana tak risau? Sebab malam tadi badan darwisy terlampau panas dan ada bintik-bintik merah. Sampaikan kami tak lena nak tidur…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s