darwisy bebuka puasa di kampung

eceh macam puasa aje 🙂 hari sabtu lepas kami balik kampung berbuka ngan atuk & nenek darwisy. memula pegi umah kampung mama, ahad pulak pegi umah kampung abah. darwisy seronok sangat sebab dah lama tak jalan jauh.

masa sampai kampung tu, singgah umah kampung abah dulu sebab nenek dah tak sabar sangat nak jumpa darwisy. rindu betul nenek kat darwisy sampai menangis nangis. tapi kesian nenek sebab darwisy dah pandai kenal orang, apa lagi meraung la dia hehe. darwisy pon dah lama tak balik kampung sebab tu la dia tak kenal. bila dah petang sikit tu, kami balik umah kampung mama berbuka kat sana. owh lupa nak cerita. sebelum balik tu, kami singgah kat bazar ramadhan sungai besar beli lauk pauk untuk juadah berbuka. darwisy bukan main lagi suka, iyelah kena dukung sepanjang bazar tu. sampai lenguh la tangan abah dibuatnya (dah berat hihi).

hari ahad tu kami berbuka kat umah kampung abah pulak. nenek macam biasa la, sehari pon dah rindu sesangat kat darwisy. alhamdulillah darwisy dah ok, dah mula kenal nenek yang sayang kat darwisy tu. tapi tak boleh lama lama sangat sebab kekadang darwisy ni cepat boring. dahtu asik nak berdiri je sekarang ni. letih tangan nenek dibuatnya. bila dah berdiri tu mula la gelak gelak macam la dia berdiri sendiri. eksen 😀

petang ahad tu sekali lagi kami pegi pusing bazar ramadhan cari juadah berbuka. dan hari tu jugaklah kali pertama darwisy tertidur kat bahu abah 🙂

Advertisements

Author: Hilman

I'm a dad! :-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s