dari tadi kedengaran nenek tak henti2 ketawa melayan 2 orang heronya, darwisy & danish…
rasanya puaslah hati nenek tu, maklumlah mmg dah rindu nk jumpa cucu2nya ni… ntah apa la yang dibuat sampai gelihati nenek tu
ada gak tanya tadi, katanya danish buat lawak… menari2 ntah mcm apa hehehe… lepas tu tak berhenti bercerita ntah apa2… nenek iya kan aje
dah agak lama aku tengok, baru la suruh diorang duduk luar tengok tv plak… sian nenek dah la sampai putrajaya pagi tadi, mesti letih & ngantuk…
hmmm… darwisy dah datang… to be continued
hari ni tok wan & nenek Darwisyah datang melawat cucu perempuan yang pertama. mmg tak dinafikan tok wan & nenek Darwisyah excited sangat. sama jugak dgn mak long, mak lang, uncle yusof, abg daniel, abg jamie & abg darren.
pada mulanya, Darwisyah tidur tak heran langsung orang datang. dah dikacau2 pon dia buat dek je
lama jugak la dia tidur
bila semua dah makan tghari, baru la dia celik2 kan matanya. itu pon kena paksa jugak sbb tok wan ngan nenek dah tak sabar nak main2 ngan Darwisyah
bila dah celik mata je, elok pulak tu dia tak nangis pon… Alhamdulillah si Darwisyah ni senang nak dijaga tak ada meragam (harap berterusan hehehe)
so mlm ni, tok wan & nenek akan tidur di sini selama 2 hari. katanya taknak menyusahkan kitaorang, yelah mama pon baru je start berpantang.
kalau ikutkan hati, mmg la nak suruh diorang stay sini lama sikit. tapi memandangkan aku pon bekerja, diorang pon tak berapa larat, better jugak tinggal ngan mak long kat damansara, at least ada orang yang boleh tengok2 kan…
“Nikon D7000, Canon 60D & Sony A390 in da house
“
From Tok Wan & Nenek visit Darwisyah | June 11, 2011, posted by Hilman Bobo on 6/11/2011 (19 items)
- hilman79@yahoo.com, SynchroFlash.net
- hilman79@yahoo.com, SynchroFlash.net
- naik kuda katanya
hilman79@yahoo.com, SynchroFlash.net
- hilman79@yahoo.com, SynchroFlash.net
Alhamdulillah, mlm tadi kami telah selamat pulang ke rumah di Putrajaya. setibanya di rumah, aku terus rasa tak sabar nak memasangkan baby cot yang aku beli bulan lepas ![]()
lepas je letak baby dalam tu, abang2 nya pulak yang terlebih excited… lebih2 lagi si Danish sibuk nak masuk sama2 jugak hehehe
From NUR DARWISYAH HILMI | June 10, 2011, posted by Hilman Bobo on 6/11/2011 (11 items)
- hilman79@yahoo.com, SynchroFlash.net
- hilman79@yahoo.com, SynchroFlash.net
- hilman79@yahoo.com, SynchroFlash.net
- hilman79@yahoo.com, SynchroFlash.net
- hilman79@yahoo.com, SynchroFlash.net
- hilman79@yahoo.com, SynchroFlash.net
- hilman79@yahoo.com, SynchroFlash.net
- hilman79@yahoo.com, SynchroFlash.net
- hilman79@yahoo.com, SynchroFlash.net
- hilman79@yahoo.com, SynchroFlash.net
- hilman79@yahoo.com, SynchroFlash.net

“Cahaya, Warak/Ahli Tasawuf, Kesabaran/Kesopanan”
Assalamualaikum & salam sejahtera kepada pembaca (ada ke pembaca ni?) ![]()
seperti tajuk yang anda baca, itulah nama puteri kami yang baru sahaja dilahirkan pada 06 June, 2011.
Alhamdulillah, segalanya telah berjalan dengan lancar, di atas berkat doa dan sokongan dari kenalan, ahli keluarga dan yang mengenali kami.
Nur Darwisyah Hilmi, telah dilahirkan di Hospital Putrajaya, dengan berat 3.42kg pada jam 10:35AM. agak berat sedikit dari abangnya Danish Hilmi yang juga telah dilahirkan di Hospital yang sama (cuma beza wad je hehe)
Tidak dinafikan, hati kami amat lega dan gembira setelah semuanya berjalan lancar, lebih2 lagi bayi yang dilahirkan itu adalah seorang bayi perempuan
Cukup dulu buat masa ni, InsyaAllah kami akan cuba update lagi jika ada berita2 yang aku rasa nak kongsi di sini
(bila lah agaknya hehehe)
From NUR DARWISYAH HILMI | June 6, 2011 | Day 1, posted by Hilman Bobo on 6/09/2011 (12 items)
hari ni mama, abah, darwisy and danish macam biasa bersarapan di luar. cuma kali ni tak makan di restoran mamak, tapi di restoran melayu di sekitar bangi. tiap2 minggu makan roti canai je bosan gak
lepas je sarapan, kami meneruskan perjalan ke kajang. bukan tujuan berjalan-jalan tapi nak pegi klinik pakar wanita untuk scan baby
kali ni jugak, mama dan abah dah plan utk buat 4D scanning. saje nak cuba tengok macam mana agaknya baby dalam perut mama tu dengan lebih jelas.
setelah masuk ke bilik doktor, scanning pon bermula lah… macam biasa la doktor mencari2 hujung pangkal baby kat dalam perut tu… kemudian… jeng jeng jeng… doktor pon tiba2 bersuara… “girl”… abah dan mama speechless buat seketika… tapi bibir mengukir senyuman yang lebar macam ni
))))))))))))))
Alhamdulillah, segala usaha kini telah menjadi kenyataan… walau bagaimanapun… kuasa di tangan Allah… jadi kami action macam biasa walaupon dalam hati dah melompat-lompat…
macam yang pernah abah dan mama cakap sebelum2 ni, tak kisah la boy atau girl… asalkan selamat dilahirkan dan sihat wal-afiat… dan kalau benar lah apa yang abah dan mama nampak masa scan tadi baby girl… syukur alhamdulillah
))











































